Mazlan Aliman dihalang masuk ke Felda kerana takut belia berpaling



Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman mendedahkan, tindakan menghalang beliau masuk ke tanah-tanah rancangan Felda adalah disebabkan kebimbangan pihak tertentu terhadap pengaruhnya.

Menurut Mazlan, terdapat permintaan khusus daripada pihak Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) kepada Felda supaya memberi perhatian kepadanya kerana telah berjaya menarik sokongan belia yang berumur 41 tahun ke bawah.

Tambahnya, perkara tersebut telah diberi perhatian oleh Felda dan usaha serta tindakan untuk menghalangnya masuk ke tanah rancangan Felda diberi kerjasama oleh pihak keselamatan seperti polis dan Rela.

“Saya nak beritahu bahawa tindakan tidak membenarkan saya memasuki kawasan Felda bukanlah kerana mengetui pertubuhan haram dan sebagainya, sebaliknya wujud rasa bimbang di kalangan pihak kerana perjuangannya selama ini mendapat sambutan anak-anak peneroka.”

“Felda merupakan talian hayat terakhir kepada Umno dan BN, sebab itu mereka menjadi panik apabila kita dedahkan pelbagai kepincangan lalu melalui MBFM mereka meminta
saya dihalang daripada menemui warga peneroka terutama generasi kedua.”

“Perkara ini bukan direka bahkan saya telah diberikan salinan minit mesyuarat tentang hal itu termasuk dalam pertemuan tertutup mereka di Hulu Selangor baru-baru ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pada 9 Mac lalu Mazlan ketika mengadakan majlis dialog di rumah seorang peneroka di Felda Lembah Klau, telah dikepung dan dilarang berada di situ oleh beberapa orang polis Felda (Felsco) dan pengurus rancangan. Pengurus Felda berkenaan telah membuat laporan polis dan Mazlan kemudiannya ditahan di Balai Polis Raub. Selepas itu direman sehari oleh Mahkamah Magistret dan disiasat dibawah Seksyen 441 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebehi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM3,000.00 atau kedua-duanya sekali dibawah Seksyen 445 Kanun yang sama. Pada 28 April lalu pula Mazlan yang hadir ke Majlis Dialog dengan peneroka-peneroka Felda Jengka 23 dikatakan cuba ditangkap oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan Felda berkenaan tetapi tidak berjaya.


Responses

0 Respones to "Mazlan Aliman dihalang masuk ke Felda kerana takut belia berpaling"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors