8 Oct 2008 bersamaan dengan 8 Syawal 1429H.
Assalamualaikum buat semua umat Islam khususnya buat pengunjung blog ini.
Buat sekian kalinya, al-Bakri menulis lagi tentang tajuk harga minyak. Jika dalam sebulan yang lepas harga minyak telah turun dari $110 dolar setong menjadi $96 dolar. Tetapi kerajaan yang dipimpin oleh UMNO/BN hanya menurunkan 10sen seliter bagi petrol dan diesel.
Jika kita kaji kadar kenaikan adalah sebanyak 30sen + 78sen (rujuk harga petrol) = RM1.08 tetapi cuma turun 15 sen + 10 sen = 25 sen.
Baiklah itu bab kenaikan harga minyak sahaja, sekarang mari kita lihat pula kesan dari kenaikan harga bahan bakar.
Tepung = naik (harga sekarang dalam lingkungan RM2.30 - 2.50 sekg)
Beras = naik antara RM9-15 sekg (beras 5% hancur)
Maggi = dulu bawah RM3 tapi sekarang menjadi RM4.50 untuk 1 pek mengandungi 5 bungkus)
(Makanan semasa belajar dulu jika wang tak cukup)
Simen pun dan naik hingga ada sesetengah tempat sekampit simen berharga dalam RM19-22.
Batu bata, kayu, besi dan lain-lain bahan binaan dah meningkat.
Ada satu lagi yang kebanyakan dari rakyat terlepas pandang harga bekalan elektrik. Kita mintalah TNB kaji semula tarif bekalan elektrik bagi meringankan beban rakyat.
Klik di sini http://www.malaysiakini.com/news/48264 alasan TNB menaikan tarik elektrik.
Ulasan kenaikan tarif elektrik http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=342901
Sekarang apakah tindakan kerajaan? Pihak kerajaan sepatutnya membuat kajian terperinci sebelum menaikan harga minyak. Sekarang harga barang keperluan telah meningkat mendadak menyebabkan rakyat terpaksa mengurangkan perbelanjaan seterusnya akan merencatkan ekonomi domestik. Bak kata orang putih "damage already done", jadi sekarang kerajaan perlu memperbetulkan semula "kerosakan" tersebut.
Mungkin sekarang kita belum lihat kesan-kesan besar tetapi sesiapa yang bekerja disektor swasta akan dan telah pun merasai kesan tersebut. Nak cerita bab ekonomi, saya bukanlah pakar cuma mengkaji dari perspektif rakyat bawahan dan pertengahan.
Mungkin sahabat pengunjung mempunyai pandangan, saya alu-alukan buat kesejahteraan rakyat.
Wasalam,
Al-Bakri fil Muar
Labels:
Minyak Naik
Responses
0 Respones to "Harga minyak dunia jatuh lagi....$86.84 Dolar setong"
Catat Ulasan