PRK059: Bukit Gantang



al-Bakri fi Muar
31 Mac 2009


Sebaik sahaja selepas penamaan calon pada 29 Mac lepas, UMNO/BN terus berkempen di dalam radio. Saya sendiri yang dengar di dalam kereta semasa berhenti rehat di R&R di Sg. Perak.


Semalam dan hari ini UMNO/BN terus menerus menggunakan media elektronik (RTM dan rangkaian Media Prima spt TV3).


Pihak Pakatan Rakyat tidak mempunyai sebarang media untuk menerangkan kepada rakyat terbanyak. Hanya dengan kempen dari setempat ke setempat dan juga melalui internet. Sudahlah akhbar Harakah dan Suara Keadilan digantung penerbitan, pihak BN/UMNO mengambil kesempatan untuk mengelirukan rakyat terutama terhadap calon PR di Bukit Gantang iaitu Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin seperti artikel dibawah.



Sanggah 1:'Saya diundang berucap, menjadi imam' - Nizar


Harakahdaily Tue Mar 31, 09 9:10:55 am MYT
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Hrkh) - Laporan TV3 dan tuduhan pemimpin BN terhadap calon PAS kerusi Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa beliau merampas kuasa masjid sekaligus 'mencelah' ketika majlis membaca Yassin dan solat hajat di Masjid Simpang anjuran Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar sama sekali.

Sebaliknya, kata Nizar, beliau telah diundang oleh Imam Masjid Simpang untuk berucap menjelaskan ayat-ayat yang dibacakan semasa mengimamkan solat Maghrib.


"Saya dijemput oleh imam supaya mentafsirkan ayat-ayat yang saya bacakan selama 20 minit sebelum itu... saya juga sejak awal telah diminta supaya tidak menyelitkan elemen politik sebab masjid bebas politik.


"Jadi, saya diminta membuat tafsiran ayat-ayat yang saya bacakan sebelum itu... ketika takzirah... jadi saya tidak merampas mikrofon untuk berucap, cuma memenuhi kehendak imam," kata beliau kepada mStar Online ketika ditemui di Markas PAS Bukit Gantang baru-baru ini.


Kata Nizar, apabila beliau meminta mikrofon untuk menyampaikan ucapan tafsiran ada pihak yang membantah dengan alasan ia bukan tempat untuk berpolitik.


"Bagi mengelakkan suasana kecoh, saya memutuskan untuk tidak meneruskannya dan kemudian meninggalkan masjid... apa terjadi selepas itu saya tidak tahu," katanya.


Nizar mengakui bahawa beliau sejak awal, ketika memasuki masjid, telah dimaklumkan tentang kehadiran pemimpin Umno termasuk Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali pula berkata, pihaknya sudah mengambil pendirian untuk tidak menggunakan masjid sebagai tempat kempen politik.
"PAS hanya akan menggunakan masjid untuk tujuan agama," kata beliau pada sidang media pagi ini. - azm/mks

Firman Allah dalam surah Al-Imran

وَمَڪَرُواْ وَمَڪَرَ ٱللَّهُ‌ۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَـٰكِرِينَ

Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa) dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.
Al-Imran 3.53


Responses

0 Respones to "PRK059: Bukit Gantang"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors