Zakat kepada rakyat bukan Islam yang ingin berjinak-jinak memeluk Islam.



JOHOR BHARU, 28 Nov - Sidang Dun Johor Kerajaan Negeri Johor sebelum ini tidak memberikan zakat kepada rakyat yang bukan Islam dan sedia untuk mempertimbangkan agihan zakat kepada mereka yang berhasrat memeluk Islam.

Dalam sidang Dun Johor semalam dalam soalan tambahan dari Dr. Sheikh Ibrahim Salleh (PAS-Sungai Abong) beliau menyarankan agar kerajaan melalui Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) untuk memberikan zakat kepada rakyat bukan Islam yang ingin berjinak-jinak memeluk Islam.

Sebelum itu Exco, Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Dato Zainal Abidin Omar memaklumkan kepada dewan sepanjang Januari hingga Oktober 2008 MAIJ telahpun memungut sebanyak RM63.8 juta bagi zakat harta dan RM8.4 juta bagi zakat fitrah dan sehingga kini sebanyak RM60.1 juta telah diagihkan.

"Daripada jumlah RM60.1 juta itu, sejumlah RM19.85 juta diberikan kepada asnaf fakir dan miskin, amil (RM8.02 juta), mualaf (RM7.91 juta), gharim (RM1.64 juta), ibnu sabil (RM120,000) dan fi sabilillah (RM22.56 juta)," katanya.

Pengagihan yang dilakukan merangkumi pelbagai bentuk termasuk bagi bantuan keperluan hidup, persiapan sekolah, perubatan, pembelian rumah, pendidikan agama, penyelenggaraan masjid dan pembangunan syiar Islam.

Persoalannya sekarang kerajaan Johor masih belum berjaya membantu sepenuhnya dan membebaskan rakyatnya dari paras kemiskinan yang tinggi terutamanya warga setinggan di bandar.

Berdasarkan indeks yang ditetapkan, keluarga yang tergolong dalam miskin adalah mereka yang berpendapatan RM740 sebulan dan pendapatan per kapita RM165, manakala miskin tegar adalah yang berpendapatan RM420 dengan pendapatan per kapita RM100.

"Statistik ketua isi rumah miskin dan miskin tegar di Johor sehingga 31 Mei 2008 adalah seramai 9,492 orang, yang mana seramai 4,645 orang miskin dan seramai 4,897 orang miskin tegar.

Malangnya disini kerajaan Johor meluaskan skop asnaf fisabilillah dengan membina dan menyelenggarakan masjid sedangkan sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membina dan menyelenggarakan masjid.

Konsep zakat sangat luas tetapi tidaklah boleh diambil kesempatan oleh kerajaan untuk mengunakan sewenang-wenangnya wang zakat untuk membina masjid . Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memelihara dan membina syiar-syiar Islam dan tanggungjawab ini mesti dipikul bersama rakyat.

Sekiranya rakyat tidak menjaganya, kewajiban itu jatuh kepada kerajaan dan kerajaan jangan lupa konsep zakat untuk membebaskan rakyat dari paras kemiskinan.
Sumber:


Responses

0 Respones to "Zakat kepada rakyat bukan Islam yang ingin berjinak-jinak memeluk Islam."

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors