Kerajaan jangan politikkan isu pendidikan percuma



Basiron Abdul Wahab
Tue Nov 18, 08 12:35:42 pm MYT

TEMERLOH, 18 Nov (Hrkh) - Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pahang, Hasanuddin Salim menyifatkan langkah Kementerian Pelajaran Malaysia melarang Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengambil bayaran daripada pelajar sebelum bulan April adalah langkah tidak bijak.
Katanya, kementerian hanya memikirkan suvival politik Umno-BN semata-mata sedangkan pihak sekolah dan pelajar berdepan dengan isu kekurangan peralatan pembelajaran yang sebelum ini ditampung oleh PIBG.

Menurut Hasanuddin, sebelum ini kerajaanlah yang mempolitikan isu pendidikan dengan mengisytiharkan pendidikan kononnya percuma.

Hakikatnya, kata beliau pendidikan tidak percuma, pelajar masih dikenakan yuran tertentu oleh pihak sekolah menyebabkan rakyat menemplak kerajaan, ekoran daripada itulah kementerian melarang pihak sekolah dan PIBG mengenakan yuran sebelum bulan April.

"Langkah kementerian itu menyusahkan pihak sekolah dan pelajar kerana ketiadaan dana untuk membeli peralatan pembelajaran tambahan yang diperlukan oleh pelajar sebagaimana kebiasaannya," kata beliau.

Malah, guru-guru mendakwa, bulan April adalah terlalu lewat bagi mereka untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi peperiksaan, kerana persediaan biasanya dibuat pada awal tahun lagi," ujarnya.

Hasanuddin berkata, pihak kementerian dilihat semacam 'phobia' dengan isu pendidikan percuma yang pernah diumumkan sendiri dahulu.

Beliau berkata, kementerian dan kerajaan patut berusaha merealisasikan pendidikan percuma itu dengan menambah peruntukan dan sebagainya.

"Kenapa perlu takut jika tindakan kementerian itu betul untuk kepentingan rakyat dan bukannya suatu tindakan politik atau membohongi rakyat," ujarnya.

Menurut Hasanuddin, langkah kementerian melarang sekolah mengambil yuran tertentu pada awal tahun dan membenarkan pula selepas bulan April adalah satu lagi episod malang bagi sekolah, ibu bapa dan pelajar.

"Apa salahnya kementerian bersikap berani memperjelaskan kepada ibu bapa bahawa yuran yang dibayar adalah untuk membeli peralatan pembelajaran tambahan bagi anak-anak mereka," katanya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Semantan, Syed Hamid Mohamad berkata, tindakan kementerian telah menyusahkan semua pihak termasuk PIBG, ibu Bapa dan pihak sekolah.

Beliau yang juga Pengerusi PIBG Sekolah Rendah Sungai Gau, Temerloh berkata, tidakan kementerian telah mengharu-birukan sekolah dan PIBG yang akan memberi kesan kepada pelajar pada akhirnya.

"Kementerian sepatutnya tegas sama ada mahu meneruskan agenda pendidikan percuma atau sebaliknya dan jangan mempolitikan isu pendidikan demi masa depan anak-anak," katanya
Takwim sekolah 2009 di sini


Responses

0 Respones to "Kerajaan jangan politikkan isu pendidikan percuma"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors