Muslimah Bagan Datoh, Perak.
Fri Jan 23, 09 4:12:41 pm MYT
Saudara Pengarang,
Saya sebenarnya sekadar ingin melepaskan geram atau pandangan atau pun sekadar bercerita tentang hal yang tengah panas di perkatakan di negeri selangor tentang dakwaan yang di kenakan pada MB Selangor.
Untuk pengetahuan pihak tuan saya sebenarnya dari kecil sememangnya hidup dalam dikeliling orang-orang Umno. Begitu juga dengan keluarga dan sedara-mara dan saya juga suka semangat orang-orang lama Umno yang mempunyai semangat yang kuat demi bangsa dan negara. Tapi sayangnya sekarang semangat itu sudah hilang dan pemimpin yang sekarang sudah tidak lagi relevan. Saya akui saya memang suka semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir tapi apabila reformasi berlaku saya sudah semakin tidak menyukai Tun dan peranan Umno dalam menyelesaikan masalah Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Semasa kes reformasi itu saya belum berkahwin dan suami saya (semasa itu masih bertunang) adalah penyokong kepada Dato' Seri Anuar Ibrahim dan nyaris-nyaris di tangkap oleh pihak polis tetapi dia dapat melepaskan diri.
Tapi walaupun begitu hati saya masih sayang lagi kepada perjuang Umno. Saya pujuk hati saya untuk bersabar dan berharap Umno akan berubah suatu hari nanti. Suami saya sentiasa memberi nasihat dan menerangkan kepada saya perjuang Pakatan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat. Keluarga saya pun pada dulunya adalah penyokong Umno tapi sekarang sudah menjadi penyokong dan pendengar setia parti Pakatan Rayat.
Setiap hari saya pasti akan membaca berita-berita sama ada pro BN atau pun Pakatan. Berita on-line yang paling saya gemari sekarang adalah Malaysiakini dan Harakahdaily.net walaupun jiwa saya masih lagi ada pada Umno. Tapi bila saya terbaca berita tentang MB Selangor didakwa rasuah tentang pembelian lembu semperna Hari Raya Qurban hati saya menjadi marah.
Sebenarnya saya suka akan pemerintahaan dan sikap MB Selangor dalam menyelesaikan semua masalah pentadbiran. Apa yang menjadi ketidak puasan hati saya adalah sikap orang melayu kita sendiri iaitu terutama kepada bekas MB Selangor Dato' Seri Khir Toyo tentang dakwaan yang di buat. Dia seolah-olah tidak dapat menerima kekalahan Selangor keatas Pakatan Rakyat. Seboleh-bolehnya dia ingin menjatuhkan MB Selangor (Tan Sri Khalid) dan berupaya sedaya boleh walau apa jua cara. Ini adalah sikap yang tidak baik khususnya bagi kita orang melayu.
Di tambah dengan masalah dalam Umno yang berhadapan dengan rasuah dan pula dengan sikap Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.Lagi membuat rakyat menilai ketuluskan Umno atau pun BN itu sendiri.
Saya adalah berasal dari kampung (Bagan Datoh, Perak) di mana tempat Dato' Seri Zahid menang semasa pilihan raya yang lepas. Terus terang saya katakan saya tidak menyukai sikapnya yang membeza-bezakan orang-orang kampung. Sebab itu saya mendaftar mengundi di Selangor dan kebetulan saya serta suami bekerja di Selangor jadi senang untuk kami mengundi.
Walaupun Dato' Seri Zahid masih lagi menang semasa pilihan raya lepas tapi bila Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintaan di Perak segala-galanya berubah. Saya suka sikap Pakatan Rakyat terutamanya PAS yang begitu prihatin terhadap masalah dan kebajikan rakyat. Kebetulan semasa pembukaan sekolah tahun ini saya berada di kampung dan pihak Pakatan Rakyat telah mengulurkan bantuan sekolah kepada anak-anak kampung untuk bantuan persekolahan.
Bantuan itu memang betul-betul tepat dan tulus kerana orang yang betul-betul layak sahaja yang di salurkan. Tidak semasa Umno memerintah bantuan yang dihulurkan kepada orang-orang yang tidak sepatutnya dapat dan kepada yang benar-benar memerlukan tidak mendapat hak mereka. Ada juga saya terdengar cakap-cakap belakang, orang yang tidak mendapat bantuan itu tapi pihak Pakatan Rakyat menerangkan kepada mereka dengan lebih terperinci.
Dengan peristiwa-peristiwa yang saya lihat, dengar dan dapat, ini membuka mata dan hati saya untuk beralih kepada Pakatan Rakyat. Di tambah pula kemenangan Permatang Pauh dan Kuala Terengganu baru-baru ini. Apa yang dikatakan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim tentang rakyat harus berubah adalah benar. Walaupun pada hakikatnya saya sayang kepada perjuangan Umno tapi Umno sekarang tidak seperti Umno dulu. Semangat yang ada sekarang pada Umno hanyalah semangat untuk peribadi sahaja bukan untuk bangsa dan agama. Pendekatan saya lebih kepada PAS kerana perjuangan PAS lebih kepada agama. Saya juga mengenali Ustaz Misbahur Munir (kalau tak silap ejaan lah) kerana dia pernah mengajar saya di Sekolah Menengah Sri Muara dalam Agama Islam.
Saya harus yakin dan percaya perubahan harus di lakukan. Apa yang saya harapkan sekarang demi agama, bangsa dan negara Pakatan Rakyat akan lebih tulus dalam memerintah Malaysia ini. InsyaAllah dengar berkat doa rakyat semoga Pakatan Rakyat akan dapat membuat pengalihan kuasa dan sekali gus memerintah Malaysia dengan aman damai. Wahai orang-orang melayu buanglah sikap dengki yang ada dalam diri dan bersatu lah demi masa depan anak-anak kita
Responses
0 Respones to "Artikel Pilihan minggu ini: 'Bengang' dengan Khir Toyo dan Zahid Hamidi"
Catat Ulasan