Malam tadi hujan turun renyai-renyai. Pasukan Pas Bakri bergerak ke tapak ceramah di Parit Medan pukul 9 malam. Sepatutnya ceramah ini hendak diadakan di Naib Kadir, Bakri tapi oleh kerana permit tidak diluluskan terpaksa dipindahkan di Parit Medan.
Malam itu terdapat ramai penceramah terdiri dari Pakatan Rakyat dan AJK GMP (Gerakan Mansuh PPSMI). Sebagai bapa, kami amat risau tahap pencapaian pelajar-pelajar Melayu untuk matapelajaran Matematik dan Sains. Cuba bayangkan, kalau bahasa Melayu pun soalan perlu dibaca berkali-kali untuk difahami kehendak soalan, sekarang tukar pulak ke Bahasa Inggeris. Rasanya banyak masa yang perlu dihabiskan untuk membaca soalan dan memahami kehendak soalan. Semalam juga saya berbual dengan rakan sepejabat kisah anaknya, menurut beliau sewaktu memeriksa kertas soalan, bahagian pertama (soalan objektif) dapat menjawab tapi bila tiba bahagian subjektif tak jawab..
Jika betullah Umno memperjuangkan semangat Melayu yang selalu kita dengar, mengapa mereka tidak melakukan sebarang tindakan apabila bahasa Melayu ditukar ke bahasa penjajah untuk matapelajaran matematik dan sains. Nampak sangat mereka (org Umno tak semua tapi kebanyakan) berdiam diri apabila bahasa MELAYU dinafikan sebagai bahasa ilmu (Matematik & Sains).
"Kembalikan pendidikan matematik dan sains dalam bahasa Melayu"
Responses
0 Respones to "Ceramah Hj Mat Sabu & Dato' A.Samad Said"
Catat Ulasan