Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad |
SATURDAY, 13 NOVEMBER 2010 14:43 |
Parti Islam Se-Malaysia PAS mengalu-ngalukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat 15 kes berdasarkan kepada laporan Ketua Audit Negara 2009, termasuk yang melibatkan di Kementerian Pertahanan sebanyak RM310, 000 untuk persiapan bilik VVIP di bawah Pakej Ransangan Ekonomi. Antara pembeliannya set lampu (chandelier) RM10 000, home theatre RM12,000, kertas dinding (wallpaper) RM95,800 dan set sofa RM13,000. Setiap kali laporan audit dikeluarkan menyebabkan rakyat yang prihatin sesak dada kerana memikirkan bagaimana wang negara dibelanjakan semacam harta emak bapa mereka, tanpa memikirkan rakyat yang masih ramai menderita. Kita tentu masih ingat bagaimana pendedahan yang dipetik dari Laporan Ketua Audit Negara 2006 tentang perbedaan ketara harga pasaran dengan harga yang dibayar untuk beberapa peralatan Institut Kemahiran Belia Negara (KBN) .Ramai terkejut bagaimana harga set screwdriver boleh menjadi RM224.94 sedangkan harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital kodak melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik RM42.80 (harga pasaran RM5.20), settee 6 kerusi RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 (harga pasaran RM50).
|
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
3 hari yang lalu
Responses
0 Respones to "LAPORAN AUDIT, SPRM MESTI BERANI BERTINDAK KEPADA JERUNG."
Catat Ulasan