UMNO: Dulu tak mesra dah nak lupus, baru ingat RAKYAT



al-Bakri fi Muar
28 April 2009

Assalamualaikum!
Jika betullah apa yang DS Najib sarankan, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah menyalurkan peruntukan kepada negeri-negeri PR dan adun-adun PR. Sebagaimana yang kita maklum, adun PR tidak disalurakan peruntukan seperti adun BN. Walhal wang ini adalah wang rakyat yang dikutip dari cukai-cukai bukan diambil dari kocek UMNO/BN.

Selagi adun PR tak dapat peruntukan, selagi itulah UMNO/BN tak berubah.


Posted on Tuesday, April 28 @ 20:26:40 MYT by tokayahOleh sesamaislam "
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO tidak sepatutnya menjadi parti eksklusif sebaliknya bersifat inklusif yang membuka seluas-luas pintu untuk segenap lapisan rakyat.

Presiden UMNO berkata, orang Melayu dan bumiputera tanpa mengira kira latar belakang sosioekonomi sama ada bekerja sendiri atau profesional, peringkat umur termasuk tua dan remaja serta pendidikan, harus diterima menyertai parti itu.

Menurut beliau, UMNO juga perlu mewakili segenap lapisan masyarakat kerana hanya dengan cara itu parti berkenaan dapat dipulihkan dan menjadi kuat.

“Saya harap UMNO tidak menjadi parti eksklusif untuk golongan elitis apabila hanya orang tertentu boleh menjadi tunjang kepada parti ini dan kita juga jangan menolak golongan intelek yang boleh menyumbang idea-idea baru.

“Kita juga perlu memastikan budaya meminggirkan pihak tertentu yang dianggap tidak menyokong kita dan mencantas pihak yang dianggap sebagai pencabar, tidak akan berlaku lagi dalam parti,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-15 UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Hadir sama naib-naib presiden, ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) parti dan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Menurut Najib, UMNO juga mesti sentiasa berada di barisan hadapan dalam membuat pembaharuan bagi memastikan ia terus mendapat sokongan rakyat.

Dalam pada itu, katanya, konsep inklusif yang beliau maksudkan bukan saja merujuk kepada usaha membela orang Melayu dan bumiputera malah harus melibatkan kaum-kaum lain termasuk Cina dan India.

“Kita bukan sahaja perlu menjadi juara bagi orang Melayu dan bumiputera malah sepatutnya membela seluruh rakyat selaras dengan gagasan Satu Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin dalam ucapan alu-aluannya berkata, sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan yang baru, beliau akan berusaha memulihkan sokongan semua rakyat terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN) di wilayah berkenaan.
aku kata

Tak de maknanya Najib oi, dah nak mati baru nak bertaubat…tu kat Penanti satu lubang dan menunggu, tak tercium ke bau kemeyan ngan kelapa barus.sesamaislam"


Responses

0 Respones to "UMNO: Dulu tak mesra dah nak lupus, baru ingat RAKYAT"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors