BN tiru banyak langkah Kelantan



Jumaat 11 Januari 2008 2 Muharam 1429 Hijrah

BN tiru banyak langkah Kelantan, rakyat wajar kekalkan Kerajaan PAS
Mat Zain Mat Isa Fri Jan 11, 08 9:14:38 am MYT


'Tak dak sebab demo nak lawe kawe' akan sentiasa diingati sebagai antara ungkapan paling berbisa yang pernah diutarakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ia sekaligus menjadi cabaran dan amaran kepada musuh-musuh politik kerajaan pimpinannya.

Suatu ketika dulu bait itu seakan dijadikan tagline kepada segala program penerangan dan penerbitan PAS Kelantan.

Pendirian tegas Mursyidul Am PAS itu malah turut dijadikan inspirasi dan pendorong oleh ahli dan pendokong parti itu di seluruh negara.
Bertitik-tolak daripada hujah dan penghuraian diberikan Tok Guru dan para pemimpin PAS Kelantan ketika itu, para penceramah dan tenaga penerangan PAS di seluruh negara merasionalkan hujah mereka terhadap parti lawan dalam konteks negeri masing-masing pula.
Hujah dan huraian di atas ungkapan tadi sangat kukuh dan meyakinkan. Ia berkisar di atas segala bentuk perubahan dan pembaharuan diperkenalkan kerajaan Kelantan sejak diambilalih oleh Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bermula 1990 lalu.
Sudah barang tentu segala perubahan itu dibuat agar selari dan menepati kehendak Islam.
Apabila sesuatu telah diubah kepada yang menepati Islam, ia telah membuktikan sekurang-kurangnya dua perkara. Pertama, bahawa perkara yang diubah itu diwarisi dalam bentuk atau keadaan asalnya yang tidak menepati kehendak Islam.


Kedua, apabila ia telah diubah untuk bertepatan dengan Islam, maka di mana lagi kewajaran dan kewarasan untuk mana-mana pihak yang beragama Islam menentang dan melawannya?

'Tak dak sebab demo (BN) nak lawe kawe', sebab 'kawe' (PAS) telah melaksanakan perubahan dan pembaharuan menurut apa yang dikehendaki agama.


PAS telah membangunkan Kelantan menurut Islam setelah pemerintahan Barisan Nasional selama 12 tahun gagal melaksanakannya.


Selain perubahan dan pembaharuan itu dilaksanakan menurut tuntutan Islam, ada juga antara perubahan diperkenalkan kerajaan Kelantan pimpinan PAS itu kemudiannya menjadi ikutan dan tiruan kerajaan negeri-negeri lain dipimpin BN.

Hakikat itu lebih menguatkan lagi hujah Tok Guru mengapa 'tak dak sebab demo nak lawe kawe', sedangkan apa yang 'kawe' buat 'demo' tiru.

Analogi simplistik Najib kepada rakyat Kelantan
Dalam keadaan yang ada kini, barangkali ada perlunya beberapa perubahan yang dimaksudkan itu diulangsebut kembali. Mudah-mudahan ia mampu mengingatkan kembali para pemimpin BN Kelantan agar jangan terlalu ghairah menentang kerajaan yang ada sehingga mengenepikan segala kebaikan yang telah dilaksanakan itu.


Keghairahan BN itu jelas tergambar menerusi keyakinan palsu yang cuba ditanam Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak minggu lalu. Dalam kunjungannya ke Kelantan pada 3 dan 4 Januari lalu, beliau dilaporkan menyeru rakyat negeri itu menjadikan tahun 2008 sebagai tahun terakhir PAS memerintah Kelantan.

Sifir politik dikemukakan Najib sangat simplistik. Kononnya oleh kerana tahun ini akan genap 18 tahun usia kerajaan PAS Kelantan, maka Najib menganggap ia suatu pengulangan sejarah jika ia tumbang sebagaimana kerajaan PAS dahulu juga tumbang selepas berusia 18 tahun.
"Jadi tahun ini, rakyat Kelantan mesti berani dan bersedia untuk menjadikan tahun 2008 sebagai tahun menukar kerajaan negeri," katanya, cuba meyakinkan para penyokongnya.
Najib malah menegaskan perubahan kerajaan amat perlu di Kelantan sekiranya ingin mencapai perubahan yang bersifatkan lonjakan berganda.


Kita tidak tahu dan kurang faham apa yang dimaksudkan Timbalan Perdana Menteri tentang perubahan bersifat lonjakan berganda itu. Cuma agak mengelirukan apabila pemerintahan PAS yang dikatakan tidak berupaya membawa perubahan kepada Kelantan, tiba-tiba beberapa program pemerintahannya menjadi ikutan negeri-negeri lain diperintah BN.
Allah Ta'ala Maha Kaya dan Maha Bijaksana. Tidak terfikir oleh mana-mana pihak bagaimana Dia mentakdirkan ketika Najib begitu beriya-iya memperlekehkan kerajaan Kelantan, di hari sama juga kerajaan negeri Selangor mengumumkan pelaksanaan khairat kematian untuk semua kaum.


Tapi, apa kaitannya dengan Kelantan? Ya, cuba perhatikan betul-betul. Menurut Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo, dana yang dinamakan Tabung Jasamu itu bertujuan memboleh waris kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas atau orang kurang upaya (OKU) yang meninggal dunia, mendapat bantuan RM2,000 bagi membiayai urusan pengebumian.
Kata Khir lagi, tabung itu terbuka kepada semua kaum dan agama untuk meringankan beban waris menguruskan pengebumian jenazah anggota keluarga mereka. Nah! Bukankah itu persis apa yang dilaksanakan di Kelantan sejak awal 2007 lalu?


Apakah anda sudah lupa bahawa Kelantan menjadi negeri pertama memperkenalkan skim insurans percuma sebegitu untuk warga emas? Kerajaan Kelantan telah memperuntukkan sejumlah RM3 juta setiap tahun bagi caruman percuma kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas menerusi insurans Takaful Kafaalah.

Di bawah skim itu pewaris warga emas yang dicarumkan kerajaan akan menerima pampasan RM2,000 jika warga emas berkenaan meninggal dunia tanpa mengira sebab, termasuk kematian semula jadi. Skim berkenaan diberikan kepada warga emas semua kaum, sama ada Melayu, Cina, India, Siam dan sebagainya selagi mereka adalah rakyat Kelantan.

Sekalung tahniah buat rakyat Kelantan. Nampaknya usaha BN menggambarkan kerajaan PAS sebagai tidak berkemampuan telah dibayar secara 'tunai' oleh Allah Ta�ala. Hari itu (4 Januari) Najib memperlekeh Kelantan, hari itu juga Selangor isytihar tiru program kerajaan Kelantan.

Memang, jika ditanya MB Selangor adakah dia meniru program dibuat kerajaan Kelantan, sudah barang tentu dia tidak akan mengaku. Dalam hal ini, penulis teringat kepada al-marhum Ustaz Bunyamin Yaakub, bekas Ahli Parlimen Bachok.

Dalam salah satu ceramahnya, beliau mengulas beberapa perubahan yang dibuat kerajaan Kelantan dan ditiru kerajaan lain. Tetapi ada pemimpin negeri terbabit menafikan apabila dikatakan mereka telah meniru kerajaan PAS Kelantan.

Katanya, 'tak mengaku pun tak apa. Tapi bila kawe buat dulu, demo buat getek (selepas itu) serupo denge hak kawe buat, (maknanya) demo tiru kawe lah tu!' Semoga Allah merahmati roh Ustaz Bunyamin.

Demi Allah, hujah beliau itu masih relevan dengan apa yang sedang berlaku kini. Tidak cukup dengan kes takaful warga emas itu, Allah Ta'ala datangkan pula kes pokok gaharu. Hanya selang dua hari selepas itu (6 Januari), kerajaan Perak pula mengumumkan akan menanam pokok-pokok gaharu di lereng-lereng tanah tinggi negeri itu sebagai satu lagi sumber pendapatan lumayan kepada rakyat dan negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pelancongan Perak, Dato' Mohd Radzi Manan ketika mengumumkan perkara itu berkata, kerajaannya telah mengenalpasti beberapa kawasan berpotensi untuk tanaman gaharu kerana mempunyai kesesuaian iklim dan bentuk muka bumi untuk tujuan penanamannya secara komersial.

Nah! Bukan kah itu satu lagi tamparan buat Najib dan para pemimpin BN yang cuba memperlekeh Kelantan? Sebagaimana yang telah dimaklumi, beberapa bulan lalu kerajaan Kelantan telah melancarkan projek Koridor Depu, iaitu penanaman pokok depu atau gaharu secara komersial.

Mengikut pasaran semasa, setiap 12 mililiter resin gaharu yang siap diproses, harganya sekitar RM300 hingga lebih RM1,200 mengikut grednya. Potensi besar tanaman ini telah lama disedari kerajaan Kelantan. Penanaman pokok ini digalakkan dengan perancangan mengagih anak pokok secara percuma di samping membuka ladang di pedalaman Kelantan melalui penglibatan Perbadanan Menteri Besar.

Usaha menjadikannya suatu industri telah dirintis sebuah syarikat bumiputera tempatan sejak Mei lalu dengan menggunakan kepakaran dari Thailand. Kini usaha itu cuba ditiru kerajaan BN Perak. Sepertimana kata Ustaz Bunyamin, 'tak mengaku pun tak apa!'

Wajar disebut semula beberapa perubahan oleh kerajaan Kelantan yang sebelum ini telah ditiru kerajaan BN.

Langkah PAS yang ditiru Kerajaan BN
Antaranya ialah:
1. Pajak Gadai Islam ar-Rahn yang dimulakan di Kelantan di awal 90-an kemudian diterima pakai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM).
2. Cuti bersalin kakitangan wanita dilanjutkan daripada 42 hari kepada 60 hari kemudiannya turut diterima pakai kerajaan Pusat.
3. Konsep kerja lima hari seminggu yang kemudiannya dimulai kerajaan Pusat dengan cuti Sabtu pertama setiap bulan bermula Januari 1999. Konsep itu kemudiannya dilaksanakan sepenuhnya sebagaimana sekarang.
4. Konsep Hotel Islam ditiru oleh negeri Pahang.
5. Amalan tidak memberikan cenderahati atau hadiah semasa lawatan rasmi Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri diikuti oleh sektor perkhidmatan awam menerusi arahan Ketua Pengarahnya pada Ogos 1998.
6. Konsep rumah mampu milik dengan tiga bilik bagi memupuk kerukunan keluarga dijadikan model oleh pemaju dan kerajaan negeri seluruh negara.
7. Ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa sebagai hiasan di tepi jalan raya, diambil ideanya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 1997 untuk digunakan di tepi lebuh raya.
Apa yang disenaraikan ini hanyalah yang besar-besar saja. Namun yang pastinya, idea pemerintahan PAS tidak koman, malah jauh mendahului kerajaan BN.
Mengambilkira realiti itu, para pendokong kerajaan Kelantan wajar bersepakatan menutup mulut mana-mana pihak yang cuba menggugat kedudukan kerajaan yang ada. Biar pun orang itu adalah Timbalan Perdana Menteri sendiri.
Ingatkan kembali mereka itu kepada ungkapan keramat Tok Guru, 'tak dak sebab demo nak lawe kawe.' - mr


www.harakahdaily.net

[Read More...]


Bila Pak Pak Pandir Jadi Raja, Abu Nawas Jadi Penasihatnya



Posted on Wednesday, January 09 @ 22:52:01 MYT by SongkokPutih
Oleh HermanSamsudeen

Alkisah disebuah negara yang aman tak damai, bersemayamlah seorang baginda Raja yang tiada Daulat. Pak Pandir namanya. Pak Pandir ini mempunyai seorang isteri, seorang anak perempuan dan seorang menantunya yang diberi nama Abu Nawas.
Negara Malangsia begitulah nama negerinya. Entah macam mana, Pak Pandir yang bodoh-bodoh alang ini bisa menjadi Raja, tiada sebarang catatan pun yang melakarkan detik-detik permahsyuran Pak Pandir sebagai Raja Malangsia.
Maka dilantiknya juga Abu Nawas menantu kesayangannya menjadi penasihat peribadinya. Abu Nawas memang terkenal dengan sikap putar alamnya. Baginya peluang yang diberikan oleh Pak Pandir itu umpama menyorongkan bantal kepada orang yang nak tidur.
Dasar Tak Pandang Rakyat
Pada suatu hari, atas nasihat Abu Nawas Pak Pandir mengumumkan perlaksanaan Dasar Tak Pandang Rakyat yang turut menyebabkan Cukai Keluar Rumah naik sebanyak 100%. Sebelum itu, rakyat hanya membayar 1 ringgit, kini mana-mana rakyat yang ingin keluar rumah dikehendaki membayar cukai sebanyak 2 ringgit.
Maka, marahlah sekalian rakyat dengan Dasar Tak Pandang Rakyat yang diumumkan oleh Pak Pandir ini.
“Pedulik apa dengan kata-kata rakyat. Aku Raja, akulah yang menentukan segalanya.” ujarnya sebelum melelapkan mata dan terus berdengkur. Itulah aktiviti kegemarannya setiap hari.
Abu Nawas yang punya idea tersenyum kering melihatkan kemarahan rakyat. Walaupun mereka marah Namun tidak ada lagi yang berani menyatakannya dihadapan Pak Pandir secara terbuka.
Lebai Pa Pimpin Rakyat
Disebuah kampung bernama Kampung Lindungan Bulan, bangkitlah seorang tua bernama Lebai Pa. Beliau Amat kasihan melihat rakyat yang tak boleh keluar rumah untuk mencari rezeki dengan sewenang-wenangnya lantaran dari cukai yang dinaikkan oleh Pak Pandir. Maka dia pun mencari akal dan mengumpulkan penyokong-penyokongnya.
Mereka pun bermesyuarat dan membincangkan cara-cara untuk menjatuhkan Pak Pandir. Pelbagai cadangan yang diberi, ada yang mahu Pak Pandir ditangkap dan disula, ada yang geram dan mahu agar Pak Pandir diikat dan dilontar ditengah-tengah jalan, biar semua kaki memijaknya, biar semua kereta melanggarnya. Abu Nawas pula, biar digergaji kemaluannya untuk diberi makan pada khinzir belaan si Ah Long.
Lebai Pa meminta semua penyokongnya bersabar dan jangan bertindak ikut nafsu. Lebai Pa pun mengusulkan agar suatu kertas rayuan dikeluarkan bagi mengingatkan Pak Pandir agar tidak mengikut kata-kata menantunya yang suka menindas rakyat.
Maka sampailah surat itu ke tangan Pak Pandir. Surat itu pun dipusing-pusingnya, dari atas ke bawah, dari bawah ke atas. Akhirnya ditanyanya Abu Nawas,
“Apasal banyak sangat tahi cicak atas kertas nie, ada yang panjang ada yang pendek”.
Lalu Abu Nawas pun mengambil kertas itu, dilihatnya tiada sebarang tahi cicak disitu, maka tahulah dia bahawa Pak Pandir ini juga tak reti membaca. Peluang itu akhirnya diambil oleh Abu Nawas untuk membakar kemarahan Pak Pandir.
“Wahai bapak mertuaku, yang dikatakan olehmu sebagai tahi cicak itu adalah dakwat hitam yang dituliskan oleh rakyat sebenarnya. Adapun yang tertulis disitu adalah satu angkara durja yang bakal dilakukan oleh rakyat pimpinan Lebai Pa. Beliau meminta bapak meletakan Jawatan sebagai raja dinegeri ini kerana beliau sendiri ingin menjadi raja”
Terkejutlah Pak Pandir dengan apa yang diperkatakan oleh Abu Nawas. Ingat lagi dia, Lebai Pa dulu adalah teman sekampungnya. Selalu sahaja mendapat nombor satu dalam kelasnya, semua aktiviti Kokurilum dikuasai oleh Lebai Pa. Kini jawatannya pun ingin dirampas oleh Lebai Pa.
“Mana boleh! ini jawatan aku punya. Dari dulu kini dan selamanya jawatan ini tetap milik aku. Apa pandangan kau wahai anakku Abu Nawas” tanya Pak Pandir.
“Oh….itu senang sahaja, kita suruh sahaja Pak Berahim Dogol yang jadi Ketua Keselamatan istana menangkap Lebai Pa dan pengikutnya. Penjarakan mereka semua, kita siksa mereka, biar semua rakyat tahu bahawa sesiapa yang melawan akan menerima nasib seperti mereka” jawap Abu Nawas.
“Uh! Ganasnya, kesian pulak aku pada Lebai Pa….nantilah dulu, aku nak tidur sat, lepas nie la aku bagi keputusan” ujar Pak Pandir yang kemudiannya terus berdengkur lagi..
Dalam tak sedar, seorang kakitangan Istana telah terdengar perbualan mereka.
Lebai Pa Menghimpunkan Rakyat
Abu Seman yang bekerja sebagai tukang potong rumput istana yang terdengar perbualan Pak Pandir dan Abu Nawas itu terus sahaja bertempiaran lari ke pondok Lebai Pa untuk menyampaikan maklumat.
Diceritakan segalanya kepada Lebai Pa dan para penyokongnya. Maka marahlah sekalian yang ada.
“Busuk sungguh hati Abu Nawas ini, sanggup dia menipu Pak Pandir. Kita hanya merayu agar Pak Pandir turunkan Cukai Keluar Rumah bukannya nak jatuhkan dia” getus Leman, pengikut Pak Pandir.
“Itulah Pak Pandir, dari kecik lagi dia malas baca buku. Kerjanya sehari-hari adalah tidur dan tidur sahaja. Malang pula nasibnya bermenantukan Abu Nawas yang suka putar alam. Surat yang kita hantar langsung tidak berguna. Kita harus melakukan sesuatu sebelum Pak Pandir terjaga, apa cadangan Kalian” tanya Lebai Pa.
“Pak Lebai, apa kata kita gerakkan semua rakyat berhimpun dihadapan Istana Pak Pandir. Kita buat demontrasi, tanpa permit pun tak apa. Kita bawa banner, placard dan sebagainya. Kita tuntut untuk berjumpa dengannya, biar kita sendiri terangkan apa yang dimaksudkan oleh rakyat dalam surat itu” cadang Bujal, orang kanan Lebai Pa.
“Nampak bagus juga cadangan itu, pandai juga kau fikirkannya Bujal. Apa kata yang lain” tanya Lebai Pa sekali lagi.
“Ok boss! Kami no hal, tak da problem dengan cadangan tu. Itu lebih baik dari kita hantar surat yang tak boleh dibaca oleh Pak Pandir yang tak reti membaca tu” jawap para penyokongnya.
Maka petang itu, berhimpunlah seluruh rakyat dihadapan Istana Pak Pandir. Mereka semua melaung-laung meminta Pak Pandir keluar berjumpa mereka. Mereka mahu bersemuka dengan Pak Pandir.
Didalam Istana, Pak Berahim Dogol yang jadi Ketua Keselamatan istana terus sahaja dengan kelam kabutnya pergi bertemu dengan Abu Nawas, dan diceritakannya apa yang terjadi dihadapan Istana.
Lantas Abu Nawas pun mengejutkan Pak Pandir.
“Bapak..o…bapak, bangunlah, dah pagi nie. Lebai Pa dan seluruh rakyat sedang berhimpun dihadapan Istana nak gulingkan bapak nie…”
“Apa?” tanya Pak Pandir yang bangun secara mengejut.
“Berani mereka datang ke Mari ganggu aku tidur. Abu Nawas, sekarang ini arahkan Pak Berahim Dogol gerakan balaci-balacinya. Tangkap Lebai Pa dan semua pengikutnya. Tahan mereka bawah Akta Ikut Suka Aku!…..pergi cepat, aku nak sambung tidur ni” kata Pak Pandir memberikan arahan dan kemudiannya terus menyambung tidurnya.
Maka, Abu Nawas pun mengarahkan Pak Berahim Dogol seperti yang disuruh oleh Pak Pandir.
Bergeraklah segala balaci-balaci Pak Pandir ke hadapan Istana dengan beberapa bijik Water Canon. Semua yang berhimpun itu terus sahaja ditembak dengan Water Canon dan gas pemedih mata.
Melihatkan para pengikut Lebai Pa kepedihan mata, Balaci-balaci itu pun terus sahaja menyerang, memukul dan menangkap mereka.
Beribu-ribu ditangkap di Bawah Akta Ikut Suka Aku termasuklah Lebai Pa.
Maka, negara pun kembalilah aman tapi tak damai selepas tragedi itu. Teruslah bersemayam Pak Pandir bersama anak menantu kesayangannya Abu Nawas. Rakyat juga yang terus susah.
Didalam penjara, Lebai Pa disiksa dan didera dengan pelbagai deraan. Namun, itu semua langsung tidak melunturkan semangat beliau dan para pengikutnya. Baginya perjuangan membela nasib rakyat adalah suatu jihad. Jika dia mati, matinya itu adalah mati syahid kerana melawan pemimpin yang zalim.

Dari http://www.tranungkite.net
[Read More...]


AKU TETAP UNDI PEMBANGKANG



Friday, December 7, 2007

Semalam aku minum pagi di sebuah restoran di Seremban. Pemilik restoran tersebut seorang bekas pegawai tentera yang sudah lama aku kenal. Dia pun menyapa aku dan kawan2 aku. Oleh kerana kerana keramahan beliau tanpa dijemput dia pun duduk disebelah aku sambil memulakan bicara.


Cerita dia tak lain dan tak bukan tentang kenaikan harga barang. Dia mengeluh kerana kenaikan harga barang yang mendadak. Susu 1 peti naik RM 4.00 dan MILO satu peti naik RM 9.00. Aku yang tak berapa arif tentang harga barang ni, jadi aku hanya mendengar sahaja. Bulan depan Horlicks pula naik RM 3.00 kata beliau, towkay kedai tempat dia selalu beli barang tu dah sound dia awal2 katanya.


Akibat dari kenaikan tu sekarang dia jual Milo Ais dengan harga RM 2.00 segelas. Baru-baru in Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna datang ke Restoran beliau kerana dapat aduan mengatakan Restoran beliau menaikkan harga minuman sewenang-wenangnya. Habis abang ni kata Starbuck jual kopi RM 8.00 secawan dan MC Donald jual teh atau kopi dengan harga RM 3.50 secawan tak ada pulak kena saman. Kenapa dia seorang sahaja Kementerian nak saman. Adakah Starbuck dan McD sahaja yang terkesan oleh sebab kenaikan harga barang dan dia sebagai peniaga Restoran biasa tak terkesan? Betul jugak cakap abang ni kata aku.
Lepas tu dia sambung lagi kau nampak tak abang punya meja kat luar tu, itu pun MPS nak saman kata beliau lagi. MPS kata mengganggu jalan.Tapi kedai abang ni kat hujung sekali jalan ni tak ada sesiapa pun nak lalu jalan kaki kat sini kecuali kalau nak datang makan. Aku mengangguk tanda setuju dengan dia, sebab memang kedai dia kat hujung sekali. Kedai Mamak yang letak meja tengah jalan dan sampai ada yang letak seberang jalan tak ada pulak yang kena saman dengan MPS kata beliau.


Habis sekarang ni kau fikir lah POL (singkatan nama aku) ORANG MELAYU yang kena tindas dan diskriminasi ke atau bangsa asing yang kena tindas? Orang Melayu berniaga tanpa lesen warongnye dan barang-barang niaga kena rampas. Restoran atau warong Orang Melayu di Senawang banyak yang kena roboh dan yang nak kena roboh. Habis sekarang siapa yang kena tindas dan diskriminasi sekarang. Di Malaysia yang pemerintah nya Melayu tapi yang kena tindas adalah orang Melayu, kata abang itu. Betul jugak cakap abang askar ni kata aku, sebab aku tengok kat mana2 di Seremban ni kedai orang Melayu lah yang nak selalu dan banyak kena roboh.


Selesai berborak dan minum pagi aku pergi kedai hardware yang biasa aku pergi untuk beli barang2 kerja aku. Masuk je kedai tu towkay tu beritahu aku bulan depan harga batu putih dan batu merah naik 2 sen.Banyak … tu sebab nak buat satu rumah bukan pakai satu batu tapi puluhan ribu batu bata. Kalau satu batu naik 2 sen puluhan ribu batu berapa ribu ringgit pula nak kena tambah. Wah ..banyak tu. Towkay tu kata barang2 paip, paku dan besi pun naik lagi bulan depan. Habis la semua naik lagi aku mengeluh. Macam ni harga untuk ubahsuai atau bina rumah kena naik lagi la nampaknya mula bulan depan. Kalau tidak tak boleh nak biayai kos.
Pagi ni aku pergi Rembau nak tengok kerja. Seperti biasa aku mesti singgah di sebuah Restoran Mamak di Pekan Pedas untuk pekena roti canai dan teh tarik yang memang ‘kaw’ kat situ. Sementara menunggu makanan yang aku pesan sampai, maka aku terdengar lah perbualan 2 orang lelaki lingkungan sebaya aku kat meja belakang sedang rancak bersembang tentang kenaikan harga barang. Harga barang semua naik, tapi duit gaji kita tak naik2 pun, kata seorang antara mereka. Ini yang buat aku ‘tension’ ni kata member dia. Mana nak cukup kalau macam ni tiap2 bulan kata yang sorang lagi. Lepas tu aku dah tak dengar lagi sebab roti canai dan teh tarik aku dah sampai, aku pun dah naik malas nak pasang telinga, tak habis2 hal kenaikan harga barang lagi.


Tapi itulah hakikat yang sebenar-benarnya berlaku di Malaysia sekarang ini. Semua orang sibuk bercerita tentang kenaikan harga barang tetapi di Malaysia macam biasa lah hanya sekadar cerita kisah sedih dan duka. Tak mampu lah, duit tak ada lah, kerajaan tak patut lah naikkan harga barang tapi yang pelik dan ajaibnya rakyat Malaysia ni tak nak jugak berubah untuk menukar kerajaan yang ada. Bila kerajaan naik harga barang rakyat komplen tapi tangan2 rakyat itu juga lah yang mengundi kerajaan yang sedia ada ini. Dah tentu lah kerajaan BN (Barang Naik) tapi dia orang tetap undi jugak yang itu. Habis nak salahkan siapa lagi? Tahun depan harga petrol dan gas akan naik, harga atau bayaran tol naik lagi. Maka dah tentu harga barang dan harga perkhidmatan akan naik lagi selaras dengan kenaikan harga petrol dan lain-lain kenaikan. Tapi rakyat Malaysia tak sedar diri jugak. Tetap juga undi kerajaan yang lama tu. Kalau awak sendiri dah mengundi kerajaan BN tak payah lah nak komplen2 lagi terima aje lah segala kenaikan2 yang dikenakan.


Tak payah nak cerita2 atau nak cakap lagi terima aje dan cari lah duit lagi untuk tambahan pendapatan untuk diberikan kepada kerajaan BN yang sedia ada.
Teringat aku masa baru-baru kenaikan harga petrol sebanyak 30 sen dahulu. Ada 3 orang pakcik ni di Pekan Kuala Pilah kat satu warong teh tarik sedang panas dan hangat bersembang hal harga minyak naik. Macam2 maki hamun dan sumpah seranah keluar dari mulut pakcik2 ni sampai aku naik bengang dan boring. Akhirnya aku bangun dan pergi beritahu kat pakcik2 ni nak buat apa bising2 sebab setahu aku kat Kuala Pilah ni semuanya tak kira tua atau muda semuanya mengundi BN dalam pilihanraya 2004 yang lalu kata aku. Tak ada pun yang nak menyokong atau mengundi PAS atau lain2 dalam pilihanraya tu. Jadi apa hal nak bising2 lagi kata aku. Macam aku lain lah kata aku, kat lori aku tu terang2 ada lambang BULAN (PAS) dan aku pula sejak pilihanraya 1999 aku tak pernah mengundi BN kata aku lagi. Jadi aku boleh komplen kata aku. Senyap terus pakcik tu, nasib baik dia senyap kalau tidak aku basuh dia cukup2. UNDI…LAH..BN lagi baru PADAN MUKA KORANG SEMUA... SEMUA BARANG NAIK. AKU tetap akan undi pembangkang pilihanraya nanti. Kalau tak ada PAS atau KeAdilan bertanding biar aku undi DAP asalkan aku undi PEMBANGKANG. SIAPA NAK IKUT AKU ???

http://pasjelebu.blogspot.com/

[Read More...]


Tanggungjawab Menafikan Majoriti 2/3 BN




Posted on Thursday, January 10 @ 15:20:02 MYT by SongkokPutih

Oleh Dr Rosli

Adalah menjadi sesuatu seakan dogma bahawa kuasa politik di negara kita hanya boleh dimiliki oleh BN yang diterajui oleh UMNO. Dilihat dan digambarkan sebagai pelopor kepada proses kemerdekaan, BN dibayangkan sebagai kerajaan dulu kini dan selama lamanya. Ditambah dengan cita cita Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan BN/UMNO terus relevan untuk seratus tahun lagi, kita dapat membayangkan mood yang dimainkan untuk memastikan sokongan rakyat Malaysia terus kekal bersama mereka.

Kenyataan ini sebenarnya menggambarkan kuasa membeli rakyat masa ada di celah sogokkan umpan politik dan keracunan minda bahana penguasaan media yang melampau. Ia juga membayangkan kerajaan Pak Lah sebenarnya lemah kerana dikuasai oleh pelbagai unsur dalam dan luar. Maka sekaranglah masa terbaik untuk merubah persepsi dan menyahtoksinkan minda rakyat yang teracun.

Selepas umpanan janji janjinya mengenai pembasmian rasuah hanya menyaksikan ianya menjadi lebih parah dari yang sedia ada, konsp Islam Hadhari ditonjolkan pula untuk meraih undi orang Melayu. Terkini digambarkan pakatan parti pembangkang menuju ke arah gerakan pelampau dengan berjayanya mereka memanipulasikan himpunan aman HINDRAF.

Tenyata semuanya tidak lebih daripada tindakan mencantas usaha memperbetulkan pentadbiran negara secara sihat yang cuba dilakukan oleh pihak pembangkang. Seolah olah pembangkang hanya mempunyai cita cita untuk menguasai politik negara, segalanya dipandang serong oleh pihak kerajaan. Tidak ada ruang untuk pembangkang bersama dalam menunjukkan solidariti sebagai rakyat Malaysia yang bermaruah dan bersatu padu.

Terlalu banyak isu yang memerlukan pihak kerajaan dan pembangkang duduk semeja merangka strategi untuk kepentingan negara, dibiarkan tanpa penyelesaian terbaik. Isu najis dadah, salah laku dan rasuah penjawat jawatan kerajaan dan pelbagai lagi yang memerlukan penilaian yang telus dan adil, diselesaikan secara bersahaja, dengan tujuan menutup isu. Akhirnya negara yang berhadapan dengan segala permasalahan dan rakyatlah juga yang terbeban.

Menafikan majoriti 2/3 BN di Dewan Rakyat adalah perlu untuk memperbetulkkan semula proses demokrasi dan hak rakyat yang semakin terhakis. Rakyat perlu bersikap berani dan terbuka dalam menilai tahap pentadbiran kerajaan yang ada. Mereka tidak perlu gusar ugutan dan kepercayaan khurafat bahawa ketidakstabilan dan huru hara akan berlaku sekiranya BN tidak berjaya mendapat 2/3 majoriti.

Sekiranya mahkamah rakyat yakni pilihanrya umum tidak berupaya menjadi medan untuk merealisasikan cita cita ini, maka semakin susahlah usaha untuk menilai tahap pencapaian terbaik yang boleh dilalui oleh negara di dalam mengisi program kemajuan dan kemakmuran serantau, sesuai dengan potensi yang ada.

Samada sistem itu yang telah menghukum rakyat ataupun ketidakinginan rakyat untuk berubah yang menyaksikan mereka terhukum, kedua duanya adalah faktor yang rakyat ada kuasa untuk memperbetulkannya.
[Read More...]


Jangan Sokong BN kita Sokong PAS oleh DSAI & TUN



Assalamuallaikum,
Sempena kedatangan tahun baru 2008 disini TVceramah menyiarkan 2 ceramah dari 2 penceramah yg mana pernah memegang jawatan tertinggi dan kedua tertinggi dalam negara dan jugak pernah menjadi rakan sekerusi semeja. KINI kedua-dua mereka sudah tidak lagi memegang jawatan utama negara yg mana seorang telah berhenti dan seorang telah diberhentikan. Jadi sama-samalah saksikan ucapan yang disampaikan oleh mereka...

TVceramah : Jangan Sokong BN Oleh DSAI
TVceramah : Jom Sokong PAS Oleh Tun Mahathir TVceramah@gmail.comhttp://TVceramah.tblog.com
[Read More...]


Tambang bas sekolah naik



Oleh pemudawilayah"Ini sudah melampau, Kes Yuran Tambahan pun tak selesai lagi, minyak dah dicatu, tepung pun dah kurang, tol dah naik, sekarang tambang bas sekolah pun naik. Malaysia nie ada Kerajaan ke tidak? Kenapa para pengusaha dan peniaga suka-suka naikkan harga? Nampak sangat Kerajaan BN nie dah tak guna! tak boleh nak kawal ekonomi negara!
Utusan Malaysia : Tambang bas sekolah naik 20%
Oleh AU YEONG HOW
KUALA LUMPUR 6 Jan. – Belum pun selesai masalah bayaran yuran tambahan sekolah, ibu bapa di Lembah Klang kini menghadapi kenaikan tambang bas sekolah sehingga 20 peratus berbanding kadar tambang tahun lepas.
Tinjauan Utusan Malaysia di Petaling Jaya mendapati bagi perjalanan tiga kilometer (km), kadar tambang sehala meningkat daripada RM50 kepada RM60.
Di Bangi, tambang bas dilaporkan melonjak sebanyak RM5 untuk perjalanan sehala. Jika dahulu ibu bapa membayar RM25 untuk perjalanan sehala sejauh satu setengah kilometer, kini tambangnya naik kepada RM30.
Presiden Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia, Chee Ah Tey mengakui sesetengah ahli persatuan itu menaikkan kadar tambang bas sekolah kerana khuatir harga diesel meningkat dan bas sekolah yang berusia melebihi 12 tahun tidak dibenarkan disewa.
Menurut beliau, gejala itu berlaku di Lembah Klang sekarang dan beliau bimbang ia akan merebak ke seluruh negara menjelang Februari dan Mac ini.
‘‘Pihak persatuan memang tidak bersetuju dan menasihati ahli agar jangan menaikkan tambang.
“Pertamanya, kerajaan belum mengumumkan sebarang kenaikan harga diesel.
‘‘Keduanya, pihak persatuan menerusi bantuan Ahli Parlimen Kota Melaka, Wong Nai Chee bercadang mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membincangkan isu sewa bas sekolah itu,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengulas punca kenaikan tambang, beliau menjelaskan, para pemandu bas sekolah tidak dapat mencari pendapatan tambahan melalui aktiviti sewa kerana kebanyakan bas milik mereka telah berusia lebih 15 tahun.
‘‘Mereka tidak berupaya menampung kos operasi dengan hanya bergantung kepada tambang bas. Lebih-lebih lagi sekarang wujud spekulasi kencang mengatakan harga diesel akan dinaikkan,’’ ujarnya.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dihubungi berkata, tindakan menaikkan tambang tanpa kebenaran pihak berkuasa adalah menyalahi undang-undang.
‘‘Jika dikesan berbuat demikian, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha bas sekolah yang ingkar,’’ katanya.
[Read More...]


Krisis Minyak Masak : Rakyat Juga Yang Disalahkan



Oleh cina-islam

"Apa saja masaalah negara, nampaknya rakyat bawahan yang dipersalahkan. Terbaru dalam krisisi minyak masak nampaknya peniaga kecil dan penyeludup kecil yang diperslahkan.

Utusan Malaysia hari ini sebagai dipetik melaporkan "Pada saat rakyat negara ini gelisah ekoran kekurangan bekalan minyak masak kelapa sawit serta penahanan seorang peniaga yang menyorok bekalan itu di Nilai, Negeri Sembilan, terdapat segelintir pihak sanggup menyeludup barang keperluan tersebut ke Thailand bagi menjualnya pada harga lebih mahal."
Dilaporkan juga, polis marin yang menyerbu sebuah stor di Kampung Tanjung, Pengkalan Kubor dekat sini merampas 209 kotak minyak masak berisi 3,553 kilogram bahan tersebut yang dipercayai hendak diseludup ke negara jiran itu.Pemangku Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Pengkalan Kubor, Asisten Supritendan Wan Ismail Wan Mamat berkata, nilai rampasannya ialah RM8,778 tetapi penyeludup dipercayai memperoleh keuntungan berlipat kali ganda jika bahan itu berjaya dibawa ke Thailand.
Mustahil dengan sebanyak itu dan banyak lagi pun bekalan minyak menjadi meruncing dan akan dicatu pada minggu depan.
Tolong dedahkan masaalah sebenar dan melalui jalan mana sebenarnya minyak dibawa keluar. Tak kan habis stok minyak kalau sebanyak itu diseludup. Atau cuma ingin burukkan Kelantan. Pintu keluar dan pelabuhan lain macam mana pula. Kita tunggu menteri UMNO yang kononnya cerdik untuk buat laporan.

http://idhamlim.blogspot.com
[Read More...]


Masalah sampah



Berjumpa kembali kita dalam alam siber setelah lama berehat dan kesibukan urusan kerja. Topik perbincangan kita pada hari ini ialah tentang sampah sarap dan sikap penduduk serta pihak berwajib.

Sampah sarap.
Pada artikel yang lalu kami bincangkan tentang sampah sarap yang menyakitkan mata dan menyesakkan hidung. Namun tidak ada apa yang berubah, sampah masih lagi dibuang di tepi jalan dan persimpangan. Bukankah sampah ini tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan tetapi mengapakah masalah ini tidak ada kesudahan.

Terdapat juga yang membuang sampah sesuka hati seperti yang terjadi di Jalan Kim Kee, selekoh di Taman Sri Treh, Jalan Salleh dan banyak lagi. Rasanya pihak PBT telah sedia maklum tetapi apakah tindakan yang dibuat. Takkanlah asyik mengubah langskap sahaja sampai terlupa tanggungjawab.

Kepada pihak yang bertanggungjawab jalankan tanggungjawab anda jangan sampai dah masuk dalam berita atau surat khabar baru nak buat tindakan.
[Read More...]


Harga ayam



Kebetulan tengahari tadi saya menonton berita berkenaan lawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Mohd. Shafie Apdal ke pasar Maharani Muar.

Bukan nak ulas lawatan beliau tetapi nak ulas sedikit tentang harga ayam. Yang peliknya 2 minggu lepas harga ayam bersih siap sembelih berharga sekitar antara RM5.10 ke RM5.50 sekilo, tiba-tiba sahaja harga ayam menjadi RM6.00 sekilo iaitu harga siling.

Persoalan sekarang mengapa harga meningkat begitu ketara terutama dibulan Ramadan. Kalau kerajaan letak harga siling RM7, pasti sesetengah peniaga akan letak harga tersebut.

Fikir-fikirkan wahai rakyat.
[Read More...]


Kenyataan rasmi Bersih terhadap insiden Batu Buruk



Written by Bersih

1) Pada 8 September 2007, Badan Gabungan Tuntutan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang menggabungkan parti-parti politik dan NGO merancang untuk mengadakan majlis perhimpunan aman berupa road show untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Batu Buruk, Kuala Terengganu.
2) Pihak penganjur telah membuat permohonan permit polis sebagaimana yang sewajarnya namun permit tidak dikeluarkan kepada pihak penganjur walaupun rayuan telah dibuat.
3) Pihak penganjur telah mendirikan pentas program namun pada jam 5 petang polis telah menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah yang digunakan pihak penganjur dan merobohkan pentas itu tanpa keizinan tuan rumah.
4) Polis kemudiannya membuat sekatan jalan dan halangan beberapa kilometer dari tempat majlis hendak diadakan agar orang ramai tidak masuk ke kawasan itu.
5) Pada sebelah malamnya, kira-kira jam 9.40 malam, para pemimpin BERSIH termasuk Dato’ Mustafa Ali (Pesuruhjaya PAS Terengganu) telah dihalang dari masuk ke kawasan majlis itu. Mereka termasuklah Dr Syed Azman Syed Ahmad (wakil BERSIH), Haji Muhamad Sabu (wakil PAS), Tan Sri Khalid Ibrahim (wakil PKR), YB Leong Ngah Ngah (wakil DAP) dan Haji Azmi Hamid (Teras).
6) Perbincangan dibuat antara mereka dan polis namun program itu tidak dibenarkan untuk diadakan.
7) Ekoran dari itu, ketegangan telah timbul antara polis dan orang ramai yang telah berhimpun kira-kira setengah kilometer dari tempat ceramah. Kemudiannya FRU mula menembak water canon dan gas pemedih mata ke arah orang awam secara membabibuta. Ia berterusan hingga jam 1.30 pagi.
8) Salah seorang anggota polis yang tidak beruniform didapati telah melepaskan beberapa das tembakan di tengah-tengah orang awam yang berhimpun secara aman. Ia telah terkena kepada seorang awam bernama Suwandi Abdul Ghani, 37, dan menembusi paru-parunya, Seorang lagi, Muhamad Azman Aziz, 21, telah terkena pada lehernya. Sehingga kini, Suwandi telah dipindahkan ke Hospital Kubang Kerian (dari Hospital Kuala Terengganu) untuk menerima rawatan lanjut.
9) Berpuluh-puluh orang awam telah tercedera dan empat dari mereka parah.
10) 23 dari orang awam telah ditangkap termasuk tiga wartawan akhbar tempatan. Dua dari mereka telah ditahan reman.
11)Ekoran huruhara ini, pelbagai kerosakan berlaku kepada harta awam. Ia hanya reda selepas polis meninggalkan kawasan ini kira-kira jam 1.30 pagi.
Kami dengan ini berpendirian:-
1) Peristiwa ini berlaku selepas polis melakukan provokasi dan bertindak secara tidak profesional dengan menembak gas pemedih mata dan semburan air kea rah orang awam yang sedang berhimpun..
2) Bagi menghormati keputusan polis, pihak penganjur tidak bercadang untuk meneruskan program ceramah pada malam itu dan pimpinan yang hadir sedang menyelaraskan pembatalan itu dengan pihak tuan rumah dan petugas. Pihak penganjur juga telah memaklumkan kepada polis, majlis tidak akan diteruskan. Namun provokasi yang berterusan telah dilakukan oleh pihak polis.
3) Program Bersih yang dianjurkan pada malam itu bertujuan mengajak rakyat menuntut dan memahami hak mereka dalam sebuah negara demokrasi untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan bersih. Antara tuntutan Bersih adalah penggunaan dakwat kekal, pembersihan daftar pemilih, menghapuskan undi pos dan menjamin media yang adil dan tidak berpihak.
4) Malangnya, polis telah digunakan untuk menyekat program bagi menyedarkan rakyat tentang hak mereka dalam sebuah negara demokrasi padahal polis sepatutnya menjalankan tugas untuk menurunkan kadar jenayah yang begitu tinggi sekarang ini dan menjadi masalah sebenar kepada rakyat sekarang.
5) Yang malang lagi, ada polis telah menggunakan peluru hidup dalam mengendalikan perhimpunan aman sebegini. Penggunaan peluru hidup dalam mengendalikan program sebegini adalah tidak berasas dan sangat dikesali.
6) Bagi kami polis telah gagal mengendalikan perhimpunan tersebut berdasarkan prosedur undang-undang polis sendiri. Antaranya tiada pengumuman dibuat meminta orang ramai bersurai.
Kami dengan ini menuntut:
1) Penjelasan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang juga Perdana Menteri serta Ketua Polis Negara terhadap penggunaan peluru hidup dalam mana-mana perhimpunan aman sebegini.
2) Segala perhimpunan aman yang dianjurkan oleh mana-mana badan yang sah tidak memerlukan permit polis dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak polis.
3) Polis tidak lagi diperalatkan oleh Umno/BN untuk kepentingan politik murahan mereka.
4) Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri agar bertanggungjawab sepenuhnya dalam kejadian ini.
Maka kami yang mewakili BERSIH sekali lagi menegaskan pendirian bahawa kami terus komited memperjuangkan tuntutan untuk mendapatkan demokrasi dan pilihan raya yang adil secara aman di negara Malaysia yang tercinta ini.
[Read More...]


Sampah sarap dalam Parlimen Bakri



Berikut adalah gambar yang telah dihantar kepada kami tentang masalah sampah-sarap yang mencacatkan pemandangan bandar Muar.


Di Muar terletak sebuah syarikat multinational dan terdapat auditor, pelawat dan jurutera asing datang. Tapi sayangnya keadaan bandar Muar tidaklah seindah namanya dan dikotori dengan longgokkan sampah yang menyakitkan mata.
...
Penduduk tempatan pula terpaksa menghidu bau busuk dan mengundang lalat serta penyakit. Berikut adalah gambar yang diambil di Jalan Kim Kee, laluan ke Maktab Polis dan di Taman Desa.


.



Jalan Kim Kee


..


..
..


..
..


..
..



..

..

..

..
25 Ogos, 2007



.

.
..

Laluan ke Maktab Teknik























25 Ogos 2007

..
..







Jika anda ingin berkongsi masalah sampah ditempat anda, sila emailkan ke bakriblog@gmail.com.




























































































[Read More...]


Fuel Suspension by EU to Gaza



BRUSSELS, Aug 19, 2007 (AFP) - The European Union has suspended its funding of fuel deliveries to the Gaza Strip due to security concerns, a spokeswoman in Brussels said Sunday. The confirmation came after parts of the Palestinian Gaza Strip suffered power cuts due to the lack of fuel deliveries for the impoverished territory's only working power plant. "We have temporarily suspended the fuel supplies due to security concerns," European Commission spokeswoman Antonia Mochan told AFP. "We are just going to assess the situation and we hope to resume the supplies as soon as we can," she added. The fuel supplies are funded under a temporary EU system set up to prevent direct funding to the hardline Islamist Hamas movement which seized control of Gaza in a bloody takeover two months ago. The EU executive arm's spokeswoman said that "we understand that there are enough stocks to continue production for a few days," adding that the EU was not the only fuel provider to the plant, supplying around 25 percent of its needs. "It is a decision by the commission services, the people implementing the mechanism on the ground," she said. The Israeli company Dor Alon that delivers the fuel said the EU "told us not to deliver because there is no guarantee that we will receive payment for today's fuel." It is the latest blow to hit one of the world's most overcrowded places that has been effectively sealed off by Israel since Hamas seized control, sparking fears of a humanitarian crisis. The power station -- which according to the EU produces between 25 and 30 percent of the electricity in Gaza -- shut the last of its four generators on Sunday after it did not receive fuel from Israel, its chief Rafiq Maliha told AFP. A senior Palestinian official in Ramallah told AFP the EU made its decision because of problems collecting money from Hamas -- the Islamist movement that has controlled Gaza since a bloody takeover on June 15. burs-pvh/boc Mideast-Gaza-electricity-EU
Source Islam Online
[Read More...]


Kemerdekaan Negara ke-50




Erti kemerdekaan
Individu
- Bebas dari penjajah
-
-
-
-
-
--
-
Kakitangan kerajaan:
-
Polis : Bebas dari UMNO/BN
RTM : Bebas dari UMNO/BN
BPR : Bebas dari UMNO/BN
SPR : Bebas dari UMNO/BN
-
lain-lain agensi kerajaan : Bebaskan diri anda dari UMNO/BN
-
Erti kemerdekaan selepas penjajah Inggeris ialah
Bebas dari dibelenggu UMNO/BN
-
Kesimpulannya hari ini Malaysia masih dijajah dari segi politik dan pandangan stereo-type bahawa kerajaan itu adalah UMNO/BN.
-
Kerajaan = ke-RAJA-an iaitu bekerja bersama raja bukannya untuk UMNO/BN
-
prefix:
UMNO = United Malay National Org.
BN = Barang Naik
-
kepada ahli UMNO, anda janganlah marah. Semua ini ada benarnya. Kerajaan bukan UMNO/BN. Kerajaan bererti bekerja dibawah daulat Tuanku Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong
-
Sajak ringkas:
Wahai pemimpin UMNO/BN
tukarlah aku sekarang,
aku sudah tua,
aku tak mampu lagi untuk bekerja
Tolonglah aku ingin berehat.
Tukarlah aku....."
Nukilan nuri di angkasa
-
Komen dari pembaca amat dialu-alukan.
[Read More...]


Isu sampah sarap




Berikut adalah maklumat dari orang awam tentang keadaan sampah sarap yang tidak terurus oleh pihak yang berkenaan.

Sampah sarap diletakkan ditepi jalan di jalan masuk ke Maktab Teknik dan Jalan Kim Kee.
Adalah diharapkan pihak MPM mengambil tindakan yang sewajarnya.

Jika sesiapa yang ada mengambil gambar, sila hantarkan kepada kami melalui email yang tertera dibawah.

bakriblog@gmail.com
[Read More...]


Kitar Semula



Assalamualaikum,

Jika anda mempunyai barang-barang lusuh yang ingin dibuang seperti surat khabar, besi buruk, kotak dan botol plastik, sila hubungi kami di 016-6400183.

Bersama kita menjaga alam sekitar.
[Read More...]


PEMBERITAHUAN



Syukur alhamdulillah kerana lubang di atas jalan di jambatan ke-2 telah ditampal
[Read More...]


Maklumat Masyarakat



AWAS !
Jika anda pengguna jambatan kedua Sg.Muar, terdapat satu lubang di atas jalan. Kepada semua pengguna dari Tangkak dan Melaka sila berhati-hati terutama kepada motosikal lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Kepada pihak yang berkenaan sila ambil tindakan sebelum berlaku kemalangan.
Untuk makluman sudah lebih seminggu tanpa ada apa-apa tindakan untuk memperbaiki jalan tersebut. Cuma yang ada kon yang berubah sebab dilanggar oleh kereta atau lori.
Takkanlah nak keluarkan tender kot?

Kepada pengguna yang telah terjatuh atau terlanggar kon, kami amat berterimakasih jika anda boleh menyumbang keperihatinan anda ke blog ini.

Maaflah ya.... Bukannya apa, ini melibatkan keselamatan pengguna jalanraya yang telah membayar cukai jalan.
Jadi sila ambil tindakan.
[Read More...]


Tips Temuduga Kerja



Assalamualaikum!

Berikut adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan dari majikan yang pernah ditemuduga. Ia mungkin berbeza antara majikan dengan majikan yang lain.

Persiapan
Sebelum pergi temudaga, pastikan anda membuat "searching" dari internet, pekerja syarikat tersebut atau sesiapa yang mengetahui operasi syarikat tersebut. Ini adalah untuk persediaan awal supaya anda tidak kaku atau "blank".


Persiapan diri
Pakaian hendaklah kemas dan pakailah tali leher supaya anda kelihatan bersedia dan berminat. Para majikan mempunyai pandangan pertama pada gaya kita iaitu dari segi pakaian. Jika pakaian kita tidak kemas, pasti mereka mempunyai pandangan yang negatif terhadap kita. ELAKKAN.


Datang awal.
Sebelum tiba hari untuk ditemuduga, digalakkan anda pergi dan dapatkan suasana persekitaran, tempat letak kereta atau motorsikal, waktu kerja bermula dan sebagainya.
Pada hari temuduga, anda dinasihatkan datang awal supaya tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti terpearangkap dalam kesesakan jalanraya, tidak letih dan kelam kabut dan sebagainya. Oleh itu datanglah AWAL



Bahasa Temuduga
Majikan swasta - English
Kerajaan - B.Melayu atau English bergantung kepada penemuduga.

Adalah lebih baik anda menguasai bahasa Inggeris supaya dapat menjawab soalan dengan lancar dan jelas.

Suara perlu dijaga tonasi, tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Ton suara janganlah satu nada nanti kemungkinan penemuduga berasa bosan.
Jika anda dapat mengawal suara dengan ton suara yang menarik, Insya-Allah majikan berminat malah mungkin anda ditemuduga dalam masa yang agak lama.

Buat solat hajat dan tawakal kepada Allah. Jika berjaya buatlah sujud syukur.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hantar ke email bakriblog@gmail.com

[Read More...]


Being Muslim in the Big Leagues



By Reading Islam Team


Ryan Harris, the player in the Denver Broncos, reverted to Islam at the young age of eight when he was taught about Islam in the social studies class.

Being born into a Unitarian family made him find similarities between Islam and his original belief.

"I was in the social studies class and the teacher was talking about Islam. It really cloned to me, the foundations of peace and understanding. It may not be for other people and that's fine," Harris says.
Now, Harris is thinking of pursuing a career in politics, which he thinks is a great platform that affects a lot of peoples' lives.
[Read More...]


Menjernihkan persepsi palsu terhadap PAS



Roslan Shahir Mon Jul 09, 07 11:56:00 AM
Petang semalam sekumpulan tujuh orang siswa Amerika dari American University, Washington DC telah mengunjungi Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Mereka diketuai Profesor Pek Koon Heng, dari School of International Service universiti berkenaan.

Tujuan kunjungan mereka adalah bagi mendapatkan input dari pimpinan PAS berkenaan dengan dasar dan perjuangan PAS.
Sebelum ini rombongan tersebut telahpun mengunjungi Pejabat Umno di PWTC, Bangunan Parlimen, Institut Kajian Dasar dan Strategi ISIS, Tenaganita dan Sisters in Islam.
Di Pejabat Agung, rombongan tersebut telah disambut dan diraikan oleh Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan Pengerusi Pusat Penyelidkan PAS Pusat (PPP), Dr Dzulkifli Ahmad. Saya turut hadir menyaksikan perbincangan yang saya anggap sungguh ilmiah dan menarik itu.
Rata-rata mereka sebagaimana kebanyakan orang asing malah termasuklah rakyat tempatan sendiri memiliki persepsi yang negatif terhadap PAS. PAS yang mereka kenal adalah satu kelompok ekstrimis, yang sukar dibawa berbincang dan lebih malang lagi anti-Amerika, anti-Barat dan anti bukan Islam.
Padam persepsi buruk
Kedua-dua Dr Hatta dan Dr Dzul telah mengambil masa memberikan penjelasan tentang kedudukan sebenar PAS dan cuba memadam persepsi palsu yang telah berjaya dilonggokkan oleh pihak media termasuklah pihak BN terhadap PAS.
Satu perkara yang telah dilontarkan kepada perwakilan asing ini adalah bahawa PAS sejak penubuhannya sehinggalah ke hari ini merupakan parti politik yang berdaftar menurut peruntukan Perlembagaan dan undang-undang negara, dan sepanjang usianya bergerak dalam kerangka mendaulat dan menghormati amalan demokrasi yang diguna pakai dalam negara berdaulat ini.
Memang PAS bercita-cita untuk memperolehi kuasa namun ia dilakukan menurut tuntutan dan lunas demokrasi.
Rupa-rupanya mereka yang hadir itu sememangnya akur dan mengiktiraf hakikat tersebut, cuma mereka sekadar mahu mendengar dan mendapatkan kesahihannya itu terus dari PAS sendiri.
Mudah-mudahan mereka, walaupun satu kumpulan yang kecil, nanti akan membantu menjernihkan persepsi palsu terhadap PAS agar ianya tidak lagi disamakan dengan amna-mana kelompok yang ditakuti dan dibimbangi oleh pihak Barat.
Saya agak terpegun apabila Profesor Pek secara jujur menyatakan bahawa mereka melihat yang PAS sesungguhnya merupakan agen penting dalam melahirkan kestabilan dan kemanan dalam negara ini.
Di Indonesia, Selatan Thai dan Selatan Filipina, menurut beliau, gerakan Islam dilihat ganas, militan dan ekstrimis sehingga ia menggugat tanggapan masyarakat luar terhadap Islam itu sendiri.
Berbeza di Malaysia, PAS walaupun sebuah gerakan Islam tetapi ia bergerak berdasarkan peruntukkan undang-undang dan peraturan negara.
Malah, kata profesor itu lagi (yang pernah mengajar bersama Dato' Kamaruddin Jaafar satu waktu dahulu), beliau pernah menerima taklimat oleh satu jabatan kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal keselamatan negara dimana dalam taklimat itu pegawai yang bertanggungjawab telah menyatakan yang PAS sama-sekali tidak terlibat dengan mana-mana gerakan atau aktiviti militan dan terorisma di negara ini.
Banyaklah soalan dan penjelasan yang telah diminta oleh siswa dan profesor dari Amerika Syarikat itu. Dan saya melihat mereka seakan berpuas hati dan senang dengan jawapan-jawapan yang diberikan termasuklah dalam isu Negara Islam, Hudud, murtad, poligami serta perancangan PAS jika diberikan kuasa.
Maklumat sebenar
Kesimpulannya, saya melihat banyak pihak telah mula terpanggil untuk mendapatkan maklumat sebenar berkenaan PAS. Mereka mula mempertikai dan tidak meyakini sumber maklumat yang mereka terima selama ini kerana pada asasnya PAS sebagaimana gerakan Islam lain yang mengambil pendekatan politik berpilihan raya ternyata berbeza dari kumpulan yang lain-lain.
Dan saya yakin perubahan ini juga sedang berlaku dalam negara. Majlis-majlis forum, diskusi dan malah program-program kebajikan PAS telah mula membuka mata dan hati rakyat terhadap PAS yang sebenar.
Jika pimpinan dan ahli-ahli PAS terus komited mempertingkatkan program-program "engagement" dan penerangan seumpama ini, tidak mustahil hasilnya nanti akan menguntungkan perjuangan Islam.
Rombongan para siswa dan Profesor American University itu dijadualkan mengunjungi Kelantan dalam waktu terdekat ini.
Maka semakin terbukalah minda mereka terhadap PAS apabila mereka mendarat dan melihat sendiri apa yang sedang berlaku di satu-satunya negeri yang dikuasai PAS itu.
Masa untuk perubahan telah sampai, atas kitalah untuk menyelam dan mengharunginya.
* Roslan Shahir bin Dato' Mohd Shahir adalah Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS. Ini merupakan artikel pertama untuk dimasukkan dalam kolumnya, "Menongkah Arus".
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors