26 April 2008
Nampak setelah sekian lama kerajaan UMNO/BN memerintah, masih ada lagi rakyat yang hidup serba kekurangan. Bukan kekurang... tapi daif . Pergilah mana-mana kawasan pasti terdapat golongan miskin yang tidak diberi perhatian.
Perhatikan dalam rancangan Bersamamu terbitan TV3 dah cukup memaparkan kehidupan rakyat miskin. Selain dihimpit kemiskinan barang keperluan harian juga meningkat menambahkan lagi beban.
YB Umno/BN masa inilah nak tunjuk muka..... "menyampah aku....", boleh jalanlah YB Umno/BN "korang ni hanya tahu nak cari ghanimah hingga tak hiraukan rakyat".
Ikuti kisah dibawah.
Hari ini begitu pilu hati ini mengenang peristiwa tiga beradik hangus di jilat api di Kg Sungai Rotan TRONG Perak. Tempat di mana BN telah berkuasa begitu lama sekali sejak merdeka tapi masih ada penduduknya yang hidup terlalu daif.
Pada mulanya peristiwa ini masih saya tidak mengetahuinya sehinggalah saya hadir di majlis kesyukuran di Markas Bukit Gantang.
MB Nizar telah datang di sini bertemu masyarakat bagi mengetahui masalah dan meraikan kenduri kesyukuran sempena kemenangan Pas di Parlimen Bukit Gantang. MB Nizar dengan nada yang sayu melahirkan kesedihannya merungkai peristiwa tersebut. Tiga beradik yang hangus terbakar itu ditinggalkan oleh ibu mereka di rumah untuk pergi membasuh kain dilombong berdekatan.
Anak2nya yang baru berumur 7,4 dan 2 tahun rentung apabila rumah mereka hangus di jilat api. MB Nizar memberitahu beliau memeluk bapa arwah di hospital agar mereka tabah menghadapi musibah ini.MB Nizar masih teringat di satu majlis yang pernah diadakan di kg tersebut kebetulan isteri MB Nizar mencabut cabutan bertuah telah mengenai ibu arwah.
Anak2 mereka begitu gembira dan mereka meminta gambar,topi atau baju yang ada gambar MB Nizar. MB Nizar dalam nada yang hiba tidak sangka bahawa rupa2nya Parlimen Bukit Gantang ini adalah antara tempat yang paling miskin di Malaysia.
Kehidupan masyarakat masih jauh ketinggalan dibawah BN yang telah memerintah lebih 50tahun. Sesudah habis majlis tersebut saya telah mengajak kawan saya pergi menyiasat ke tempat berlakunya peristiwa tersebut bagi membuktikan kesahihannya. Nampaknya begitu benar sekali apa yang telah digambarkan.
Untuk pergi ke rumah tersebut terpaksa melalui jalan yang tidak ada tar sejauh 3 km dalam 15 minit perjalanan.Sesampai sahaja di sana, mungkin Allah Taala nak tunjukkan kepada saya bertemulah dengan wanita2 Umno. Saya dan kawan hanya berdiam diri sahaja melihat keadaan rumah tersebut yang pada saya bukannya rumah tapi pondok sahaja.
Hati ini begitu sayu bila melihat tong gas yang kosong ditepinya ada kayu api,tilam yang sudah tinggal besinya sahaja,bekas pinggan mangkuk yang ada sisa makanan,tirai kain dan bermacam2lagi yang menunjukkan kemiskinan yang keluarga ini hadapi.
Namun begitu saya begitu kesal apabila mendengar wanita2 UMNO tu kata :
"Mereka ini tergolong dalam orang NOMAD yang selalu berpindah randah,mereka ini tidak makan dirumah tapi makan di kedai makan luar menunjukkan mereka mampu,kenapalah ibu bapa ni boleh tinggal anak2 mereka macam tu je tak rasa kesian ke dan bermacam lagilah yang mereka kata di tempat berlaku peristiwa tersebut."
Setahu sayalah yang telah menemuramah penduduk2 di situ dan guru di sekolah berhampiran, mereka mengatakan anak2 itu ditinggalkan dirumah sebentar sahaja kerana ibunya pergi membasuh kain di lombong berdekatan, bapanya pergi kerja sebagai jaga di ladang kelapa sawit berhampiran dan kalau kata mereka makan diluar kenapalah saya boleh ternampak sisa makanan di pinggan mangkuk disitu yang tidak wanita2 Umno tersebut melihatnya mungkin kerana geli.Gambar2 di atas mungkin dapat menunjukkan kebenarannya. Lihatlah wahai Malaysia, setelah lebih 50 tahun BN memerintah namun adakah masyarakat yang berada terpencil sebegini terbela nasib mereka?
Yang kita lihat YANG KAYA BERTAMBAH KAYA YANG MISKIN PAPA KEDANA...TAK TERFIKIRKKAH UMNO SAAT-SAAT 3 BERADIK ITU SEDANG MENGHADAPI SAKARATUL MAUT?
ANAK KOMANDO REJIMEN 1
Sumber: Tragedi di Sungai Rotan
Sehubungan dengan itu Pusat Khidmat Masyarakat DUN Trong merayu sumbangan kewangan daripada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin supaya pembinaan kediaman baru Nordin dan Mah dapat disempurnakan dengan segera.
Sumbangan boleh dihulurkan ke Akaun Bank Islam,
Nombor Akaun : 08040010034554
atas nama :PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN TRONG.
Labels:
Rakyat Miskin
Responses
0 Respones to "TRAGEDI DI SUNGAI ROTAN"
Catat Ulasan