1 Mac 2009
Saya nak buat ulasan sedikit berkenaan dengan tajuk diatas dan pembaca dialu-alukan memberi pandangan masing-masing dengan syarat menggunakan bahasa yang sopan dan tertib.
Dipagi ini sempat melayari internet dan sempatlah buka blog-blog politik sperti Chedet, Kuda Kepang, TKO dan lain-lain. Semasa melayari komen-komen dalam blog Chedet, ada satu blog yang menarik [ayat yang ditulis] tentang kenaikan tol di Malaysia ini. Sila baca dibawah
"Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada DS Najib kerana tidak menaikkan harga TOL- TOL di Malaysia, DS telah membuktikan bahawa DS adalah seorang yang sangat prihatin akan permasalahan rakyat, inilah ciri2 pemimpin yang kita cari, mendengar suara khalayak ramai."
Ya, tentang tol. Saya nak ulas bukanlah tentang tulisan diatas tetapi nak ulas tentang tol itu sendiri. Apa yang saya baca dalam akhbar harian, kenaikan tol ditangguhkan... ya baca dengan jelas KENAIKAN TOL DITANGGUHKAN.
Kesimpulannya mudah sahaja kenaikan tol akan berlaku cuma masa sahaja yang menentukan. Diwaktu berlakunya kegawatan ekonomi global [glokal], kenaikan harus dielakkan kerana kesannya akan terasa oleh semua rakyat tanpa mengira apa fahaman politik.
"Ala.. aku tidak guna lebuhraya jadi tak payah bayar tol..."
"Aku ni orang kampung sahaja, tak guna lebuhraya..."
Mungkin sesetengah dari pembaca ada mendengar komen-komen seperti diatas. Memang benar mereka tidak menggunakan lebuhraya dan tidak perlu membayar tol. Cuma apa yang perlu diberitahu kepada mereka ini bahawa setiap kenaikan kadar tol akan meningkatkan kos-kos tertentu disektor pengangkutan. Peningkatan kos pengangkutan ini akan diserapkan oleh pengguna dengan berlaku kenaikan harga barangan keperluan. Jadi inilah yang perlu diberitahu kepada mereka yang kurang arif tentang akibat peningkatan kadar tol.
Jika kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada pengendali tol ini, lebih elok ambil semula tol-tol ini. Rakyat tidak diberitahu perjanjian antara pengendali tol dengan kerajaan. Apakah perjanjian ini merugikan? Tidak ada siapa yang tahu kecuali mereka yang berkenaan sahaja,
Begitu juga dengan perjanjian IPP dengan TNB yang merugikan rakyat keseluruhan.
Kepentingan rakyat harus didahulukan sebagaimana pemimpin-pemimpin Islam yang lalu yang meminta nasihat dari ulama-ulama, tidak menindas rakyat dan tidak mengumpul kekayaan dengan adanya kuasa ditangan.
Walahualam Labels: Rakyat, TOL
Responses
0 Respones to "Tol DITANGGUHKAN kenaikan"
Catat Ulasan