Assalamualaikum,
Seorang blogger menyatakan seperti berikut;
Seorang blogger menyatakan seperti berikut;
Seharusnya kejayaan dan ketabahan Nik Nurmadiah harus diteladani oleh kita semua.Mengenangkan kepada pelajar ini dan melihat keadaan rumahnya menyebabkan Murai menjadi emosi lagi. Apakah kehidupan keluarga ayahnya Nik Mohd Kamal Hussein tidak diepdulikan sesiapa? Murai percaya kalau bukan kerana kejayaan anaknya itu dunia tidak mengenali Mohd Kamal. Dan Mohd Kamal akan kekal hidup dalam keadaanya itu mungkin selama-lamanya.
Ummu Abbas: Pertama kali membaca komen ini, saya berhipotesis bahawa ibu bapa Nik Nur Madihah tentunya insan yang tabah dan tidak suka meminta-minta atau mengadu kepayahannya kepada orang lain. Justeru anaknya terikut-ikut sikap tersebut sehingga terdapat gurunya sendiri tidak mengetahui kehidupan daif Madihah. Saya mengesan perkara ini lewat laporan Utusan,
“ Katanya (ibu Madihah-p), biar susah bagaimana sekali pun, anak sulung daripada empat beradik itu tidak pernah merungut.
Malah Nik Nur Madihah, menurutnya, melalui semua kepayahan itu dengan tabah dan menerimanya sebagai cabaran untuk berusaha dengan lebih keras.”
Hasil kunjungan saya ke rumah Nik Nur Madihah pagi tadi membuktikan perkara tersebut. Madihah mengiyakan bahawa ayahnya tidak suka mengadu kesusahannya kepada orang lain. Mereka lebih suka berusaha sendiri serta qanaah dengan apa yang Allah rezekikan buat mereka sekeluarga.
Pergantungan mereka hanya kepada Allah Yang Maha Memberi Rezeki. Seorang nelayan dan isteri yang tidak berpelajaran tinggi tahu membawa diri berpandukan agama Islam yang mereka cintai. Bandingkan dengan mereka yang ber’sijil’ tinggi, berjawatan seperti wakil rakyat atau exco yang gajinya beribu-ribu sebulan namun masih tamakkan harta yang Allah haramkan buat mereka seperti rasuah, riba, rompak harta rakyat dan lain-lain. Mereka tidak takutkan Allah, akibatnya hidup mereka dihina serta maruah mereka diinjak-injak.
Seorang nelayan yang takutkan Allah hari ini dikenali seluruh negara dan mendapat ‘durian runtuh’ yang halal apabila mendapat hadiah rumah dari Kerajaan Negeri Kelantan, wang beribu-ribu ringgit, tajaan biasiswa dari pelbagai pihak untuk anaknya. Bukankan Allah itu tidak memungkiri janji-janjiNya? Hamba yang menahan diri dari rezeki yang haram dan daripada meminta-minta sesama manusia sekian lama telah terbuka pintu rezeki yang Allah janjikan tanpa disangka-sangka.
Saya sempat menyebut ayat 2 dan 3 surah al-Talaq semasa berbual dengan mereka yang bermaksud,
“ Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan menunjukkan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah). Sesiapa berserah diri sepenuhnya kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).”
Ayat ini juga dikenali dengan ayat 1000 dinar.
Saya sempat memerhati dua orang pegawai dari sebuah agensi kerajaan yang berpakaian segak bercakap dengan nada hormat dengan ayah Madihah dan Madihah sendiri. Mereka datang menyampaikan surat jemputan berceramah tip-tip belajar ke satu program anjuran agensi. Berbeza benar dengan layanan yang diterima oleh ADUN-ADUN lompat di Perak dan yang sewaktu dengannya dari rakyat marhaen.
Saya dimaklumkan, Madihah dan kedua ibubapanya juga mendapat tawaran menunaikan umrah oleh Hijaz Travel. Mereka dijangka berangkat pada 16 April 2009 selama 12 hari. Masya Allah, Allah bukan sahaja mengurniakan mereka nama baik, rumah dan wang, bahkan Allah juga telah sudi menjemput mereka menjadi tetamuNya di Baitullah. Moga Allah melipat gandakan lagi rezeki Hijaz Travel. Tiadalah sesuatu yang disedekahkan oleh hambaNya kecuali Allah lipat gandakan lagi rezekinya. ( Jangan lupa derma untuk pilihanraya kecil nanti ye…)
Apa yang tambah menyedihkan Murai ianya berlaku di negeri Murai sendiri, negeri Kelantan. Negeri tempat Murai bermanja dan berkasih! Negeri berkenaan diperintah oleh parti islam. Yang merujakan, keadaan semacam kontras dengan apa yang diucapkan. Kerajaan Kelantan adalah kerajaan berkebajikan. Blogger
“Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan. – Petikan berita Utusan (www.utusan.com.my ) “
Ummu Abbas:
Sebenarnya Madihah beritahu wartawan bahawa dia mendapat bantuan YAKIN yang disalurkan melalui sekolah. Kerajaan Negeri Kelantan menyalurkan bantuan pelajaran melalui YAKIN (Yayasan Kelantan Darul Naim) kepada anak-anak Kelantan yang memerlukan.
Semasa belajar di Jordan, saya sendiri pernah mendapat pinjaman YAKIN dan alhamdulillah sudah selesai melunasi semua pinjaman. (Boleh lawati http://yakin.kelantan.gov.my/ )
Responses
0 Respones to "Penjelasan Keadaan Nik Nur Madihah"
Catat Ulasan