MEMORANDUM KEPADA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) NEGERI JOHOR




10 Mac 2009 (Selasa) –

Pada 16 Mac 2004 Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM) telah membuat tangkapan terhadap dua orang yang bernama Azman bin Abd Rahman dan Abd Rahim bin Adlan bertempat di No. E2 Felda Sg. Sayong, Kulai kerana disyaki terbabit merasuah calon PAS N35 DUN Pasir Raja iaitu En. Sanip bin Ithnin. Akuan sumpah telah dibuat oleh En. Sanip bin Ithnin pada 17 Mac 2004. Saksi-saksi telah dipanggil oleh BPR (kini SPRM) untuk membantu siasatan. Pihak BPR (kini SPRM) telah berulangkali berjanji untuk membuat siasatan segera secara telus dan terperinci terhadap kes ini.
Memorandum kepada Perdana Menteri telah dikemukakan, surat susulan kepada BPR Putrajaya (kini SPRM) telah dihantar, Saman Pemula kepada Peguam Negara bertarikh 13.7.2006 di Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah dilakukan dan pelbagai ikhtiar telah dibuat. Walaubagaimanapun PAS merasa sangat kecewa kerana setelah 5 tahun berlalu, tidak diketahui apa-apa perkembangan mengenai kes tersebut.





Pada 6 November 2008, Yang DiPertua PAS Kawasan Kota Tinggi, Hj. Kamaldin Hj. Tahir telah membuat laporan kepada BPR (kini SPRM) berupa aduan terhadap Dato’ Seri Syed Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi. Ia berkait rapat dengan dokumen setebal 34 mukasurat mengenai tuduhan rasuah, lengkap dengan akuan bersumpah membabitkan Dato’ Seri Syed Hamid Albar.


Badan Perhubungan PAS Negeri Johor merasa bertanggungjawab untuk :-
a) Memenuhi hasrat YAB Perdana Menteri untuk mempastikan kecekapan SPRM,
b) Memenuhi kehendak rakyat yang mahu melihat SPRM sebuah badan yang benar-benar bebas, cekap dan telus,
c)Membersihkan nama baik bekas calon PAS N35 DUN Pasir Raja, En. Sanip bin Ithnin yang kini uzur,
d) Membersihkan nama baik bekas calon Barisan Nasional N35 DUN Pasir Raja Dato’ Halimah Sadique yang kini menjadi Ahli Parlimen Tenggara,
e)Membersihkan nama baik pengundi-pengundi N35 DUN Pasir Raja,
f) Membersihkan nama baik Dato’ Seri Syed Hamid Albar,
g)Memenuhi kehendak rakyat untuk melihat pemimpin yang bersih daripada gejala rasuah,
h)Memenuhi kehendak rakyat untuk melihat keadilan benar-benar berlaku di Negara ini.

TUNTUTAN
1) Mengumumkan segera perkembangan siasatan kedua-dua kes di atas,
2) Membuat pendakwaan segera jika ada bukti terhadap tuduhan.


BPR telah berwajah baru dan bertukar nama kepada SPRM. Penambah baikkan telah dilakukan dengan penambahan anggota, kuasa pendakwaan, penubuhan beberapa jawatankuasa pemantau/teknikal/penasihat dan lain-lain untuk mempertingkatkan keupayaan SPRM. SPRM mesti benar-benar berkesan dan tidak retorik. Siapapun harus dikenakan tindakan tanpa sebarang pendakwaan terpilih. Inilah masanya untuk buktikan kepada rakyat yang selama ini sangat prejudis kepada SPRM. Jika tiada perubahan, ia sesuatu yang malang bagi rakyat Malaysia yang mengidamkan sebuah Negara TANPA RASUAH!

Yang menjalankan amanah,
MAZLAN BIN ALIMAN
KETUA PENERANGAN PAS JOHOR
AJK PAS PUSAT

Pas Johor


Responses

0 Respones to "MEMORANDUM KEPADA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) NEGERI JOHOR"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors