Sekian dimaklumkan harga gula kini menjadi RM1.65 sekilo, hadiah tahun 2010. Jangan lupa terdapat beberapa "suprises" dari kerajaan yang memerintah. Subsidi tepung putih juga ditarikbalik.
Perubahan yang bakal berlaku pada tahun 2010 ini ialah seperti GST dan minyak petrol. Apakah ini menunjukkan kerajaan pimpinan BN kekurangan wang? Kenapa kerajaan tidak melaksanakan penjimatan peringkat tertinggi dikalangan menteri-menteri? Inilah gara-gara berbelanja secara boros tanpa mahu mendengar nasihat pakar kewangan. Yang jadi beban ialah rakyat lebih-lebih lagi pekerja swasta. Rakan sepejabat saya menceritakan dia ingin buat pinjaman peribadi untuk memulakan perniagaan tapi pihak bank tidak menimbangkan permintaan pekerja-pekerja swasta (hanya swasta terpilih sahaja seperti GLC).
Kata rakan saya lagi, macam anak tiri. Pinjaman mudah diperolehi kalau aku ni kerja "gomen".
Sewaktu kegawatan 1980-an, matawang Ringgit tidak terjejas tetapi kegawatan 1998 kadar matawang Ringgit berbanding dengan US Dollar sekali ganda. Itu bermakna negara terpaksa mengeluarkan lebih wang untuk membeli sesuatu. Teka pemerintahan siapa??

Labels: Harga Gula naik, Tahun 2010
Responses
0 Respones to "Tahun 2010: Tahun mencabar bagi rakyat"
Catat Ulasan