Malangnya menjadi ahli Umno yang miskin daif !



Dari Blog al-Banjari

Jika anda tidak mahu menerima nasib malang, jangan miskinkan diri dan keluarga anda di Malaysia. Bukan pula semua warga miskin bernasib baik dan dibela. Slogan terus berganti slogan untuk bantu orang miskin. Hakikatnya ia tidak lebih sekadar dari retorik. Mungkin ada kejujuran dipihak kerajaan, tetapi bagaimana pula perlaksanaannya kepada kumpulan sasar ?

Edisi Bongkar malam ini, menampilkan 1 daripada beberapa mangsa tolong ala kadar. Mangsa yang memegang keahlian parti Perikatan atau lebih dikenali sebagai ahli Umno. Keluarga daif ini tinggal di dalam DUN Titi Serong yang diwakili oleh Drs. Khalil Idham Lim. Jika keluarga ini memegang keahlian PAS, adakah bantuan itu juga akan sampai dan dibantu ? Jangan harap !

Bila membaca artikel diatas, rakyat khususnya golongan miskin tegar pasti gumbira. Bukan sedikit peruntukan daripada dana rakyat digunakan oleh kerajaan. Banyak. Itu belum dicampur lagi dengan Pakej Rangsangan ke-2 Ekonomi yang dibentangkan oleh PM 1Malaysia baru-baru ini. Cukuplah kita sandarkan kepada peruntukan RM51.4 juta tu dulu.

Ironinya, sehari sebelum sambutan aidil adha, saya dikejutkan dengan sembang keras di sebuah warung. Sembang keras itu menarik perhatian saya. Oleh kerana saya juga duduk dimeja yang sama, tentulah apa yang dibualkan itu cukup jelas dan terang untuk difahami. Ringkasnya, bualan pagi yang menyentuh hati. Ada suara yang agak radikal dalam nada menyuruh untuk memaklumkan hal ini terus ke akhbar Sinar Harian edisi Perak. Tujuan dan niatnya untuk menunjukkan betapa rakusnya 'mereka-mereka' itu mempergunakan orang miskin untuk mengumpul kekayaan. Macamana tu ? Kena baca sampai habislah..!
Lihatlah foto diatas. Daif sungguh rumah ini. Tentu tidak sama jika mahu dibandingkan dengan mahligai yang didiami oleh Khir Toyo mahupun oleh seorang ustaz yang punya mahligai bernilai RM1.5 juta di Kuala Lumpur. Jika mahu dibandingkan dengan kos ubahsuai rumah MB yang didiami Zambry kini, tentu juga tidak sesuai. Jauh panggang dari api. Inilah nasib orang miskin.Sudah hampir sebulan rumah ini dibiarkan begitu.

Sedihnya menjadi ahli Umno ! Mengapa ? Kerana dari apa yang dimaklumkan, rumah ini adalah rumah yang dipilih oleh (?) dan diberi 'title' layak menerima bantuan baik pulih rumah yang bernilai RM5 ribu itu. Menurut tuan rumah, Encik Abdullah bin Mat Nor, 70 tahun beliau telah didatangi oleh beberapa orang dari (?)yang memberitahu bahwa rumahnya terpilih dalam senarai bantuan baik pulih rumah. Seronok bukan main orang tua tu. Yelah..rumahnya yang hampir menyembah bumi, dengan bumbung rumah berlubang merata tempat, dinding rumah yang papannya sudah reput dimakan anai-anai, lantai rumah yang sudah usang, lihat saja foto dibawah, mungkin ia lebih upaya menceritakan dengan terperinci disini.


Dengan peruntukan yang dijanjikan, namun hakikat sebenarnya pakcik yang miskin ini tidak tahu pun berapa jumlah sebenar bantuan tersebut. Sumber yang diperolehi dari YB Idham Lim, peruntukan itu sebenarnya adalah sebanyak RM5 ribu untuk tujuan baik pulih rumah. Namun apa yang pakcik dan makcik miskin ini perolehi ialah,1) Bumbung zink baru, yang berjumlah lebih kurang 40 keping.2) Papan dinding rumah dibuka, tetapi tidak diganti. Lalu dibiarkan begitu sahaja. Deritanya bila hujan, satu rumah basah dan dimasuki air.

Dah hampir 2 minggu kawasan DUN ini basah dengan hujan, maka sudah 2 minggu jugalah mereka tidak dapat tidur malam kerana air hujan yang masuk ke rumah mereka. Ketika menceritakan detik getir ini, pakcik tua itu menangis. Menangis kerana di'bantu' begitu oleh kerajaan BN, yang beliau menjadi ahlinya sejak tahun 60an lagi.

3) lantai rumah yang reput dan uzur juga tidak diganti. Malah susunan papan lantainya dibiarkan jarang-jarang. Rujuk gambar diatas.Keadaan ini telah berlalu hampir sebulan lamanya. Rumah yang tidak sempurna dindingnya, malah lantainya juga tidak diganti. Bumbung rumah yang tidak siap sepenuhnya. Maka dari apa yang saya buat tinjauan keatas keluarga miskin dan daif ini, sahlah mereka telah menjadi mangsa projek 'ala kadar'. Logikkah baik rumah ini menelan belanja RM5 ribu ? Mustahil sungguh. Jika anda tidak mahu punya nasib begini, jangan gatal-gatal jadi ahli Umno. Lihatlah sendiri, apa yang mereka buat kepada ahli mereka sendiri ?Ketika tinjauan dibuat, keluarga miskin ini sedang sibuk mengelap lantai rumahnya yang basah kuyup dengan sekeping kain pelikat lusuh. Sungguh sebak melihat penderitaan mereka. Cuba pembaca bayangkan, seorang pakcik yang berusia 70 tahun, yang berjalan pun hanya dengan bantuan tongkat, berusaha bersama isterinya yang juga tua, bisu dan pekak merangkak-rangkak mengelap lantai. Saya cukup terkesan dengan pemandangan ini. Walaupun beliau seorang ahli Umno yang setia dengan partinya, atas nama kemanusiaan dan islam, tidak terdaya untuk membiarkan mereka terzalim begitu rupa. Sungguh menyedihkan !Hampir 1 jam saya berada disitu, membantu apa yang patut sebelum beredar, sempat saya bertanya kepada pasangan miskin tua ini, tentang sumber pendapatan mereka meneruskan kehidupan. MasyaAllah..mereka hidup atas ehsan jiran tetangga.

Mereka tidak punya pendapatan. Ketika makcik tua itu datang dengan susah payah bersama teko plastik yang sudah lusoh, dan hanya berisikan air kosong (air parit sebenarnya, kerana keluarga ini tidak ada kemudahan bekalan air paip) yang hanya dipanaskan diatas bara kayu api, suam-suam kepada saya, cukup buat hati saya menjadi sebak. Hanya ini saja yang ada, untuk mereka sajikan buat tetamu. Biarpun saya menolak beberapa kali. Namun akhirnya airmata saya yang tumpah. Saya tewas bila melihat derita orang miskin lagi daif ini, lebih-lebih lagi bila keluarga ini di'malang'kan oleh mereka yang rakus dan tidak melaksanakan amanah yang diberikan. Mencari kekayaan dari penderitaan orang miskin.

Bermoralkah caranya itu ?Foto diatas adalah bilik air keluarga miskin ini. Mungkin saudara dapat melihat bathtube didalamnya. Diharap kepada orang-orang Umno yang membaca artikel di blog wak ini, hulur-hulurkanlah bantuan yang patut. Andai dalam tempoh 14 hari dari sekarang, tiada tindakan yang dilakukan keatas warga tua miskin daif ini, maka wak yang akan berusaha mencari sumber dana menyiapkan rumah mereka agar kehidupan warga tua yang pada usia itu dapat dirai dan digembirakan, seterusnya dapat membuat ibadah sebelum dijemput kematian. Jika perlu wak akan minta bantuan Unit Amal kelak untuk membaiki rumah ini secara gotong royong. Nak harap orang Umno, hangpa lihatlah sendiri, apa yang mereka buat kepada ahli mereka. Ahli otai mereka sendiri. Keterlaluankah jika wak katakan disini, bahwa tindakan itu sungguh ZALIM ?

(*) Soalannya disini, perlukah kita berharap Umno boleh membantu orang melayu dan islam ? Artikel ini telah memberi jawapan tepat untuk pembaca.

Untuk melihat gambar rumah sila klik link dibawah.

Sumber: Klik disini


Responses

0 Respones to "Malangnya menjadi ahli Umno yang miskin daif !"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors