Bukit Antarabangsa: Jangan biarkan Pusat bersembunyi di belakang OSA



SHAH ALAM, 30 Nov:

Kerajaan Negeri Selangor tidak bersedia untuk membenarkan Kerajaan Pusat bersembunyi di sebalik Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan terus menafikan hak penghuni Bukit Antarabangsa dan orang ramai bagi mendapatkan maklumat sebenar berikutan kejadian tanah runtuh di kawasan itu.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya hari ini berkata, kerajaan negeri akan mencari jalan bagi memboleh maklumat itu didedahkan sepenuh."Pada masa sama, pihak perundangan Kerajaan Negeri sedang mengkaji beberapa peruntukan lain untuk mengubah status dokumentersebut sekiranya Kerajaan Pusat terus menafikan permohonan Kerajaan Negeri ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Khalid memaklumkan, kerajaan negeri telah mengeluarkan laporan mengenai kejadian tanah runtuh itu dari dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Namun, pihak kerajaan pusat membantahnya kerana ia terletak di bawah bidang kuasa mereka bukannya kerajaan negeri.Sehingga kini, laporan akhir kajian tentang punca kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa belum pun didedahkan kepada umum. Ekoran itu Kerajaan Selangor berasa sangat kecewa kerana hasratnya untuk mengubah status laporan tersebut (to declassify) tidak mendapat sokongan Kerajaan Pusat. Kerajaan Negeri dan agensinya Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sudahpun menghantar surat kepada Kementerian Kerja Raya dan Kabinet Kerajaan Pusat memohon kebenaran untuk mengeluarkan laporan kepada umum tetapi sehingga hari ini, belum menerima jawapan.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menegaskan pendiriannya sekali lagi bahawa Kerajaan Pusat mesti mendedahkan laporan tersebut demi kepentingan umum, terutamanya kepada penghuni Bukit Antarabangsa.Laporan tersebut yang disediakan oleh Jabatan Cerun Bukit Kementerian Kerja Raya, dilaporkan sudahpun diserahkan kepada Majlis Perbandara n Ampang Jaya pada September lalu tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri. Hanya pada November ini Kerajaan Negeri dimaklumkan mengenai laporan tersebut.
Oleh sebab laporan itu menyentuh isu tanah, iaitu dalam kuasa undang-undang Kerajaan Negeri, maka Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Kerajaan Negeri (MMKN) pada 18 November 2009, bersetuju menggunakan kuasa Menteri Besar menurut Seksyen 2C Akta Rasmi 1972 untuk mengubah status dokumen tersebut (to declassify the document)."Dengan ini diberi penegasan di sini bahawa Ahli-Ali MMKN (EXCO) bersetuju mengambil tanggungjawab penuh terhadap keputusan pengubahan status laporan tersebut.
"Pegawai-pegawai lain Kerajaan Negeri pula tidak dilibatkan dalam usahamembuat keputusan tersebut, dan dengan yang demikian, mereka tidak bolehdikenakan tindakan undang-undang. Maka dalam hal ini, Kerajaan Negeri memberi jaminan untuk melindungi kesemua pegawainya daripada apa-apa tindakan undang- undang, jika ada, yang berkaitan dengan isu ini," kata Khalid dalam kenyataannya.Kerajaan Negeri, katanya, sedang melakukan segenap usaha bagi memastikan badan-badan dalam Kerajaan Pusat memberikan kebenaran untuk mendedahkan apa-apa laporan kepada orang ramai.
Sumber: Harakahdaily
Kata kambeng, "Masakan pokok bergoyang kalau tidak ada angin"


Responses

0 Respones to "Bukit Antarabangsa: Jangan biarkan Pusat bersembunyi di belakang OSA"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors