Hampir RM 1 Juta setahun 'biayai' tiga penasihat Perak



KUALA LUMPUR, 13 Feb : -

"Jumlah tersebut termasuk gaji bulanan RM15,000, elaun percutian (RM20,000), sebuah kereta berserta pemandu, elaun bayaran bil bulanan (RM1,000), elaun pakaian bulanan (RM3,500) dan lesen untuk memiliki senjata api."

"Bagi jumlah keseluruhannya, kerajaan negeri akan berbelanja sebanyak RM720,000 setiap tahun untuk membayar gaji dan elaun tiga penasihat tersebut."Demikian dinyatakan Exco Kerajaan Negeri Perak , Nga Kor Ming yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Perak, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir yang dituduh menyalah guna kuasanya dengan melantik tiga orang penasihat yang bertaraf exco.

Menurut Nga setiap penasihat tersebut akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM240,000 setahun. "Tidak terdapat sebarang peruntukan dalam perlembagaan negeri Perak yang membenarkan pelantikan seumpama itu dibuat dan ia adalah wang rakyat," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut semalam. Beliau diiringi oleh ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim masuk ke Pejabat SPRM.

Turut hadir ialah Pengerusi DAP Perak yangh juga Exco Kanan Kerajaan Negeri, Dato' Ngeh Koo Ham , ADUN Pakatan Rakyat dan para penyokong parti tersebut.Semalam, Dr Zambry melantik tiga orang penasihat dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri. Keempat-empat mereka akan mendapat imbuhan sama seperti ahli exco kerajaan negeri yang lain.Mereka terdiri daripada Dato' Mohd Najumuddin Elias yang dilantik sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama Islam; Dato' Chang Ko Youn (Penasihat Hal Ehwal Kaum Cina), dan Dato' S Veerasingam (Penasihat Hal Ehwal Kaum India) manakala Dato'Hamdi Abu Bakar dilantik Ketua Penerangan Kerajaan .

sumber: Klik disini


Responses

1 Respones to "Hampir RM 1 Juta setahun 'biayai' tiga penasihat Perak"

Blogging untuk PR berkata...

Yg Tewas dijadikan penasihat macam Sharizat dari LEMBAH PANTAI:

N57 - SUNGKAI
Turnout : 11677 (67.5%) Spoilt: 485
Voters: 17290

Sivanesan Achalingam (OPP - DAP)
6323
Maj: 1454
loser made advisor - S. Veerasingam (BN - MIC)
4869

P68 - BERUAS
Turnout : 30723 (71.0%) Spoilt: 889
Voters: 43273

loser made advisor - Chang Ko Youn (BN - GERAKAN)
14003
Ngeh Koo Ham (OPP - DAP)
15831
Maj: 1828


14 Februari 2009 pada 12:37 PG

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors