Banjir Kedah: BN macam langau asyik cari tempat kotor



Posted on Wednesday, November 10 Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Banjir yang Melanda Kedah baru-baru ini akan menambahkan satu lagi catatan sejarah di negeri Jelapang Padi ini. Ia adalah banjir terbesar sehingga kini yang telah meneggelamkan pusat Bandaraya Alor Setar. Tujuh buah daerah di Utara Kedah terbabit iaitu Padang Terap, Pokok Sena, Kubang Pasu, Jerlun, Alor Setar, Kuala Kedah Dan Pendang. Jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat penempatan adalah seramai 55,836 orang, merupakan perpindahan terbesar paling besar untuk satu musim banjir di negeri ini.



Tidak semua berpindah ke pusat penempatan yang disediakan oleh kerajaan. Ada yang enggan berpindah, berpindah ke hotel, rumah saudara mara atau mereka tidak perlu berpindah kerana air sekadar memasuki rumah tetapi tidak membahayakan keselamatan. Jika dihitung semua terbabit, jumlahnya jauh lebih besar.

Kedah adalah negeri utama penanaman padi. Banjir melanda sewaktu padi mula menghijau. Jumlah kemusnahan sangatlah besar. Begitu juga dengan kemusnahan barang-barang perniagaan kerana banjir kali ini turut menyerang Bandar Dan pekan.

Ada orang menamakan ‘banjir VIP’ kerana kawasan kediaman orang kenamaan adalah antara yang terjejas teruk. Rumah Dato’ Seri Azizan Razak di Jalan Sultanah, kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon, Istana Kesoma, rumah Ketua Pembangkang DUN Datuk Seri Mahdzir Khalid, kediaman Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, pegawai-pegawai daerah, menteri Pusat, kerabat di raja adalah antara yang dimasuki air atau dikepungi air. Menteri Besar, seperti mangsa banjir yang lain tidak dapat bermalam di rumah, terpaksa menumpang di KMC.

Sebahagian besar taman-taman perumahan dalam Bandaraya Alor Setar ditenggelami air. Suasana yang tidak pernah berlaku sejak taman perumahan tersebut diwujudkan.


Jika banjir besar menghanyutkan segala sampah sarap Dan kekotoran maka IA turut menghamburkan kekotoran keluar dari mulut pemimpin-pemimpin Umno. Mereka adalah jenis manusia yang sentiasa mengambil kesempatan politik, sekalipun di tengah-tengah penderitaan orang ramai.

Shahrizat Jalil, Khairy Abu Bakar, Chor Chee Heong, Johari Baharom Dan beberapa pemimpin BN Kedah menuduh kerajaan negeri sebagai lembab Dan tidak mampu menangani masalah banjir. Muhyidin Yasin yang datang menjengah selepas banjir sudah kering pun turut menyalak menyalahkan Kerajaan Negeri yang kononnya berlepas tangan.

Kerajaan Negeri telah bertindak sejak banjir melanda Padang Terap di Hari pertama lagi. Semua jabatan kerajaan negeri Dan pejabat daerah bertindak mengikut keperluan Dan keutamaan.

Sehingga banjir berada di kemuncak Dan menawan tujuh daerah, semua jentera negeri dikerahkan ‘all out’ sehingga peralatan yang Ada (terutamanya kenderaan) tidak mencukupi untuk menangani puluhan ribu mangsa banjir dalam satu masa serentak. Jika berlaku kelemahan dalam pengurusan banjir, IA bukan kerana pegawai Dan kakitangan kerajaan negeri lembab, tetapi kerana kemampuan terhad berbanding Pusat.

Bencana alam, apatah lagi banjir besar, bukan merupakan program tahunan Kerajaan Negeri. Ia datang secara tidak diminta, mendadak Dan di luar dugaan. Bagi program kerajaan yang dirancang bertahun-tahun pun terdapat kelemahan maka segelintir kelemahan jika terdapat pada pengurusan banjir ini bukanlah perkara yang perlu dibesar-besarkan untuk memburukkan Kerajaan Negeri. Lebih baik mencari jalan membantu rakyat dari menyalahkan pihak lain.

BN macam langau yang asyik mencari tempat kotor untuk dihurungi sedangkan banyak lagi tempat bersih tapi tidak dipedulikan.

Negeri tidak menguasai tentera, bomba, kesihatan Dan polis. Semua itu di bawah Pusat. Sewaktu banjir melanda Kedah di kala BN mentadbir negeri dulu pun, semua jentera itu menjadi lebih penting dari jentera negeri. Kekuatan, kemampuan Dan duit ringgit mereka jauh mengatasi Negeri kerana hampir semua hasil negara dikutip oleh Pusat.

Sekarang pun semua jabatan-jabatan tersebut bekerja bertungkus lumus membantu mangsa banjir tetapi janganlah merasakan seolah-olah Pusat hanya ‘membantu’ Dan urusan banjir ‘sepatutnya adalah urusan Kerajaan Negeri’ seperti yang disebutkan oleh simulut celupar, Shahrizat.

Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai agensi paling utama dalam menangani banjir adalah milik bersama Pusat Dan Negeri. Negeri menyalurkan RM1 juta khusus untuk isu banjir. Setiap bantuan makanan yang diedarkan di penempatan banjir adalah juga Wang Negeri, bukan seratus peratus Pusat. Tetapi mereka dengan angkuh memberitahu mangsa banjir bahawa ianya bantuan Pusat, sehingga Ada mangsa bercakap di media, “Kalau nak harap bantuan Kerajaan Negeri kebuluranlah kami.”

Satu lagi tohmahan yang dimainkan oleh media-media talibarut BN ialah kononnya YB Pakatan Rakyat tidak turun padang. Tuduhan ini sangat jahat kerana di semua DUN atau Parlimen yang diwakili Pakatan, YB ‘berendam’ sepenuh masa dalam banjir.

Cuma malangnya nasib YB Pakatan ialah bagaimana tinggi pun komitment mereka membantu rakyat, sekeping gambar pun tidak akan tersiar dalam media-media utama yang menjadi talibarut BN. Tapi pemimpin BN, cukup melawat dua, tiga pusat pemindahan tetapi laporan mereka tersiar seantero dunia.

Biarlah media-media mereka terus membohongi rakyat di tempat lain kerana rakyat setempat tahu apa YB Pakatan lakukan.
BN juga menuduh bantuan Kerajaan Negeri hanya untuk penyokong Pakatan. Ini juga satu tuduhan yang jahat. Walhal terdapat bukti bahawa merekalah yang melakukan kerja tersebut.

Di pusat pemindahan Sekolah Rendah Islam Burhanuddn Hilmi, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar yang terletak di pinggir jalan utama, tiada seorang pun pemimpin BN yang datang menjenguk, termasuk Chor Chee Heung selaku Ahli Parlimen. Gerombolan Pemuda Dan Puteri Umno pun tidak menjengah. Sebabnya ialah semua mangsa yang berpindah itu dikatakan penyokong PAS.

Walhal di kawasan yang sama, ADUN PAS Alor Mengkudu Dr. Ismail Salleh, Pemuda dan Muslimat sampai ke semua tempat termasuk di pusat pemindahan yang terdiri dari sebilangan besar penyokong Umno. Siapa yang utamakan penyokong sendiri?

Sekalipun, PAS mentadbir Kedah tapi parti tetap berperanan dalam isu banjir. Badan Perhubungan PAS Kedah, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat menubuhkan sekretariat menangani isu banjir. Mereka menggerakkan tenaga dan bantuan dari dalam dan luar Kedah. Mereka bersengkang mata bekerja sepenuh masa.

Maka jika ada pihak yang menuduh Kerajaan Negeri, Pakatan Rakyat, PAS lembab membantu rakyat yang ditimpa bencana banjir, maka ia berpunca dari lembabnya akal mereka berfungsi. Menuduh ikut sedap mulut tanpa berfikir terlebih dahulu.

Banjir besar yang melanda Kedah membawa kemusnahan dan kerugian yang bukan sedikit. Ia juga membawa seribu maksud dan pengertian mengikut perhitungan masing-masing. Pakar kaji cuaca, pecinta alam sekitar, ahli akademik, ahli politik, rakyat bawahan di kaki lima semuanya membuat andaian dan ulasan mengikut bidang masing-masing.
Bencana besar ini berlaku sewaktu PAS dipersada kuasa Kerajaan Negeri. Ia mungkin ujian dan mungkin juga bala. Hanya Allah yang Maha Mengetahui akan hikmahnya.



Responses

0 Respones to "Banjir Kedah: BN macam langau asyik cari tempat kotor"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors