TDM Masuk Umno semula



al-Bakri fi Muar
5 April 2009

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad (s.a.w) dan keluarga baginda serta para sahabat.

Hari ini kita nak bincang sedikit sebanyak kemasukan mantan PM Tun Dr. Mahathir (TDM) ke dalam Umno semula.

Ini hanyalah pandangan peribadi saya.

1. Kes rampasan kuasa di Perak
Semasa berlakunya rampasan kuasa (coup) oleh Umno/BN di Perak, TDM mengata Umno seharusnya tidak mengambil mereka yang bermasalah merujuk kepada adun Changkat Jering dan adun Behrang dimana mereka mempunyai kes iaitu berkaitan dengan rasuah.
Jadi mengapakah setelah mantan PM Datuk Abdullah Badawi meletak jawatan TDM kembali pada Umno? Apakah kes-kes politik wang yang telah berakar umbi dalam Umno mahu dibenteras oleh TDM ???

2. Sewaktu TDM meletak jawatan sebagai PM sebelum piliharaya 2004
Semua rakyat Malaysia masih ingat lagi pada PRU 2004, Barisan Alternatif waktu itu telah menerima pukul yang teruk kehilangan banyak kerusi Parlimen dan kejatuhan kerajaan Pas Terengganu serta kemenangan tipis kerajaan negeri di Kelantan. Semuanya kerana imej bersih Datuk Seri Abdullah Badawi (DSAB) sewaktu itu. Ada desas desus mengatakan sekiranya TDM tidak meletakkan jawatan sebelum PRU 2004 beberapa negeri akan jatuh kepada pihak pembangkang.
Tindakan beliau berjaya menyelamatkan reputasi Umno/BN dari mengalami kekalahan dalam PRU tersebut. Tapi bak kata orang, kadang kala apa yang kita rancangkan tidak menjadi (merujuk kepada pemilihan DSAB). Dengan tindakan menaikan harga bahan bakar 30sen seliter ketika itu dari RM1.60 seliter amat membebankan rakyat.
Pada PRU 2008, pihak Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan di Kedah, P.Pinang, Selangor dan Perak serta mengekalkan Kelantan.
Jadi kesimpulannya tindakan meletak jawatan TDM hanya untuk menyelamatkan nyawa Umno/BN.
3. Semasa TDM menjadi PM pada tahun 1982
Ramai dari rakyat masih ingat antara tindakan awal yang dibuat oleh TDM ialah mewajibkan kad perakam waktu untuk kakitangan kerajaan (punch card). Projek penswastaan Telekom, Lembaga Lektrik Negara dan sebagainya.
Cuma satu perkara yang baru sekarang terfikir, siapakah yang membekalkan jam perakam waktu kepada semua jabatan-jabatan kerajaan seluruh negara. Mungkin saya tak mengetahui ada berlaku tawaran terbuka atau sebaliknya wallahualam.
Banyak perkara yang rakyat tidak ketahui telah berlaku semasa pemerintahnya. Antara perjanjian konsesi tol dan IPP.
Bab tol ini tak perlu saya ulas kerana semua orang tahu pihak konsesi boleh menaikan kadar tol seperti persetujuan jika tidak kerajaan perlu membayar pampasan.
IPP, pihak TNB mesti membeli bekalan elektrik walaupun bekalan melebihi keperluan. Kan pelik kalau bekalan telah mencukupi malah berlebihan perlukah pihak TNB terpaksa juga membayar bekalan elektrik yang berlebihan tersebut?
Siapakah yang terpaksa membayar peningkatan kos operasi TNB? Jawablah sendiri....
4. Membatalkan sumbangan kepada sekolah agama rakyat.
Selepas era reformasi pada tahun 1998 dan PRU 1999, Pas berjaya memerintah Terengganu, berbagai sekatan-sekatan telah dilaksanakan seperti larang berceramah ditempat awam dan permit-permit ceramah dibekukan.
Salah satu tindakan TDM ialah menarik sumbangan kepada sekolah agama rakyat seterusnya berjaya melumpuhkan operasi SAR. Saya rasa sumbangan tersebut tidaklah banyak seperti sekolah-sekolah bantuan kerajaan yang lain hanya. Adakah kerana tidak mahu orang Melayu belajar agama dan seterusnya menentang Umno/BN ?
Sewaktu negeri Perak diterajui oleh DS Ir.Nizar, bantuan sekolah agama rakyat dikembalikan malah permohonan tanah oleh sebuah sekolah pondok di Gerik diluluskan.
5. Kebajikan rakyat
Dalam bab ini saya tak nampak apakah sumbangan TDM. Jika kerajaan negeri Selangor sekarang melaksana bekalan air percuma untuk 20liter padu pertama. Yang ada ialah projek penswastaan syarikat bekalan air telah dilakukan. Di Johor ini pun telah diswastakan.
Dengan peningkatan kos-kos operasi, syarikat swasta yang pada kebiasaannya dalam sistem KAPITALIS lebih mengutamakan keuntungan perlu menaikan tarif bekalan air.
Dengan peningkatan kos sara hidup, rakyat mahu tak mahu terpaksa membayarnya seterusnya berlakulah sikap "kiasu" dan kebendaan dan hilang sifat tolong menolong antara satu sama lain.
Akhir kalam, saya minta rakyat nilai sendiri kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang baru memerintah terus melaksanakan negeri kebajikan seperti memberi bekalan air percuma untuk 20 liter padu di Selangor, air percuma untuk golongan miskin di Perak, memberi hakmilik tanah kepada penduduk di kampung tersusun dan kampung baru dan banyak lagi....


Responses

0 Respones to "TDM Masuk Umno semula"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors