ALOR SETAR, 14 November - Media hanya dihalang memasuki dewan ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet 2011 adalah atas permintaan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah YB Dr Dato’ Abd Isa bagi menjaga kemuliaan persidangan yang dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.
“Media seharusnya menjaga etika kewartawaanan saya bersikap tak kisah dalam hal ini. Tak mahu tulis berita saya tak apa. Tapi hendaklah tulis perkara yang betul dan jangan putar belitkan fakta, tentulah saya kecewa,” kata Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pada sidang media selepas perasmian majlis itu.
Beliau menyifatkan larangan itu dibuat berikutan laporan yang dibuat oleh dua media elektronik berkenaan sering tidak tepat dan bertujuan memburukkan Kerajaan Negeri Kedah semata-mata.
Katanya, isu media dihalang daripada membuat liputan sebenarnya bukanlah baru bagi media pembangkang kerana media pembangkang sering dianaktirikan oleh Kerajaan Pusat sebelum ini
“Saya pernah memangku jawatan Pengarah Urusan akhbar Harakah layanan daripada Kementerian Penerangan tidak memihak kepada kami. Malah tak dijemput untuk membuat liputan sedangkan Harakah juga diberi lesen penerbitan oleh Kementerian Dalam Negeri. Kami tak komplen pun. Bukankah ini menyekat kebebasan media,” katanya.
Menjawab soalan wartawan adakah larangan itu akan diperluas bagi acara rasmi kerajaan yang lain katanya, perkara itu akan dikaji terlebih dahulu.
“Kita akan tengok sampai mana situasi ini dan putuskan kemudian. Jika media menjaga etika dan adil dalam penulisan, kita tiada masalah,” katanya.
Beliau turut mengibaratkan media ini sebagai dua jenis serangga iaitu lebah dan lalat. Katanya lebah adalah sejenis serangga yang hebat dengan sengat berbisa, memakan madu dari sari bunga-bunga yang harum kemudian menghasilkan madu yang berkhasiat. Sedangkan lalat semua orang tahu terhasil dari tempat yang kotor gemar menghinggapi benda-benda busuk dan membawa penyakit.
Pada majlis ini media yang datang untuk membuat liputan ialah semua akhbar berbahasa Cina yang lain termasuklah Utusan Melayu, Berita Harian, The Star, The News Starits Times, Harakah, Sinar Harian dan Bernama.
Responses
0 Respones to "“Tak tulis berita saya tak apa, tapi jangan buat fitnah.”"
Catat Ulasan