PAS: Muhyiddin putar belit niat Nik Aziz



al-Bakri fi Muar

Hmmm.... semalam saya pun mendengar melalui TV tentang tajuk diatas. Pada pandangan sayalah [pandangan peribadi], Umno/BN ni dia ada "Think-Tank", dan puak-puak inilah yang akan memberi nasihat, tindakan dan sebagainya.

Jika ada sebarang isu yang boleh menguntungkan mereka walaupun tidak berlaku, pasti isu ini akan diulang cerita berkali-kali. Sebab apa?

Ini pendapat saya... mereka tahu rakyat dah bosan dan jemu dengah kerenah BN terutama puak-puak Umno. Dan.... ini adalah kesempatan "berdamping" dengan Pas dengan tujuan [ada 2 tujuan] supaya:

1. Rakyat tak sokong Pas terutama pengundi bukan Islam
2. Sokongan secara tak langsung akan diberi kepada parti komponen BN.

Cuba perhatikan perkara ini akan diulang cerita di dalam media cetak mahupun elektronik.

Wallahualam

Baca artikel dibawah, saya bawakan dari blog Cina Islam;

PAS mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutarbelitkan kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung kesediaan menteri besar itu melupakan sengketa dengan kerajaan pusat.

"Muhyiddin jangan putar belit. Yang tuan guru maksudkan, isu kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, bukan hubungan Umno-PAS.

"Yang dia hendak bawa dalam (mesyuarat) Majlis Tertinggi Umno apa perlunya?" soal Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Ahli parlimen Kubang Kerian mengulas kenyataan timbalan perdana menteri semalam yang dilaporkan berkata, MT yang bersidang pada 31 Julai akan membincangkan langkah awal ke arah merapatkan hubungan kedua-dua parti itu.

Reaksi Muhyiddin itu susulan kenyataan Nik Aziz kelmarin yang dilaporkan sedia berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan PAS Kelantan dengan kerajaan persekutuan dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.
Mengulas lanjut dakwaan manipulasi itu, Salahuddin berkata kenyataan Nik Aziz dibuat atas prinsip hubungan negeri dan persekutuan dalam sistem federalisme di Malaysia."Kita bercakap soal 'G to G' (kerajaan dengan kerajaan). Saya tegaskan, PAS sedia berdialog berhubung isu Kelantan dan kerajaan pusat atas prinsip 'G to G'.

"Kenapa hendak sebut dalam mesyuarat MT, sepatutnya (disebut) dalam mesyuarat kabinet," katanya.Sebelum ini, Nik Aziz juga dilaporkan berharap perselisihan pendapat yang timbul - terutama sewaktu kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai lalu - dilupakan dan kedua-dua pihak kembali kepada semangat persaudaraan Islam.

Muhyiddin pula dilaporkan memberikan reaksi bahawa mesyuarat MT Umno itu juga mungkin akan menentukan wakil parti itu untuk berbincang dengan pemimpin PAS.

Sumber dari: Klik sini






Responses

0 Respones to "PAS: Muhyiddin putar belit niat Nik Aziz"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors