Kisah ayam: Halal... tak halal....



Al-Bakri fil Muar,
25 October, 2008

Terbacalah dalam surat khabar kisah ayam yang tidak disembelih dengan betul. Itupun setelah
pihak berkuasa agama membuat pemeriksaan. Kita pun tak tahu sama ada ayam yang telah diproses disembelih dengan betul atau pun tidak?

Yang pasti umat Islam rasa yakin jika terdapat logo halal Jakim atau Majlis Agama Negeri. Persoalannya, bagaimana kalau logo halal tiruan ditampal untuk mengaburi pengguna Islam? Jika wang pun manusia boleh palsukan ini kan pula logo halal.

Jadi tanggungjawab pihak berkenaan mempastikan binatang yang dijual telah disembelih mengikut syariat Islam.

Mungkin hasil dari makanan yang subahat ini terjadinya masalah sosial dikalangan umat Islam sekarang. Wallahualam.

Rasanya nak beli ayam di pasaraya-pasaraya dah was-was terutama sekali jika ayam tersebut telah dibuang kepalanya dan dipotong kecil-kecil.

Kami, umat Islam minta kepada semua pengusaha rumah sembelihan supaya patuh dengan syarat-syarat penyembelihan.

Ana syorkan belilah ayam yang disembelih didepan mata atau pengusaha yang Islam. Kepada umat Islam pastikan ayam atau binatang benar-benar disembelih mengikut syariat Islam.

Sila baca artikel bawah, ana ambil dari blog http://myhalal.blogspot.com. Berikut linknya
http://myhalal.blogspot.com/2008/10/pusat-penyembelihan-di-ibu-kota.html


KUALA LUMPUR: Aktiviti penyembelihan yang membabitkan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di ibu kota, sentiasa dikawal dengan bantuan agensi kerajaan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui jawatankuasa bersama.Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zainal Abidin Jaafar, berkata pihaknya dengan kerjasama agensi itu akan mewujudkan pusat penyembelihan berpusat bagi memudahkan pengusaha berkenaan selain tidak menimbulkan rasa ragu-ragu orang ramai apabila ia dilakukan di tempat lain.“Setakat ini, memang aktiviti penyembelihan untuk perniagaan itu dilakukan di tempat lain seperti di Chow Kit dan Datuk Keramat.“Walaupun kami tidak menerima kes mengenai cara penyembelihan tidak sempurna dan meragukan, cadangan mewujudkan pusat penyembelihan berpusat dilakukan sebagai usaha penambahbaikan supaya tidak timbul masalah seperti itu,” katanya.Beliau diminta mengulas laporan akhbar ini semalam, mengenai hasil pemeriksaan pegawai Jabatan Agama Johor (JAJ) mendapati ayam segar di pasar raya di Muar mendapati dijual tanpa sembelihan sempurna dengan urat halkum dua ekor ternakan itu belum putus sepenuhnya.Dalam operasi sama, 65 kotak mengandungi 780 kilogram (kg) ayam tanpa tulang di pusat penyimpanan sejuk beku di sebuah rumah di Jalan Salleh, di bandar itu, turut disita berikutan status halalnya meragukan.Ia berikutan pemeriksaan mendapati produk itu diimport dari China, tetapi kertas yang mempunyai logo halal dalam tulisan Jawi serta pengeluarnya dibuang daripada kotak berkenaan dipercayai bagi mengelak statusnya disyaki pengguna Islam
Posted


Responses

0 Respones to "Kisah ayam: Halal... tak halal...."

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors