Kg.Rimba Jaya Selangor 2007
Denai Pinggiran, Johor 2010
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk penahanan Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman. Penahanan beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub petang semalam merupakan penahanan politik. PAS melihat bahawa beliau menjadi mangsa atas daya usahanya yang memimpin peneroka Felda dalam Persatuan Anak yang berjuang untuk mempertahankan hak para peneroka. Penahan ini juga dilihat sebagai usaha untuk menakut-nakutkan para peneroka lain agar tidak memberikan kerjasama atau menyertai Anak ini.
Felda-Talian Hayat Umno
Felda sebenarnya menjadi ‘anak emas’ Presiden Umno yang kini menjadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan mempunyai lebih dari 113,000 orang peneroka (Tidak termasuk keluarga mereka), Felda merupakan talian hayat terakhir bagi Umno dibeberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada Pilihanraya lalu.
PAS berjaya menembusi Pahang di DUN Semantan dan Berserah, dimana kedua-duanya bukanlah kawasan Felda dan Umno masih boleh menang selesa di Pahang kerana bantuan pengurusan Felda yang menyekat masyarakat Felda menerima informasi yang betul.
Kezaliman Felda
Felda yang dulunya adalah satu projek perladangan untuk menjana ekonomi rakyat dibawah program DEB kini diuruskan oleh Syarikat milik Kerajaan iaitu FELDA Holdings yang memiliki lebih 60 buah anak syarikat yang beroperasi di dalam dan luar negara. Pada tahun 2008 jumlah hasil perniagaannya mencecah jumlah RM15.4 bilion.
Walaupun pendapatan Felda Holding begitu besar, namun peneroka menjadi mangsa bila mana Peneroka tidak dibenarkan menanam semula sendiri kelapa sawit. Mereka diberikan hutang untuk membayar semua kerja ini yang diswastakan kepada anak syarikat Felda Holding iaitu Technoplant.
Selain itu, Felda melakukan pelbagai strategi bagi memaksa peneroka menyerahkan tanah mereka. Felda Plantations menawarkan mereka untuk menjadi pemegang saham dengan kadar bayaran pulangan bulanan adalah RM 1,500-RM 2,100 tanpa perlu bersusah payah bekerja diladang seperti dahulu. Namun mereka yang bersetuju dipaksa membuat pinjaman kos menanam semula kebun dan membina rumah baru. Jumlah hutang ini sekitar RM70,000-RM 90,000 sedangkan mereka yang menolak masih mampu hidup tanpa hutang dengan hasil sekitar RM 4,000-RM 7,000 sebulan.
Itu adalah sebahagian kecil fakta yang menjadi rintihan peneroka Felda. Namun, usaha membongkar lebih banyak penindasan semakin cuba dihalang. Umno juga dilihat mempergunakan sentimen Melayu bagi menghasut peneroka menolak Anak, walhal Pengerusinya sanggup ke penjara untuk perjuangkan masa depan mereka.
PAS menyokong perjuangan Anak dan mahu hak peneroka Felda untuk bersuara tidak disekat. Peneroka Felda bukan banduan, mereka adalah rakyat yang merdeka dan berhak untuk bertemu sesiapa yang mereka suka. Jadi tidak ada salahnya jika Mazlan ingin bertemu mereka. Dan sebagai Pengerusi Anak, beliau berhak untuk meninjau ahli-ahlinya disemua kawasan kerana hak untuk berpersatuan dijamin oleh perlembagaan negara ini.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
SHAH ALAM 10 MAC: Walaupun mengajak semua pihak bersatu dengan mengambil tragedi Natrah sebagai contoh, pimpinan Umno sebenarnya lepas tangan dalam memperjuangkan akidah gadis Belanda itu.
TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lepas membuat ulasan tentang TGNA. Beliau mengatakan TGNA tidak hormat mufti. Mari kita perhatikan adakah fatwa yang dikeluarkan dihormati oleh pemimpin Umno ???









KOTA BARU, 7 Mac — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terkilan dengan Tan Sri Harussani Zakaria Khamis lalu yang mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan syor membentuk kerajaan perpaduan di negeri itu, yang telah ditolak PAS tahun 2008, sambil menyifatkan Mufti Perak itu bertindak macam “ejen” Umno.”
Menteri Besar Kelantan itu berkata sekiranya Harussani berpandangan Islam dan politik harus selari, tetapi dalam masa yang sama terus melibatkan jubah muftinya dengan politik bererti beliau telah menjadi ejen.
“Dan dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen Umno. Kemuliaan seorang mufti hilang kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.
“Saya kira, seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa),” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.
Nik Aziz meluahkan perasaan itu ekoran tindakan Harussani yang menyebut namanya secara terbuka di hadapan khalayak pada program tersebut yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) minggu lalu.
Harussani mendakwa PAS bersikap angkuh dengan menolak syor agar dibentuk kerajaan campuran di negeri itu pada 2008 selepas pilihan raya umum ke-12.
Beliau mendakwa PAS Perak menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.
“Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (Umno) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).
“Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.
“Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.
“Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai,” kata beliau dipetik akhbar tempatan.
Nik Aziz menambah hendak menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.
“Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan,” katanya.Beliau memberitahu mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang.
“Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik oleh seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika,” katanya.
Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz tidak mengesahkan dakwaan Harussani bertemunya sebaliknya hanya bertanya “tidakkah tindakan Harussani itu membuktikan keterlibatannya dengan politik?”
Tegasnya, jika mufti sendiri sanggup melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik.
“Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar.
“Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah Umno.
“Jika Mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS,” katanya.
Ingatkah anda cerita Kg Plentong Tengah di Johor? Sebelum PRU12 banyak rumah-rumah orang Melayu telah di Selangor dah dirobohkan....


sabaydaily.com
| WebTV (Auto Channel) |
|
|||||
|
|
Return to top of page
Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors