Saja nak tanya, betulkah kerajaan BN sekarang kekurangan wang atau fulus? Kalau tidak mengapa beberapa penarikan "subsidi" dilakukan. Tahun 2010 memang tahun memeritkan, gula NAIK 20 sen, kemudian tepung lepas itu minyak pulak....
Rasa semua rakyat akan merasa bahang kenaikan ini tak kiralah duduk dibandar ke atau kampung.
Kemudian kos makanan untuk pelajar asrama untuk pendapatan keluarga diatas RM5000 dinaikan RM3 sehari (ok le kot), tanpa mengira bilangan tanggungan keluarga. Anak seorang pun kena bayar RM3 sehari, tanggung anak 8 orang pun kena bayar RM3 sehari....
Anda semua rasa kenapa? Lihat harga minyak masak tapi sebelum itu nak juga tanya kerajaan BN ni sebelum ini harga minyak masak sawit dalam lingkungan RM12-13 bagi botol 5kg. Apabila kerajaan nak letak harga kawalan mengapa letak harga RM13.35 bagi 5kg ??
Mengikut penjelasan kerajaan, komoditi ini diniagakan dalam US Dollar dan ditentukan oleh pasaran antarabangsa. Saya pernah posting tentang matawang Ringgit Malaysia berbanding Dollar Amerika. Sebelum gawat 1997/8 matawang Ringgit berada sekitar dibawah RM3.00 malah lebih rendah lagi bagi setiap Dollar Amerika. Yang ini kita minta pakar forex boleh terangkan dengan lebih lanjut punca-punca matawang Ringgit jatuh??
Kata Tun Dr.Mahathir, penyangak wang antarabangsa Goerge Soros. Kita tanya pulak, dah tahu dia penyangak kenapa tak uruskan dengan cermat seperti kisah Nabi Yusuf?
Sekarang Belanjawan 2010 adalah belanjawan defisit. Perbelanjaan melebih pendapatan. Kenapa kerajaan BN tidak mengamalkan perbelanjaan berhemah, buat penjimatan terutama perbelajaan yang ditidak perlu atau ditangguhkan. Bukan mengenakan cukai itu ini, GST, tarik subsidi itu ini... Potong sebahagian elaun-elaun menteri-menteri, buat pekeliling untuk program berjimat cermat.
Cukuplah buat hari ini... tapi apa jawapan pada soalan diatas ?
Selingan:
Gunakan bahasa Malaysia. Belanjawan bukan bajet(budget).
Labels:
Belanjawan 2010,
defisit

Responses
0 Respones to "Tahun 2010: Kerajaan tak ada wang??"
Catat Ulasan