Setakat ini 4 buah negara telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel didahului dengan Venezuala dan Bolivia diikuti oleh Mauritania serta Qatar.
Antara 4 buah negara ini 2 buah negara adalah negara bukan Arab/Islam yang menentang kekejaman tentera Israel terhadap rakyat Palestine[Gaza].
Untuk makluman, Mesir dan Jordan mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Jordan ada membuat kenyataan untuk memikirkan semula hubungan diplomatik dengan Israel. Sehingga hari ini Jordan belum lagi membuat apa-apa kenyataan tentang hubungan diplomatik tersebut tetapi Venezuala dan Bolivia terus membuat keputusan memutuskan hubungan diplomatik.
Mungkin kerana takut lebih banyak negara untuk bertindak memutuskan hubungan diplomatik, Israel mengambil keputusan sendiri untuk gencatan senjata. Mungkin siapa yang tahu.
Responses
0 Respones to "Putuskan hubungan diplomatik dengan Israel"
Catat Ulasan