Imej blog: PAS K'tan buat laporan polis



PAS Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung ilustrasi grafik yang bersifat provokatif membabitkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah laman blog.

Setiausaha Keselamatannya Mejar (B), Mohamad Ibrahim membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pukul 12 tengah hari.

Beliau diiringi 20 anggota PAS termasuk Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Hisham Fauzi.

Sumber: Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/124118)

Mengulas tentang cerita diatas, saya pun ada menerima gambar yang tidak ada sopan TG Dato'Nik Aziz dan DS Anwar Ibrahim. Malah kalau anda masuk dalam FB tertentu akan jumpa juga gambar yang bukan budaya orang Islam.

Inikah pendidikan yang diterapkan ? Inikah bakal-bakal penganti generasi sekarang? Mereka hanya tahu membaca RUKUN NEGARA tapi tidak mempraktikkan.... KESOPANAN & KESUSILAAN. Kalau bahasa jangan cakaplah, bahasa yang kasar lagi lucah... semoga mereka ini diberi petunjuk dari Allah.


Responses

0 Respones to "Imej blog: PAS K'tan buat laporan polis"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors