Komen pembaca dari bloggers



Komen pembaca blog Dato' AKJ

Assalamualaikum,
PM Mohd.Najib dengan sewenang-wenangnya menyalahkan pihak pembangkang apabila berlaku kekecohan dalam sidang DUN Perak.
"Pembangkang tidak mengikut undang-undang," katanya.

Saya nak tanya: Timbalan Speaker merampas kuasa daripada Speaker yang berwibawa dan sedang menjalankan tugas dan tanggungjawabnya itu mengikut undang-undang ke? Pelantikan Ganesan sebagai speaker baru secara haram itu mengikut undang-undang ke? Polis mengusung keluar Speaker V.Sivakumar untuk dkurung dalam sebuah bilik selama beberapa jam tu mengikut undang-undang ke?

PM Mohd.Najib jangan memperbodoh rakyat. Anda nampaknya berfikiran Melayu totok; tidak berfikiran Islam. Anda telah gagal dalam PKI mengikut ukuran saya.
Maaf.

Wassalam


Anak Malaysia said...
Dato' ,Tragedi 7 mei 2009 akan menjadi titik hitam buat BN yang memerintah negara, tarikh ini akan membangkitkan kebencian rakyat jelata bukan sahaja di Perak tetapi di seluruh negara bilamana BN menggunakan jentera yang di milikinya untuk mencabul dewan legislatif dan undang-undang untuk menghalalkan cara.Rakyat Malaysia pasti tidak akan melupakan peristiwa hitam ini dan akan menterjemahkan dalam PRU 13.
Slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" hanya sekadar slogan, BN sepatutnya menyerahkan suara keramat rakyat untuk memilih semula kerajaan Perak dan akur dengan apa jua keputusan pilihan rakyat.Terbukti BN yang selama ini menempelak PR dengan demontrasi jalanan menggunakan jentera kerajaan untuk menjadi samseng yang buas membelasah speaker yang sah dalam DUN Perak.
Rakyat dan pengundi tidak dapat menerima hakikat bahawa kerajaan BN adalah kerajaan gangster, tetapi semalam (7/5/2009) membuktikan bahawa BN memang samseng.Dunia melihat kejadian semalam dengan menjadikannya bahan lawak semasa. Kalau dulu kita hanya melihat MP Taiwan yang bertumbuk dan bercakaran tetapi tidak melibatkan rampasan kuasa, di Malaysia penduduk dunia melihat orang-orang Malaysia lebih ganas dan buas bila menghumban speaker yang sah dan mengurungnya seperti binatang, undang-undang rimba yang dipelopori oleh BN amat memalukan Malaysia.
Sekiranya PM Najib tak akan sempat membersihkan kotoran semalam sebelum PRU 13, BN pasti dihumban oleh rakyat sepertimana Sivakumar dihumban oleh "pegawai" BN.Amat memalukan.... rakyat akan mengenang sejarah hitam demokrasi di Malaysia.....ia akan terus dikenang....
"KEMBALIKANLAH KUASA RAKYAT"
ANAK MALAYSIA


Responses

0 Respones to "Komen pembaca dari bloggers"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors