JKM tolak permohonan OKU kerana ditandatangani oleh wakil rakyat pembangkang



Al-Bakri fil Muar
9 Mac 2009

Assalamualaikum!, Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w dan keluarga baginda serta para sahabat.
Sempena dihari kelahiran junjungan Nabi Muhammad s.a.w, marilah kita menyoroti sifat-sifat mulia baginda hatta kepada warga bukan Islam. Sifat-sifat ini telah ditulis dan diajarkan kepada pelajar-pelajar Melayu Islam. Kisah bagaimana Nabi Muhammad s.a.w memberi wang zakat kepada orang Yahudi yang ingin berjinak-jinak dengan Islam dan sebagainya.
Tapi apa kaitan dengan tajuk diatas?

Apa yang saya ingin nyatakan disini betapa sifat-sifat Rasullulah ini boleh dikatakan hampir tidak ada terutama kakitangan kerajaan yang dibayar gajinya dari wang cukai yang dikutip dari rakyat. Malah peruntukkan pun dikutip dari wang rakyat. Beginilah sikap dan tauladan yang tidak dianjurkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Cuma ingin diingatkan bahawa tanggungjawab mereka terhadap rakyat perlu dijalankan tanpa memilih.

KUANTAN -
Apa sudah jadi dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang sebenarnya.

Sebelum ini Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh (foto) pernah mengadakan satu pertemuan empat mata dengan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob di pejabatnya. Dalam pertemuan yang mencetuskan "kontroversi" itu, MB Pahang dilaporkan akan memberi kerjasama yang sebaik mungkin kepada wakil rakyat terbabit dalam hal-hal yang berkaitan dengan rakyat di kawasan parlimen Kuantan.
Janji itu juga turut diluahkan oleh dua orang ADUN dalam kawasan parlimen Kuantan yang berstatus Exco iaitu YB Shafik Fauzan (ADUN Inderapura) dan YB Wan Adnan Wan Mamat (ADUN Tg.Lumpur) dalam pertemuan singkat yang turut diadakan pada hari yang sama.
Namun kini segalanya tinggal kenangan semata-mata. Janji manis yang pernah diucapkan ternyata "omongan kosong" yang hanya "indah khabar dari rupa". Ianya berkaitan tindakan kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat yang secara "jujur dalam paksa" menolak semua permohonan anak-anak orang kurang upaya (OKU) yang mendapatkan bantuan dari beliau, hanya kerna beliau adalah wakil rakyat pembangkang.

Laporan ini telah disiarkan dalam Sinar Harian Pahang :-
Keratan muka depan ahkbar Sinar Harian Pahang berkenaan perkara iniMenurut YB Fuziah, beliau amat kecewa apabila niat murninya untuk membantu permohonan tersebut ditolak bulat-bulat oleh pihak JKM. "Ini amatlah merugikan, borang yang sudah ditandatangani oleh saya dikatakan tidak laku kerana saya YB pembangkang. Malah pegawai di jabatan terbabit juga turut menegaskan akan menolak borang bantuan tersebut kerana tandatangan beliau dikatakan tidak sah. Malah pemohon telah diberikan borang baru dan diminta mengisikan semula borang berkenaan serta mendapatkan tandatangan dari wakil rakyat dari Barisan Nasional" katanya.


Perkara ini telah dibangkitkan oleh YB Fuziah Salleh dalam sessi perbahasan parlimen pada hari Khamis lalu. "Saya telah mempersoal dan mahu mendapatkan penjelasan daripada Puan Shamsiah iaitu Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang. Namun, beliau secara jelas mengatakan arahan tersebut adalah daripada pihak kementerian sendiri. Pada hari yang sama pegawai khas saya, Saudara Sim Chong Siong telah pergi ke pejabat JKM Pahang dan membuat kenyataan media berhubung hal ini" tambah beliau lagi.
Kami difahamkan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuantan iaitu Encik Hamizan turut mengakui kebenaran berkenaan tandatangan wakil rakyat pembangkang sememangnya tidak sah.
Ini komen dari sahabat:
"Khabarnya di USA lepas abih jer pemilihan Presiden semua ahli2 politik akan sibuk bekerja keras utk buktikan siapa yg lebih baik berkhidmat utk rakyat (majoritinya politician bukan Islam). Tp ahli2 politik Malaysia nie tak kira sebelum pilihanraya ke, semasa ker hatta selepas pilihanraya pun sibuk bersengketa/bermusuhan cari peluang nak jatuhkan lawan masing2 (especially yg Islam). Penyudahnya rakyat jugak yg jadi mangsa, kesian... Tak bole ker mereka ni bekerjasama utk kebajikan rakyat? Mustahil atau susah sgt ker?? "


Responses

1 Respones to "JKM tolak permohonan OKU kerana ditandatangani oleh wakil rakyat pembangkang"

Tanpa Nama berkata...

Salm Tuan rumah.

Siapa tidak kenal Puan Shamsiah. Dia juga OKU (tapi dia rasa dia orang biasa, kerana dia pegawai besar,pangkat besar, pelajaran tinggi,kecacatan dia pun tahap minima,alah kalau setakat satu jari terpendek sedikit,tentu tak ada masalah besar macam kami)

Maka tidak hairanlah kenapa dia ikut saja telunjuk bos besar dia tu.

OKU yang marah.

Water lily


9 Mac 2009 pada 12:30 PTG

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors