Turunkan harga minyak domestik, kalau tidak....



Al Bakri fil Muar
26 October 2008

Harga minyak satu tong pada setahun yang lepas iaitu 26 October 2007 di antara UDS75-80 setong. Harga petrol diwaktu itu ialah RM1.92 seliter.

Tapi hari ini, harga petrol ialah RM2.30 seliter iaitu perbezaan sebanyak RM2.30-1.92 = RM0.38.

Jika kerajaan bersabar dengan tidak menaikkan harga minyak pada Jun yang lepas, insya-Allah tidak berlaku kenaikan harga barang mendadak dan tidak membebankan rakyat keseluruhan. Apa yang dikesalkan kerajaan BN tidak perihatin dengan rakyat dengan menaikkan harga minyak sehingga RM0.78 seliter satu nilai yang tertinggi dalam sejarah Malaysia.

Kemudian satu forum diadakan dengan dijemput professor, pakar-pakar ekonomi dan sebagainya mengulaskan mengapa kerajaan perlu menaikan harga minyak. Sekarang dimana mereka-mereka ini mengapa tidak ada ulasan lagi apabila harga minyak dunia telah jatuh. Kenapa??
Apa yang pasti sesetengah dari mereka tidak merasa bahang kenaikan minyak mungkin ada subsidi dari kerajaan seperti elaun perjalanan dan sebagainya. Kalau menteri-menteri BN lagilah banyak "lemak", semuanya ditanggung dari wang rakyat.

Kami rakyat terpaksa bergelut dan menghadapi beban kenaikan ini. Peritnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Berikut ialah contoh pengiraan:
Harga pada hari ini iaitu 26 October 2008; harga minyak ialah USD61.76 setong
Kini penurunan harga minyak global
Rakyat bayar harga minyak RM 2.30
(setelah Kerajaan turunkan 40 sen)

Harga Minyak Global kini pada 26 Oct 2008 jam 9.00 mlm bernilai 1 Tong = USD 61.72
USD1.00 = RM3.6200 menjadikan RM223.43 setong
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Harga satu liter RM 223.43 bahagi 159 liter = RM 1.41

Kerajaan tanggung subsidi subsidi = RM 0.30
bermakna RM 1.41 - RM 0.30 = RM 1.11

Harga sepatutnya sekarang = RM 1.11 sen
Namun hakikatnya rakyat Malaysia Beli minyak 1 liter = RM 2.30
Rakyat menanggung Beban lebihan yang di bayar oleh Rakyat Malaysia
RM 2.30 – RM 1.11 = RM1.19
Inilah kesan jika orang yang tak pandai menguruskan negara.


Responses

0 Respones to "Turunkan harga minyak domestik, kalau tidak...."

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors