PR usulkan bincang isu ekonomi tapi kerajaan BN menolak...



Al-Bakri fil Muar
24 November 2008

Saya nak komen sikitlah tentang tajuk diatas. Dikala ekonomi dunia sedang dilanda kegawatan, sesetengah syarikat dah melaksanakan skim VSS atau skim perpisahan secara sukarela, kurangkan waktu operasi, mengurangkan kos pembangunan, menutup operasi sementara dan sebagainya tetapi sebaliknya kerajaan BN/UMNO tidak mahu membincangkannya.

Nampak sangat seolah-olah pemimpin BN/UMNO ini tidak perihatin tentang rakyat jelata. Itu belum lagi cerita barang-barang keperluan yang masih mahal walaupun harga minyak telah turun.

Kalaulah.....
Kerajaan tidak menaikkan harga minyak mendadak sehingga 78 sen seliter bagi petrol atau naikkan dengan kadar yang sedikit mungkin tidak berlaku kenaikan mendadak harga barang-barang keperluan.

Apa pendapat anda?

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Usul Anwar bincang isu ekonomi ditolak Speaker Dewan Rakyat
Wan Nordin Wan Yaacob
Mon Nov 24, 08 1:45:50 pm MYT
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Hrkh) - Usul Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim di bawah perkara 18 (1) khas bagi membincangkan isu kegawatan ekonomi yang dibawa ke Dewan Rakyat pagi tadi ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Dato' Ronald Kiandee.

Ronald semasa menolak usul itu menyatakan, usul yang dibawa oleh Anwar (KeADILan Permatang Pauh) itu tidak berkehendak disegerakan.

Anwar yang sebelum itu bangun bagi membacakan usul tersebut meminta dewan ditangguhkan bagi membolehkan persoalan kelesuan dalam pencapaian negara bagi mendapatkan pelaburan asing (FDI) yang masuk.

Menurut Anwar, walaupun satu ketika lalu negara menikmati FDI yang agak tinggi, namun sejak kebelakangan ini ia semakin merosot malah berada pada tahap membimbangkan.

Walhal, negara-negara lain di Asia memperolehi FDI yang meningkat dari semasa ke semasa, Malaysia sebaliknya merudum, kat Anwar.

Beliau merujuk kepada laporan 'United Nations Conference on Trade and Development Worlds Investment Report 2008' berhubung kedudukan Malaysia yang semakin merosot dalam FDI termasuk di peringkat Asia.

walaupun usulnya ditolak, Anwar mahu kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengambil maklum usul beliau dan memandang serius laporan Pertubuhan Negara-negara Bersatu (PBB).

Bercakap di luar Dewan Rakyat semasa mengadaka sidang medianya pula, Anwar kesal kerana kerajaan enggan membincangkan kelemut ekonomi yang parah hari ini bersama dengan Pakatan Rakyat.

Ujar Anwar, Pakatan Rakyat mahu mengambil bahagian menyelesaikan kemelut ekonomi negara dan perbincangan meja bulat bersama pimpinan BN dan Pakatan Rakyat adalah jalan terbaik ke arah itu.

Beliau melahirkan kebimbangan jika isu itu tidak dibincangkan secara kolektif dan segera, ia bakal memparahkan lagi ekonomi negara.


Responses

0 Respones to "PR usulkan bincang isu ekonomi tapi kerajaan BN menolak..."

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors