
You tolong I, I tolong you.... wakakaka...
Apa punya pemimpin la...
You nak tolong, tolong aje lah...
Main syarat-syarat pulak...

al-Bakri fi MuarFormer Felda Sungai Buaya settlers were all smiles when the Barisan Nasional government fulfilled its promise to resolve land settlement woes even before polling day on Sunday.
The affected 363 households were given a total of RM18.15mil in advance payment Friday.
They had been waiting 15 years for a developer to pay them compensation, during which time, 276 of the 383 pioneers had passed away.
The surviving 87 pioneers received RM50,000 each from Idiqa Sdn Bhd chairman Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, who is also Umno supreme council member.
A lawyer has been engaged to distribute the advance money to next-of-kin of the settlers who have passed on.
Najib said the remaining amount would be paid to the settlers at RM160,000 per acre when the land was developed.
"The only condition is that Selangor is returned to Barisan to facilitate implementation of the development projects," he said.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/4/23/hulu_selangor/20100423185640&sec=hulu_selangor
Sekalung tahniah dan bersyukurlah kepada Allah swt dengan kehendak-Nya sahaja yang menentukan kejayaan.
Beliau yang juga Adun Bukit Assek mendapat 18,845 undi, calon BN memperolehi 18,447 undi. Manakala calon Bebas, Narawi Haron sekadar mengutip 232 undi dan hilang deposit. Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng, pada jam 10.57 malam tadi di Dewan Suarah di sini.
Seramai 37,919 atau 69.33 peratus daripada 54,695 pemilih berdaftar mengundi di 45 pusat pengundian.
Bilangan itu meningkat jika dibandingkan dengan 36,379 atau 67.77 peratus daripada 53,679 pemilih berdaftar yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan yang merupakan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal, Datuk Robert Lau Hoi Chew, pada 9 April lalu.
Mengulas keputusan itu, Jeniri Amir, penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu membayangkan kebencian kepada Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau berkata, rakyat muak dengan dengan Taib yang melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa di negeri ini.
Jeniri memberikan contoh ketiadaan poster atau gambar Taib yang dinaikkan di Bandar Sibu.
Tsunami politik Cina bermula di Sarawak dalam pilihan raya negeri 2006 apabila enam calon DAP menang di Kucing.
“Kini ia sudah melarat ke Sibu dan saya yakin lepas ini akan merebak ke Miri dan seterusnya seluruh Sarawak,” kata seorang penganalisis politik dalam analisis pilihan raya kecil Parlimen Sibu di Astro Awani.

![]() |
Rahman berkata selain tujuan memantau pertaruhan itu agar penipuan tidak berlaku, adalah lebih baik wang pertaruhan tidak disalurkan ke kumpulan kongsi gelap yang terbabit dengan pelbagai aktiviti haram lain.
"Lagipun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku. “Kenapa mesti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku." Menurut pemimpin Umno itu yang dihubungi Malaysiakini, dengan pemberian lessen, syarikat terbabit akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang penyelewengan. Selain itu, katanya, syarikat berkenaan juga tertakluk kepada bayaran cukai yang wangnya boleh digunakan untuk negara.
“Bila mereka membayar cukai dan penipuan berlaku, mereka boleh dipertanggungjawabkan,'' katanya. Rahman berkata meskipun lesen judi baru itu dikeluarkan, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan Islam. Katanya, pihak pembangkang sengaja mengeksploitasikan isu berkenaan bagi kepentingan politik mereka. “Jika pembangkang nak marah, mereka sepatutnya marah kepada kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah yang masih membenarkan lesen premis judi seperti Sport Toto. Mereka sepatutnya menutup premis perjudian itu. Parti pembangkang ini hipokrit,” katanya.
![]() |






Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman mendedahkan, tindakan menghalang beliau masuk ke tanah-tanah rancangan Felda adalah disebabkan kebimbangan pihak tertentu terhadap pengaruhnya.
Macam inikah Umno nak bela Islam? Mana perginya ustaz-ustaz Umno? Memang sah nak mencari bala dan kemurkaan Allah Taala.Hal ini sudah jelas mendapat tentangan rakyat sejak cadangan pertamanya tahun lepas. Namun kali ini ia berbangkit lagi dengan alasan bahawa kerajaan gagal membanteras aktiviti sindiket perjudian haram. Alasan ini dengan sendirinya membuktikan kelemahan sistem pentadbiran dan penguatkuasaan kerajaan. Bila sudah gagal mereka keluarkan lesen untuk menghalalkan pula.
Kempen memerangi dadah masih diteruskan walaupun belum berjaya menghapuskan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah. Dadah diistihar sebagai musuh negara. Kenapa selepas bertahun-tahun gagal membasmi dadah hingga ke akar umbi Kerajaan tidak mengeluarkan lesen pengedaran dadah pula.
Kerajaan kata dadah itu merosakan rakyat dan menjadi ancaman kepada negara kerana menyebabkan ketagihan serta dorongan melakukan jenayah. Apakah judi tidak memainkan peranan yang sama. Berapa ramai rakyat Malaysia yang jadi kaki judi mengabaikan keluarga mereka, malah ada yang sanggup jadi penjenayah untuk mendapatkan modal berjudi. Sepatutnya judi diistihar sebagai musuh utama negara juga.
Rakyat Kelatan khususnya pasti bersyukur dengan kekalahan Umno dan Awang Adek dalam pilihanraya lalu dinegeri itu. Jika beliau menang dan Umno rampas kerajaan Kelantan, pastilah beliau yang kononnya mahu diangkat menjadi Menteri Besar akan menjadikan Kelantan sebagai Negeri Serambi Las Vegas bukan lagi Serambi Mekah.
Disebabkan gagal di Kelantan beliau yang mendapat peluang jadi Menteri melalui ehsan Najib mahu jadikan Malaysia pula sebagai serambi Las Vegas. Tak dapat Kelantan, satu negara diperjudikannya.
Mungkin tindakan ini terdorong dek peluang yang dinikmati Singapura yang baru-baru ini mendapat suntikan pelaburan sebanyak USD 5.7 Bilion dari Las Vegas Sand Corp yang mahu membina sebuah Resort Perjudian mewah dinegara itu bagi menyaingi Genting Highland. Projek Marina Bay Sand itu dijangkakan mendatangkan pulangan USD 2 Bilion setahun dan menjadi antara sumber kewangan baru bagi Kerajaan Singapura.
Oleh itu, Awang Adek cuba menunjukan Malaysia lebih terbuka dari Singapura dengan harapan syarikat Perjudian antarabangsa berminat membuka resortnya di Malaysia pada masa akan datang. Krisis kewangan global menjadikan pemimpin Umno buta mata, dan sanggup mengambil apa sahaja peluang untuk mengaut keuntungan bagi membiayai projek-projek politik yang mereka janjikan kepada rakyat sejak PRU-12.
Tahun ini usia Umno 64 tahun, bermakna sudah lebih 64 tahun mereka bergelumang dengan perjudian. Di awal penubuhannya berbondong-bondong Ulama’ dan Ustaz-Ustazah keluar dari Umno menubuhkan PAS kerana kedegilan pemimpin Umno yang tekad menjadikan loteri kebajikan dan pelbagai jenis judi sebagai aktiviti ekonomi mereka hingga ke hari ini.
Hari ini Umno masih bersandarkan hasil judi untuk terus berdiri megah di PWTC. Lihat sahaja senarai pemegang saham dan ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat judi dalam negara. Malah, bila sebut pasal tokoh pelaburan judi dalam Umno rakyat akan terbayang wajah Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor.
PAS berharap agar rakyat membuka mata dan bangkit menolak dasar-dasar perjudian yang cuba dihalalkan Umno. PAS yakin, tanpa duit hasil judi, ekonomi negara ini mampu melangkah jauh ke hadapan.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Adun Sg.Abong, YB Dr.Sheikh Ibrahim Salleh menerima kunjungan dari wakil kerajaan Singapura. Sila ikuti diblog beliau. Klik sini
Dikala masyarakat dunia mengecam kerajaan Zionist/Yahudi kerana kezaliman mereka terhadap umat Islam Palestine, kerajaan Malaysia dibawah Umno/BN menggunakan khidmat Apco untuk memulihkan imej dimata dunia.
Justeru, menurutnya, umat Islam perlu prihatin serta ambil peduli dengan isu semasa yang semakin terancam di bawah pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Kita membuat bantahan terhadap APCO Worldwide hari ini kerana bimbang tentang keselamatan negara dan umat Islam akan bocor ke tangan Yahudi-Israel.
“Sejarah Yahudi sememangnya tidak pernah jujur dan ikhlas dengan umat Islam sejak dari zaman Nabi-nabi dan Rasul-Nya,” tegasnya di hadapan hampir 1,000 umat Islam yang menyertai Himpunan Aman Membantah APCO Worldwide di hadapan Masjid Pengadang Baru, dekat sini, semalam.
Beliau mengetuai perhimpunan secara aman bagi membantah penglibatan APCO Worldwide, syarikat yang ada hubung kait dengan agen Yahudi-Israel.
Katanya, perhimpunan seumpama ini turut diadakan serentak di seluruh negara sebagai tanda sepakat membantah kehadiran agensi Israel secara tidak langsung.
Perhimpunan tersebut anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu dibuat sejurus selesai solat Jumaat sekitar jam 2.30 petang


Al-Bakri fi Muar"Kami orang Umno amat percaya dengan janji manis kerajaan negeri, malah semasa menandatangani perjanjian pun kami tidak diberi peluang baca sebabnya perjanjian tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris.
Oleh kerana mempercayai pemimpin Umno... masakan mereka mahu tipu kita. Maka kami yang disuruh sign pun kami ikut. Bila kes sudah jadi macam ni (pemaju tidak bayar baki) kami tunjuk perjanjian kepada peguam... peguam soal balik kita kenapa kamu sign?
kalau nak tahu lebih lanjut klik disini
Harakahdaily.Israel has stayed away from the current nuclear security summit in Washington, fearing Turkey's plan to file a motion demanding that Tel Aviv open its nuclear facilities for international inspection.
Ringkasan:
al-Bakri fi Muar,



KUALA LUMPUR, 7 April: Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mencadangkan Parlimen yang sedang bersidang ketika ini mengeluarkan satu resolusi khas mengutuk keganasan Yahudi Israel yang sehingga kini terus melakukan kekejaman ke atas rakyat Gaza.
Parti Islam-Se-Malaysia (PAS) terkejut dengan pendedahan pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Tan Sri Amirsham A Aziz yang mengakui bahawa Model Ekonomi Baru (MEB)yang dilancarkan oleh Perdana Menteri semalam akan menghapuskan kuota pemilikan termasuk kuota bumiputra. Tahun lepas Perdana Menteri mengumumkan Dasar Liberalisasi Ekonomi negara dimana Kerajaan menurunkan pegangan ekuiti bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus dan menurunkan ekuiti bukan bumiputera daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus.
Seterusnya, pegangan ekuiti asing telah ditingkatkan daripada 49 peratus kepada 70 peratus, serta pemansuhan FIC dan Penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS). Nilai hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing pula ditingkatkan daripada RM250,000 kepada RM500,000.
Dengan pendedahan Pengerusi MPEN itu, bermakna kuota 12.5 peratus bumiputra dan bukan bumiputra akan terhapus sama sekali. Secara ekonominya, saham-saham syarikat di Malaysia sudah boleh dimiliki oleh pelabur asing 100 peratus.
PAS menganggap MEB adalah dasar yang jelas menindas rakyat dan akan menyebabkan rakyat dinegara ini akan menjadi ‘hamba’ yang berkerja keras untuk kepentingan individu dan pelabur asing dimasa hadapan.Pengkhianatan Umno-Bn yang menghapuskan kuota bumiputra dan bukan bumiputra ini tidak boleh dimaaf.
PAS mencabar ahli Umno dalam Perkasa untuk bangkit menentang dasar ini dan mengembalikan hak bumiputra dan rakyat bukan bumiputra dinegara ini untuk menguasai kuota 30 peratus dan 25 peratus. Pas yakin kalau perkara penghapusan kuota bumiputera ini disuarakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat maka akan berlakulah demontrasi jalanan oleh abdi umno dari kalangan NGO dan pembodek umno.
Tetapi apabila yang mengeluarkan idea ini tuan kepada hamba-hamba moden di negara ini, maka suara mufti umno dan Profesor umno macam cicak makan kapur.
PAS yakin bahawa keputusan ini banyak dipengaruhi oleh beberapa pihak lain yang dilantik sebagai perunding atau penasihat Kerajaan Malaysia. Tidak mustahil syarikat-syarikat yang dikuasai Yahudi akan masuk ke negara ini melalui proksi mereka dan mengambil alih aset-aset penting negara seperti POS Malaysia yang sedang dalam proses penjualan sekarang.Jelas dasar yang tidak dibentang di Parlimen ini juga adalah satu dasar yang dipaksakan kepada rakyat dan membelakangi mandat rakyat.
Seharusnya dasar sepenting ini dibentang di Parlimen kerana rakyat mahu tahu kerangka nasional yang ada dalam dasar ini.
Umno-BN dilihat sedang menjual negara dan hilang semangat patriotisme melalui dasar yang menafikan kepentingan rakyat dinegara ini. Malaysia tidak kekurangan pelabur dan pemodal tempatan. Seharusnya kuota itu dikekalkan bagi memberikan peluang kepada mereka agar tidak melabur diluar negara. PAS menolak sebarang usaha untuk menafikan kuota bumiputra dan bukan bumiputra yang jelas menghina kedaulatan negara dan seluruh warganegara ini.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penrangan PAS Pusat


| WebTV (Auto Channel) |
|
|||||
|
|
Return to top of page
Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors