Ceramah Umum Pakatan Rakyat



Oleh: Softsolder (Unit Media & Berita)
30.6.09

Walaupun saban hari media arus perdana cuba memperlihatkan kegoyahan ikatan pakatan rakyat melalui isu-isu yang kabur seperti kerajaan perpaduan, namun mereka ternyata gagal merubah aliran pemikiran rakyat yang masih menolak kerajaan UMNO barisan nasional. Jangkaan rakyat akan benci kepada YB Dato Nizar Jamaluddin melalui penonjolan isu laungan Bubar Dun Perak semasa beliau mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen bukit gantang ternyata meleset sama sekali.

Bahkan propaganda ini telah menambah kredit dan populariti Nizar di mata rakyat. Rakyat semakin muak dengan telatah BN, menjadikan kepercayaan mereka terhadap laporan media arus perdana terhakis sama sekali sepertimana sewaktu PRU12 yang lepas. Antara bukti yang jelas adalah kehadiran segenap lapisan masyarakat dalam ceramah Pakatan Rakyat pada malam lepas di Markaz PAS Bakri. Kehadiran ikon politik, YB Dato Nizar Jamuluddin telah mendorong penduduk setempat dan luar untuk hadir bagi mendapatkan maklumat yang jelas lagi tepat.
Turut di tampilkan dalam ceramah tersebut, YB Dr Sheikh Ibrahim (Adun Sg Abong), YB Dr Boo (Adun Skudai), Pengerusi Keadilan Johor En. Hj Anuar Salleh serta Ybg Dato’ Dr Mahfuz Mohammad (PJ Pas Johor). Juga hadir ialah YB Muhammad Taslim.

Sebelum ceramah bermula saya telah sempat menemua bual beberapa orang hadirin dikalangan kaum Cina dan India. Hasrat menemubual mereka disebabkan sebelum daripada ini jarang sekali ceramah umum di markaz PAS di hadiri oleh golongan tersebut.
Menurut Mr Lim yang tinggal di kawasan Sg Abong, beliau begitu yakin dengan Pakatan Rakyat. Kehadiran beliau bersama isterinya atas dorongan untuk mendengar sendiri penjelasan isu-isu semasa oleh pimpinan pakatan rakyat terutamanya oleh Dato’ Sri Nizar. Beliau turut memberikan komen positif terhadap Adun Sg Abong yang diihat begitu mesra dan mudah mendekati rakyat. Beliau begitu mengharap agar PRU13, kerajaan BN dapat di tumbangkan.

Pemikiran yang sama di luahkan oleh seorang anak muda India yang bernama Vellu. Beliau hadir bukan keseorangan tetapi bersama beberapa rakannya untuk mendapatkan maklumat yang jelas rentetan terhakisnya kepercayaan kepada laporan media arus perdana. Beliau juga sangat bersetuju supaya diwujudkan kelab penyokong PAS di kawasan bakri. Ini kerana masyarakat India secara umumnya masih kekal menolak MIC dan BN, maka kewujudan kelab ini dapat menjadi platform kepada mereka untuk membantu kerja-kerja penerangan PAS kepada masyarakat India sepertimana pada pilihanraya yang lepas.

Turut di temuramah, Mr Lim yang hadir dari Skudai Johor. Beliau begitu ceria dan gembira hadir bersama rakan-rakanya. Hal ini dapat penulis lihat dari riak wajahnya yang sentiasa senyum tetapi bersemangat ketika di temu bual. Apabila di tanya mengenai propaganda BN untuk memecah belahkan pakatan rakyat dan menghilangkan pengaruh di kalalangan rakyat, pantas beliau mengatakan “ini hali rakyat tidak bole ditipu ooo.... meleka makin bijak .sikalang ah, itu internet punya lapolan lagi banyak bagus”

Selain itu, saya turut dimaklumkan bahawa Dato’ Nizar sangat disenangi oleh masyarakt Cina. Dari sudut ranking populariti, Mr Lim menyatakan dikalangan orang cina yang beliau temui, Dato Nizar berada di tempat pertama dikalangan pimpinan pakatan rakyat. Contoh-contoh ini menunjukkan nyawa kerajaan UMNO & BN sudah sampai ke penghujung. Kita mengucapkan terima kasih kepada surat-surat khabar dan TV/Radio mereka yang masih mengekalkan standard lama dalam memberikan liputan media yang berat sebelah. Semakin banyak laporan-laporan seperti ini, semakin meluat rakyat terhadap mereka dan semakin ramailah yang akan mengikuti ceramah–ceramah PAS dan pakatan rakyat.

Alhamdulillah kehadiran ceramah semalam begitu mengalakkan. Ribuan hadirin membanjiri perkarangan dalam dan luar markaz. Ramainya boleh ditamsilkan sekira-kira ada daun yang jatuh, tidak dapat mencecah tanah kerana begitu rapatnya susunan duduk hadirin. Ada yang kata enam ribu orang, ada kata 10 ribu orang dan ada juga kata semacam himpunan Bersih. Bagi saya semua tekaan itu boleh jadi betul kerana tiada siapa yang hadir membilang jumlah sebenar.

Apa yang penting, kepada ahli-ahli UMNO yang hadir semalam atau yang tidak hadir, marilah berhijrah kepada PAS yang menjadi wadah perjuang Islam sebenar. Umur yang masih ada perlu dihiasi dengan amalan hidup yang Tuhan redha supaya kita di ampuniNya serta diRahmati dunia wal akhirat. Wassalam....


Responses

0 Respones to "Ceramah Umum Pakatan Rakyat"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors