Boikot harus diteruskan sehingga negara Palestin merdeka diwujudkan




Al Bakri fil Muar
18 Jan 2009

Terbaru sekolah PBB yang menempatkan pelarian dibedil oleh tentera Zionist Israel. 2 kematian dilaporkan. Seperti biasa pihak negara haram Zionist/Yahudi akan melakukan siasat seperti selalu yang kita dengar.

Apakah siasatan tentang pengeboman rakyat Palestin semasa berkelah di pantai telah selesai? Begitulah alasan demi alasan, kesilapan itu ini bla...bla...

Hanya Israel sebuah negara yang diberi kemudahan dan kelengkapan ketenteraan dari Amerika. Tidak ada sebuah negara di dalam dunia ini diberi peralatan ketenteran seperti Israel hatta sekutu rapatnya seperti Arab Saudi dan Mesir.

Sebagai insan yang kerdil ini, marilah kita lakukan dengan sedikit demi sedikit memboikot produk Amerika/Israel. Terlalu lama kita telah menggunakan produk Amerika/Israel yang hasil keuntungan dibawa balik ke Amerika dan seterusnya mengeluarkan bom dan peluru untuk membunuh orang Islam seperti di Palestin.

Peringkat permulaan saya telah memboikot produk Coca-Cola [dah lama sejak 2001] dan sekarang nak mulakan pula dengan produk jenama McDonald dan Sara Lee. Starbuck memang tidak pernah pergi pun mahal pula tu, lebih baik saya minum kopi Radix.

Kalau produk Sara Lee, kita boleh lihat dibelakang tanda pembuat dan dibungkus untuk Sara Lee.

Jenama Ambi Pur, Ridsect, Kiwi, Sanex, Radox, Brylcreem adalah antara produk-produk Sara Lee.


Responses

0 Respones to "Boikot harus diteruskan sehingga negara Palestin merdeka diwujudkan"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors