17 Mei, 2009
Tugas utama Umno dalam senario politik negara kini adalah "mengubati hati" orang Melayu agar kepercayaan mereka terhadap parti itu kembali pulih.
Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd Datuk A Kadir Jasin berkata jika ia tidak terubat, Umno tidak mungkin boleh kembali kepada keadaan asal dan disokong orang Melayu, malah untuk kekal di tahap sekarang mungkin menjadi lebih sukar.
Sumber: malaysiakini
Itu antara komen dan "post mortem" yang telah dibuat oleh Umno untuk memenangi kembali kepercayaan orang Melayu. Saya rasa "sceptical" sebab bukan setakat pemimpin atasan yang "menyakiti" hati orang Melayu malah pemimpin tahap JKKK dan cawangan juga begitu.
Saya amat berharap Umno ini ambillah Islam terlebih dahulu sebab dah banyak kerosakan yang dibuat oleh mereka.
Dadah - ramai penagih terdiri dari orang Melayu Islam, rasa isu dadah ni dah lama tapi sampai sekarang kadar yang menagih seolah-olah "ada penganti" dengan penagih lama (succesor).
Mat Rempit - juga orang Melayu, apa tindakan mereka? Kena tanya pada Putera Umno apa "progress" yang dah dapat.?
Biasiswa - dulu ada sekarang ? Siapa yang menghapuskan? Kunun tak nak bagi tongkat supaya lebih "independant". Tapi usahawan-usahawan dari kumpulan pro Umno dapat lak "tongkat" .
Tanah Rezab Melayu - Umno perlu bertanggungjawab sepenuhnya terutama di Pulau Pinang & Perak. - Kanun Tanah Negara (cari sendiri). Mengapa tanah-tanah ini tidak diganti? Kes tanah yang diambil dengan menggunakan akta ini contoh di Kerpan Kedah dan Tangga Batu Melaka.
Sekolah Agama Rakyat - satu-satunya institusi untuk mendidik anak kita perningkat awal juga dinafikan geran. Siapakah yang bertanggungjawab? Apakanama... Ada orang Umno yang menentang ?...
dan banyak lagi....
Responses
0 Respones to "Umno nak ubati hati orang Melayu"
Catat Ulasan