Pandangan YB Berkaitan Isu PPSMI



YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH:
Dan saya nak masuk pada satu perkara yang di luar daripada Dewan ini dan saya rasa kita ada peranan masing-masing tentulah mengenai PPSMI yang heboh kita perbincangkan bukan di sini tapi di luar. Walaupun bukan dalam peranan kita di Dewan Undangan Negeri ini.
YB TUAN SPEAKER : Ok.
YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH:
Tapi kita ada peranan. Sama-sama boleh mendesak.
YB TUAN SPEAKER : Ok.
YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH:
Saya ada laporan, kertas kerja tentang, apa ni, kesan dasar pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah rendah. Dikeluarkan pada 7 Ogos 2008. Perbincangan meja bulat Gagasan Veteran Malaysia (GVM), anjuran Yayasan Kajian dan Strategi Melayu. Ini kumpulan penyelidiknya Professor Dato’ Ishak Harun, Professor Madya, macam-macam lagilah pakar-pakar akademik Melayu. Jadi kesannya, rumusannya bahawa gagal. Bukan sahaja gagal tetapi merugikan anak-anak kita di sekolah-sekolah rendah UPSR. Walaupun keputusan UPSR akhir-akhir ini kajian dah ada mengatakan bahawa kita berjaya. Kerana apa berjaya? 38% anak-anak kita menjawab dalam Bahasa Inggeris bagi Sains dan Matematik, 38%. Ini bukan satu kejayaan. Kalau 90%, 100%, ini hanya 38% menjawab dengan Bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains. Tapi tak dipecahkan sekolah mana. Di Bandar ke luar Bandar ke. Dibentangkan keputusan menggalakkan, lebih ramai yang mendapat 5A dan sebagainya. Saya difahamkan mungkin ini satu fitnah. Tapi saya difahamkan bahawa hingga 20% markah pun dikira lulus. Mungkin tak betul. Kita takut ini berlaku. Untuk menampakkan bahawa program ini berjaya, kerajaan terpaksa menurunkan sistem penyemakan markah-markah ini. Hingga 20 markah pun dikira lulus. 20 lebih dikira A ataupun B. Ini merbahaya Dato’ Speaker.
YB TUAN SPEAKER : Yang Berhormat setuju ke Bahasa Inggeris ni?
YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Saya terang-terang tak setuju.
YB TUAN SPEAKER : Ya?
YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Kalau tak, tak setuju. Bukan saya seorang.
YB TUAN SPEAKER : Tak setuju?
YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Bukan saya seorang. Kalau saya tak setuju tak apa. Tapi ini semua pakar-pakar akademik Melayu yang bukan Melayu pun tak setuju. Kita setuju untuk memperkasakan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah, tapi bukan cara ini. Kita memperkasakan subjek Bahasa Inggeris itu sendiri.
YB TUAN SPEAKER : Masa Yang Berhormat belajar dulu Bahasa Inggeris macam mana? Lulus?
YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Dato’ Speaker, sistemnya lain. Dulu kita ada dua medium, Inggeris dan Melayu.
YB TUAN SPEAKER : Yang Berhormat dulu dalam bahasa apa?
YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Inggerislah.
YB TUAN SPEAKER : Ok, baguslah ya Bahasa Inggeris Yang Berhormat.
YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Tapi soal kita bercita-cita nak memperkasakan, meningkatkan Bahasa Inggeris di kalangan anak-anak kita, bukan cara itu Dato’ Speaker. Kita memperkasakan pelajaran subjek Bahasa Inggeris itu sendiri.
YB TUAN SPEAKER : Ok, Yang Berhormat.
YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Tak apa lagi. Sikit saja.
YB TUAN SPEAKER : Ha, dah cukup masa.
YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH:
80% pelajar-pelajar yang di sekolah rendah di luar Bandar ataupun di bandar-bandar merasa tidak senang, tidak puas hati, rasa susah apabila mereka diajar dalam Bahasa Inggeris bagi subjek Sains dan Matematik. Ini dalam laporan ini dan mereka menyatakan bahawa gagal segagal-gagalnya dalam usaha untuk meningkatkan pemahaman Bahasa Inggeris bagi anak-anak kita dan lebih gagal lagi anak kita tidak faham untuk subjek Matematik dan Bahasa Inggeris Yang Berhormat Dato’ Speaker.
YB TUAN SPEAKER : Yang Berhormat, masa dah habis Yang Berhormat. Dekat setengah jam. Ok boleh….
YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH: Jadi….
YB TUAN SPEAKER : Panjang dah ni.


Responses

0 Respones to "Pandangan YB Berkaitan Isu PPSMI"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors