Orang ramai desak harga barang keperluan diturunkan



Hashim Abdullah
Mon Oct 27, 08 12:18:11 pm MYT

TEMERLOH, 27 Okt (Hrkh) - Golongan berpendapatan rendah memandang sinis tindakan kerajaan yang akan menurunkan harga minyak tetapi gagal menurunkan harga barangan keperluan sebagaimana sebelum kerajaan menaikkan harga minyak dahulu.

"Apalah makna penurunan harga minyak jika impak daripada kenaikan harga barangan keperluan tidak diatasi sebagaimana sebelum kerajaan menaikan harga minyak dulu.

"Turunkan harga minyak sebagaimana asal dulu, malahan turunkan lagi memandangkan harga minyak global turun merudum. Tidakkah itu hujah kerajaan ketika menaikkan harga minyak?

"Dulu kerajaan kata terpaksa naikkan harga minyak kerana minyak dunia naik sekarang harga minyak dunia merudum mengapa tidak turunkan harga minyak sebagaimana harga minyak dunia," soal kebanyakan mereka yang ditemui Harakahdaily dalam tinjauan umum di sini, baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato? Shahrir Abdul Samad dalam kenyataannya baru-baru ini membayangkan penurunan harga minyak kali ketiga akan dilaksanakan pada 30 oktober atau pada 1 November ini.

Menurut Abdul Razak Zin, pekerja swasta, apapun langkah yang ingin dibuat pemimpin kerajaan bagi membantu meringan beban rakyat mesti bermula dengan penurunan harga barangan keperluan.

"Kesan yang dideritai rakyat bawahan akibat daripada langkah kerajaan menaikkan harga barangan keperluan dahulu ialah ketiadaan keseimbangan antara pendapatan dan kos sara hidup seharian.

"Kita bukan menteri yang hidup serba mewah. Kami orang miskin yang rata-rata hidup kais pagi makan pagi. Orang macam kami tak banyak guna minyak tetapi kami dibebani dengan kenaikan harga barangan. Barang keperluan tak turun walau pun kerajaan turunkan harga minyak. Inilah masalah rakyat miskin yang perlu dibela kerajaan," katanya.

Suri rumah Nor Fiza Ishak pula mahukan kerajaan serius dalam membantu golongan bawahan menghadapi kehidupan yang serba tertekan sekarang.

"Cuba bayangkan kalau pendapatan kita di bawah seribu ringgit dengan enam atau tujuh orang anak. Mana nak belanja sekolah anak lagi, nak makan, bayar air dan api, semua itu bukannya murah. Sekarang harga barangan keperluan asas sangat mahal, macam mana nak uruskan kehidupan. Tolong fikirkan masalah rakyat miskin," katanya.

Penjual ikan, Hasim Husein pula mahukan kerajaan mengatasi masalah ekonomi golongan bawahan terutama bagi rakyat biasa yang tidak mendapat pembelaan hidup sebagaimana para menteri dan kakitangan kerajaan.

?Orang macam kami yang berniaga kecil-kecilan, kami ni cari makan laksana kais pagi makan pagi, sekarang berniaga pun susah, orang mula jimat berbelanja. Tambah pula harga getah dan kelapa sawit jatuh, makin susah kami berniaga.

"Pemimpin kerajaan sepatutnya sedar dari awal akibat daripada menaikkan harga minyak. Sekarang kita rakyat bawahan tanggung akibatnya. Sebab itu kalau nak turunkan harga minyak turunkan sehingga orang mampu berbelanja, kalau tidak orang macam kami jadi mangsanya," katanya kesal.

Sementara itu dalam tinjauan Harakahdaily di beberapa premis perniagaan di sekitar Bandar Temerloh juga mendapati peniaga mengeluh kerana daya beli orang ramai semakin menurun.
"Daya beli orang ramai jatuh sebab harga getah dan kelapa sawit rendah," kata mereka.


Responses

0 Respones to "Orang ramai desak harga barang keperluan diturunkan"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors