Rafiah dedah campurtangan politik di UM



Beh Lih Yi
Nov 18, 08 3:53pm
ref Malaysiakini

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Rafiah Salim mendakwa beliau terpaksa berdepan dengan pelbagai 'ragam' ekoran campurtangan politik sepanjang beliau memegang jawatan tersebut."Umpama siapakah yang kita boleh jemput berceramah kepada pelajar, siapa yang tidak boleh - malah dari kalangan orang Barisan Nasional sendiri," dedah beliau dalam temubual dengan Malaysiakini semalam."Ia menjadi tugas yang amat sensitif untuk dilaksanakan tetapi kerana saya fokus terhadap apa yang saya hendak lakukan untuk UM, (maka) saya terpaksa menelan semua itu, jika tidak, saya tidak akan boleh melakukan apa yang saya hendak buat untuk UM," tambahnya.
Menjawab soalan, Rafiah mengakui bahawa kes terbaru campurtangan politik ialah keputusan UM untuk membatalkan jemputan terhadap penerima Nobel Keamanan Shirin Ebadi untuk berucap di UM yang sepatutnya berlangsung awal bulan ini.UM menarik balik jemputan kepada Shirin, seorang yang lantang mengkritik isu hak asasi manusia di Iran, dua minggu sebelum beliau dijadual bercakap mengenai Islam dan kepelbagaian budaya.
Pada masa itu, Rafiah menafikan bahawa ia adalah kerana tekanan dari kerajaan supaya majlis itu dibatalkan.Kontrak perkhidmatan Rafiah - wanita pertama dilantik menerajui sebuah universiti awam di negara ini - tidak dilanjutkan dan beliau hanya dimaklumkan mengenainya 48 jam selepas tamat tempoh perkhidmatannya.
Beliau dilantik menerajui UM pada bulan Mei 2006.Dalam bahagian pertama temubual dengan Rafiah semalam, beliau mendakwa wujudnya prasangka jantina oleh kerajaan terhadap ahli-ahli akademik tempatan ekoran kontroversi selepas perkhidmatannya tidak disambung.
Kataya, beliau mendapat tahu baru-baru ini bahawa naib canselor wanita diberi kontrak perkhidmatan selama dua tahun, sedangkan naib canselor lelaki mendapat kontrak tiga tahun.Ini termasuk kontrak perkhidmatan penggantinya, Prof Dr Ghauth Jasmon.


Responses

0 Respones to "Rafiah dedah campurtangan politik di UM"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors