Banjir: Kedah Bantu sampai pakaian dalam



Posted on Thursday, November 11 @ 00:13:48 PST by paktam

KUALA LUMPUR, : Dr. Hayati Othman (PAS-Pendang) menjelaskan, kerajaan negeri Kedah bukan sahaja menyediakan dapur gas, bantuan makan, malah juga keperluan-keperluan lain termasuk pakaian dalam kepada mangsa banjir negeri itu.

Beliau berkata demikian sebagai menambah celahan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 Dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2011 di Dewan Rakyat pagi ini

"Kita bukan sahaja bagi gas, benda-benda lain pun Kita bagi, tuala wanita, kain batik, seluar dalam, baju dalam pun Kita bagi.

"Saya terlupa nak bawa Hari ini," katanya.

Mencelah sekali lagi, Mahfuz berkata, "nanti Kita bawa kat menteri sekeping".

Kedua-dua mereka membangkit perkara itu bagi menjawab tuduhan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Dan Menteri Pembangunan Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil bahawa kerajaan PAS Kedah lepas tangan Dan lambat bertindak membantu mangsa banjir.

Mahfuz sewaktu mencelah sebelum itu berkata, tindakan Muhyiddin Dan Shahrizat itu bukan sahaja menghina kerajaan negeri Kedah, malah juga kakitangan awam negeri itu.

Katanya, pemimpin Umno di peringkat pusat seolah-olah langsung tidak menghargai kakitangan awam yang bertungkus lumus menyampaikan bantuan yang disalur kerajaan negeri.

"Kita ucap terima kasih kerana tuduhan itu menyebabkan kemarahan kakitangan kerajaan negeri Kedah kepada Umno BN.

"Mereka pagi, malam berendam air bah tetapi dinafikan pimpinan Umno pusat," katanya.

Kerajaan Pusat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jelasnya hanya membantu mangsa banjir tidak lebih dari beras, sardin Dan telur, namun tidak menyediakan dapur gas untuk memasak.

Kerajaan negeri bagaimanapun bertindak segera menyediakan kemudahan tersebut bagi memudahkan mangsa yang dipindahkan.

"Masalah dia, dapur tak bagi. Saya tak tahu la kerajaan masih fikir orang kampung masak pakai kayu api.

"Sedangkan kerajaan negeri sedia dapur gas" katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam memaklumkan kerajaan negeri telah membelanjakan hampir RM2 juta membantu mangsa banjir.



Responses

0 Respones to "Banjir: Kedah Bantu sampai pakaian dalam"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors