al Bakri fi Muar,
5 April, 2009
Sivakumar bermotor untuk dekatkan rakyat.
Masyarakat India berikan sokongan yang padu.
Simpang Halt-5 April, Hero Perak dalam Sidang Dun, S. Sivakumar, bermotor beramai-ramai dengan bebarapa orang penduduk India dalam sesi kempen dari rumah ke rumah. S. Sivakumar yang berbaju hitam merupakan Speaker DUN Perak telah turut sama berkempen bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dari seluruh pelusuk Malaysia yang telah lama berkampung di Parlimen Bukit Gantang bagi membantu jentera pilihanraya PAS-Pakatan Rakyat dan memastikan kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.
PAS yang diwakili oleh pemimpin berjiwa rakyat Dato’ Seri Nizar Jamaluddin telah menggunakan pendekatan dari rumah ke rumah untuk mendekatkan lagi dengan penduduk dan memahami masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat yang sudah berpuluh tahun dipinggirkan oleh UMNO.
Bermotor bersama rakyat.
Beberapa orang penduduk bersiap sedia dengan motor masing-masing untuk kempen rumah ke rumah bersama-sama dengan S. Sivakumar di Simpang halt semalam.
Selain ceramah dan risalah-risalah, pendekatan rumah ke rumah ini adalah salah satu kaedah yang paling baik dan mesra kerana mampu bertemu muka. Kempen yang masih lagi berbaki beberapa hari lagi akan digunakan sebaik mungkin bagi menjelaskan dan memberikan maklumat yang tepat kepada rakyat yang mana selama ini masyarakat India telah dipesongkan oleh UMNO -BN melalui berita-berita dan maklumat yang tidak tepat yang disalurkan melalui Media massa milik kerajaan BN.
Pak Katib
5 April 2009
Sumber: Klik disini
Labels:
PRK059 Bukit Gantang
5 April, 2009
Sebentar tadi TV3 menyiarkan berita berkenaan dengan pemimpin bukan Islam yang berkempen dan berceramah untuk calon Pas di Bukit Gantang. Apa yang ditonjolkan oleh pihak TV3 (menyampaikan berita sambil berkempen untuk Umno/BN) ialah penggunaan ayat al-Quran oleh pemimpin PR bukan Islam.
Kemudian siap membuat panggilan telefon kepada mufti Perak untuk mendapatkan pandangan beliau.
Secara peribadinya saya berpandangan hasil dari kerjasama dengan Pas, pemimpin-pemimpin bukan Islam ini dapat memahami Islam bukannya dengan menakut-nakut mereka dengan hukum hudud, kena sunat dan macam-macam lagi. Saya tak mahu mengulas pandangan kenyatan mufti Perak cuma nak sebut disini kerja dakwah dan penerangan Islam perlu berjalan setiap masa dan setiap sudut.
Sebagaimana kata-kata as-syahid Imam Hassan Al-Banna, " Jangan kamu meninggalkan kerja-kerja Islam walaupun sehari...."
Alangkan baiknya jika mereka mengetahui apa maksud yang ada dalam al-Quran supaya tidak ditakut-takut oleh pihak UMNO/MCA/MIC dan BN. Sebelum dari PRU 2008, apabila sebut Pas, mereka takut untuk mendekati Pas dan tak mengundi Pas pun.
Sebaiknya kita berdoa kepada Allah Taala semoga mereka ini diberi hidayah kerana Islam bukan milik mutlak satu kaum sahaja.
Itulah perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.....
Sivakumar bermotor untuk dekatkan rakyat.
Masyarakat India berikan sokongan yang padu.
Simpang Halt-5 April, Hero Perak dalam Sidang Dun, S. Sivakumar, bermotor beramai-ramai dengan bebarapa orang penduduk India dalam sesi kempen dari rumah ke rumah. S. Sivakumar yang berbaju hitam merupakan Speaker DUN Perak telah turut sama berkempen bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dari seluruh pelusuk Malaysia yang telah lama berkampung di Parlimen Bukit Gantang bagi membantu jentera pilihanraya PAS-Pakatan Rakyat dan memastikan kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.
PAS yang diwakili oleh pemimpin berjiwa rakyat Dato’ Seri Nizar Jamaluddin telah menggunakan pendekatan dari rumah ke rumah untuk mendekatkan lagi dengan penduduk dan memahami masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat yang sudah berpuluh tahun dipinggirkan oleh UMNO.
Bermotor bersama rakyat.
Beberapa orang penduduk bersiap sedia dengan motor masing-masing untuk kempen rumah ke rumah bersama-sama dengan S. Sivakumar di Simpang halt semalam.
Selain ceramah dan risalah-risalah, pendekatan rumah ke rumah ini adalah salah satu kaedah yang paling baik dan mesra kerana mampu bertemu muka. Kempen yang masih lagi berbaki beberapa hari lagi akan digunakan sebaik mungkin bagi menjelaskan dan memberikan maklumat yang tepat kepada rakyat yang mana selama ini masyarakat India telah dipesongkan oleh UMNO -BN melalui berita-berita dan maklumat yang tidak tepat yang disalurkan melalui Media massa milik kerajaan BN.
Pak Katib
5 April 2009
Sumber: Klik disini
Responses
0 Respones to "Apabila pemimpin bukan Islam bersama Pas...."
Catat Ulasan