Ulasan dari rakyat jelata



Pas Bakri
8 April 2009

Assalamualaikum!!
Dikesibukan kerja masa untuk mengemaskini blog juga kadang-kala tergendala. Tapi tak mengapa hari ini saya bawa kepada pembaca komen-komen yang saya dapat dari blog-blog lain. Komen-komen tentang kemenangan dan kekalahan calon dan parti yang bertanding.

Komen dari pembaca blog Kadir Jasin:
Semoga Dato' sejahtera selalu.
Dalam ruangan khas di TV semalam seorang penganalisa politik menyebut lebih kurangnya bermaksud "kemenangan PAS dengan majoriti yang diperolehi tidak sepadan dengan populariti calon. Siapalah dia jika dibandingkan dengan calon BN".
Kenyataan ini dapat diterjemahkan bahawa beliau telah menjangkakan kekalahan di Bukit Gantang bila diletakkan calon tidak terkenal di situ.
Sesungguhnya Dato' penasihat begini yang boleh diibaratkan sebagai sokong membawa rebah. Jika dah tahu tidak membawa kemenangan kenapa perlu diletakkan beliau di situ. Kenapa tidak diletakkan calon yang menyakinkan yang lebih popular dari calon lawan. Beliau juga semacam menyalahkan(?) warga Kedah kerana memilih Pakatan Rakyat yang tidak berkemampuan membuat pembangunan. Saya tinggal di Kedah sejak lahir lebih lima dekad. Selama itulah ditadbir oleh parti yang sama. Pembangunan memang ada (maklumlah dalam masa lima dekad). Kerajaan PR baru mentadbir satu tahun (bukan satu dekad).
...komen yang ini agak menarik dari orang yang sama...
Macam mana seorang penganalisa boleh menganalisa dengan membuat perbandingan dua keadaan yang jauh berbeza. Kalau nak membezakan kesedapan rasa buah buatlah bandingan buah durian Bukit Selambau dengan buah durian Bukit Gantang. Jangan bandingkan durian dengan epal. Nampaknya penganalisa politik pun sama ...... hendak mengambil hati ketua baru.
Ulasan saya: Sejak dari dahulu lagi ramai manusia pencacai dan pembodek. Sebelum posting ini, saya juga telah menghantar artikel pendek berkenaan dengan panel penganalisis (RTM).....
lagi komen dari blog Kadir Jasin....
Datuk, (Kadir Jasin)
Pada pengamatan sayalah sebagai rakyat biasa mengenai keadaan politik semasa:
1. Kekalahan BN merupakan tamparan hebat kepada Tun Mahathir. Ini kerana selama ini Tun menganggap faktor kelemahan Pak Lah yang membuatkan orang UMNO berpaling arah di dalam PRU12. Namun anggapan Tun meleset kerana golongan2 ini sebenarnya sudah keluar dari UMNO tetapi biasalah manalah nak hantar surat keluar parti. Cuba check nama mereka dalam parti PKR dan PAS, mereka dah menjadi ahli. Bukan saja di Bkt Gantang tetapi di mana-mana sahaja. Ternyata faktor Tun M adalah faktor kekalahan utama. Bayangkan Pak Lah menang bergaya dan terbesar dalam sejarah pilihanraya BN pada tahun 2004. Ini kerana ramai yakin dengan BN kerana Tun M dah pencen pada waktu itu. Jika diikutkan trend berikut, sewajarnya Najib mendapat kemenangan besar dalam PR kecil ini kerana baru diberi tugas menjadi PM. Tetapi disebabkan rakyat nampak sebenarnya team Najib ini reflection Team Tun Mahathir, sebab itulah rakyat marah sangat2. Lebih2 lagi Najib masih tidak mempertahankan nama baik beliau dengan melaksanakan apa yang telah dicadangkan oleh Ku Li untuk menyaman akhbar2 antarabangsa di negara masing2. Malah, sebenarnya semua kena faham bahawa UMNO secara tidak nampaknya telah berpecah kepada 2..iaitu orang2 Najib yang didalangi Tun M dan juga kumpulan yang menyokong Pak Lah. Rakyat sekarang dah pandai menilai dan membuat keputusan.
2. Parti kerajaan masih menggunakan media massa tempatan untuk menyerang parti lawan. Rakyat dah meluat untuk melihat berita TV3 kerana melampaunya usaha kerajaan melalui TV3 untuk menjatuhkan parti lawan. Dah berkali-kali BN gunakan strategi ini, tak serik-serik lagikah gunakan strategi yang telah lama memakan semula diri? Rakyat takan simpati dengan BN lagi.. Ini cerita dah lama mengenai ucapan DS Anwar sewaktu dalam BN di Sarawak mengenai DAP pun nak dimuatkan dalam berita TV1 dan TV3. Itu cerita lama.Rakyat pun tahu benda mcm ni tak de kesan pun pada pendirian mereka. Siapa penasihat media BN ni? Bodoh sangat mereka itu.
3. Ternyata saluran maklumat alternatif iaitu Internet masih menjadi raja di dalam penentu kemenangan calon2 PKR dan PAS di Semenanjung Malaysia. Rakyat boleh membaca dan menimbang sendiri apa2 isu yang berlaku.
4. Kekukuhan PAS, PKR dan DAp sebagai satu pakatan amat jelas sekali menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka boleh bekerjasama. Meskipun ada ramai pemimpin PKR dan PAS yang kononnya mengambil rasuah, namun kerajaan PR tidak kisah mereka ini disiasat oleh SPRM. Ini kerana PR telus dan ketelusan ini dinilai tinggi oleh rakyat. Tidak seperti BN pulak apabila ada pemimpin2 mereka yang ada skandal, mereka akan mati2 mempertahankan bahawa mereka ni tidak bersalah malah sampai PM sejak Tun M jadi PM lagi pun akan pertahankan mereka ini dengan mengarahkan SPRM tutup fail ataupun melengahkan siasatan. Bagi parti-parti di bawah PR..dah sampai masanya mereka betul2 bersepakat dan mendaftar nama Pakatan Rakyat sebagai satu entiti dan mempunyai logo sendiri untuk bertanding.
5. Kali ini, UMNO jgn lagi claim bahawa masih lagi menjadi pilihan orang UMNO manakala parti2 PR memperolehi undi kaum Cina dan India. Tolonglah..buatlah analisa sikit ikut peti2 undi. Malah banyak peti2 undi kawasan Melayu dah banyak beralih kepada PAS di Bkt Gantang. Namun tak dinafikan, undi2 melayu di Bkt Selambau berpecah sikit kerana ada calon bebas melayu mendapat sejumlah undi yang besar juga dari orang Melayu. Namun, adanya pertambahan pengundi Melayu kepada calon PKR yang tidak boleh dinafikan.6. Jentera kempen BN teramat lemah. Di Bkt Gantang, kebanyakannya dari UMNO sahaja. Tak dinafikan parti komponen lain pun ada mcm Gerakan, MCA,PPP dan MIC tetapi gerakan jentera ini tidak mendapat sambutan sgt dari parti2 komponen ini. Apa dah jadi? Di Bt Selambau pun, UMNO dan MIC kuat berkempen tetapi MCA dan Gerakan pula mcm biskut Oreo je. Nampaknya BN pun dah mcm berpecah. Hati2 dengan Gerakan kerana jika keadaan sentimen rakyat kepada UMNO dan BN masih memburuk, Gerakan bakal membuat keputusan penting berhubung masa depannya dalam BN. Dahlah MCA pun tak sepakat sesama mereka, Presiden dan Tim.Presiden tak sebulu dan mcm mana nak tadbir parti. MIC pulak masih dipimpin orang yang dah lama patut dihantar ke Arkib Negara.BN kena perbetulkan diri sendiri dulu dan bukannya dengan memberikan BN yang sedia ada yang goyah untuk rakyat memilih di dalam pilihanraya. Betul tak?
Ada banyak lagi sebab musabab yang boleh diketengahkan. Tetapi bagi saya, inilah faktor utama yang menyumbang kepada usaha berterusan untuk menguburkan UMNO.
Ulasan: Ada satu lagi.... UMNO menolak hukum Allah...
Sdr. A Kadir Jasin,
I am still very angry and annoyed with UMNO/BN leaders and members. I was hoping that UMNO/BN would lose all three by-elections but I guess I am quite happy that they lost in two. I would love to give Najib a chance but only 6 months! The first test would be his cabinet formation.
Why am I so angry that every single problem (whether real or perceived) I lay my blame on UMNO/BN?
Why am I brainwashing my children's minds to hating UMNO/BN?It is because:
(1) UMNO/BN members have got little or no conscience!- They have no qualm in voting for corrupted members to lead them!
(2) UMNO/BN members think too highly of themselves!- Mere mortals (the rakyat) are judged based on different standards. The rakyat are stupid fools...
(3) UMNO/BN members take almost everything and gives very little back!- Projects are awarded at huge mark-ups (exorbitantly inflated) using tax payers money!
(4) Wifes of UMNO/BN leaders and members act and behave like leaches!- They expect to be treated like the rakyat owe them a living and we must accord them demigod status!
(5) UMNO/BN-link companies expect people to work for them without compensations!- Service providers should feel honoured to be given a chance to work for them! No compensation required.
During the course of my work, I have worked for UMNO/BN-linked companies. Linked either through the party or individuals (members). These companies expect services to be provided for free! We can invoice them but don't hold ones breath for payment!
Man-hours and man-days spent means nothing to these jokers!
To them, we should be proud to be given a chance to serve an UMNO member! Contracts signed mean nothing as their attitude is "sue me if you dare"!
Why do I say these things? It is because they:
(1) Could afford to change expensive cars like changing shirts;
(2) Could afford live lavishly building bungalows fit for Kings;
(3) Could afford to "sponsor" decision-makers to give "special considerations" to their proposals even though they are not qualified or have no capacity to undertake certain jobs; and
(4) Could afford to pay only those that has direct link to decision-makers.
At the end of the day, I am "screwed" when:
(1) taxes that I pay are misused; and
(2) services provided are not compensated as per agreement/contract.
I would like to refer to TheStar 08 April 2009 (front-page):"Maybe the people are still undecided, so we will have to work harder to convince them"- UMNO Deputy President, Tan Sri Muhyiddin Yassin
For Sdr. Muhyiddin, the people have decided, not undecided. UMNO/BN needs drastic transformation. Don't engage Etos to do the post-mortem on your defeat! They would provide you with answers that you want to hear, not the whole truth! Sekian.
Komen pembaca dari Blog Cina Islam....
Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.
Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
Lagi komen pembaca...
- 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin
UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat
Highway!
- 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa
dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas
182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah
dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera.
Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
Ulasan: Isu tentang tanah, telah diketahui umum bahawa banyak tanah rezab Melayu tergadai dengan alasan pembangunan.... akta Kanun Tanah Negara digunakan untuk mengambil tanah jika tuan tanah tidak bersetuju. Contoh di Kerpan Kedah, Tangga Batu, Melaka, ....
Yang ini orang Johor jangan lupa kisah Kg. Plentong Tengah.... banyak klip video dalam youtube..
Demikianlah antara komen-komen dari blog pilihan hari ini dari blog Kadir Jasin dan Cina Islam.


Responses

0 Respones to "Ulasan dari rakyat jelata"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors