- Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu dengan mengurangkan kuasa raja-raja melalui pindaan perlembagaan pada tahun 1987.
- Melemahkan sistem kehakiman Negara dengan mengugurkan hakim yang berwibawa semata-mata ingin menutup kelemahan kerajaan pimpinan UMNO sendiri.
- Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yg majoriti orang Melayu pada tahun 1999 ketika Terengganu diperintah oleh PAS
- Memperkenalkan PPSMI; dan menidakkan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam proses pengajaran sains dan matematik.
- Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu Islam.
- Memperkenalkan sistem meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
- Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa untuk anak-anak Melayu.
- Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
- Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoritinya orang Melayu.
- Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu dengan konsep Islam yang sebenar iaitu Hadharah Islamiyah
- Menyenarai awamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
- Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekali gus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
- Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani , 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
- Mewujudkan Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.
- Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
- Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan kepada usahawan-usahawan Melayu.
- Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekali gus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputera.
- Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika dulu dalam syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang pernah didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Paduka Husam Musa
- Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004
- Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara tidak bermoral pada Februari 2009.
sabaydaily.com
Labels: Apa Umno dah buat
Responses
0 Respones to "20 Pengkhianatan Umno Terhadap Orang Melayu"
Catat Ulasan