Bulan selepas saya pergi memperbaharui insuran motorsikal (yang digunakan untuk ulang-alik pergi kerja). Beritahu pada kerani dikaunter dan buat "single rider" dan 3rd party.
Jawab kerani tersebut." bang, single rider dah tak ada kena ambil all rider.... lagi pun kebanyakan syarikat lain dah tak mahu ambil 3rd party.."
"Habis kalau all rider berapa..."
"Termasuk itu ini ... semua sekali RM138.xx, mak aihhh macam aku baharui insurans kereta proton aku tahun lepas aje harganya.."
Nak tak nak kenalah bayar juga... kalau tidak ada insurans mana nak dapat cukai jalan, kalau kena tahan dek polis..... terbang RM....."
Sebelum dari itu, adalah seorang hamba Allah, dia pun merungut perbaharui lesen motorsikal punyalah mahal.... (itu komen dari orang yang bau-bau Umno).
Jadi, 1Malaysia rakyat didahulukan.... hmmmm....
Tambah lagi perbelanjaan, ingat naik motor nak berjimat, kan suruh ubah gaya hidup. Nampaknya sekarang kena naik basikal lah pulak.... mahu 2 jam baru sampai tempat kerja.
"Bila dah banyak basikal atas jalanraya, kita kenakan caj sikit...." , mungkin siapa yang tahu.
Bila nak fikir tentang kisah rakyat yang miskin kasihan pulak, dah pengangkutan utama ialah motorsikal kemudian kos memperbaharui insuran dan naik tambah lagi kos mereka. Balik kampung naik bas... lepas itu tambang bas pun naik. Kasihan rakyat.
Ini kalau nak ulas lagi panjang... nak masuk tidur sebab esok nak kerja.
Wasalam
Gambar diatas diambil dari blog sharpshooter di sini. Dan telah diedit sedikit.
Labels:
barang naik,
Insuran.
Responses
0 Respones to "Rakyat didahulukan?"
Catat Ulasan