Sumber: Pas Johor
Menurut Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan sebagai menjelaskan, "GMP ini ditubuhkan khusus kerana tidak bersetuju dengan dasar PPSMI.
Sasterawan Negara Dato’ A Samad Said selaku Penasihat GMP pula mengulas bahawa, "Yang membimbangkan saya bukan soal Sains dan Matematik itu sendiri, tetapi yang membimbangkan saya ialah soal bahasa. Kerajaan dari awal-awal lagi telah melanggar perlembagaan bahawa Bahasa Melayu itu menjadi tunggak menyatupadukan rakyat. Kita dapati kerajaan menghina Bahasa Melayu itu sendiri. Ini bermula di mana kerana tidak mempercayai kemampuan Bahasa Melayu. Sepatutnya kita mempertingkatkan Bahasa Melayu supaya menjadi bahasa pengetahuan. Tetapi ini tidak berlaku dan menggunakan Bahasa Inggeris semata-mata. Memang tak dinafikan bahawa Bahasa Inggeris itu bahasa pengetahuan. Tetapi apa yang kita tuntut hanyalah apa yang ada dalam perlembagaan. Iaitu menyatakan bahawa Bahasa Melayu digunakan untuk menyepadukan masyarakat. Ini merupakan tuntutan utama kami. Seperti Menteri Pelajaran memberitahu dalam Mingguan Malaysia, dia sebenarnya bukan orang yang awal tetapi menyambung hasrat pimpinan lepas. Apa yang dilaksanakan tanpa mendegar nasihat daripada ahli-ahli bahasa, kononnya mereka mendapat persetujuan dan sokongan daripada beberapa sumber yang tidak dijelaskan. Persoalan saya, kenapa kerajaan tidak mengikut apa yang telah ditetapkan di dalam perlembagaan dan kenapa kerajaan sendiri melanggar perlembagaan itu sendiri? Kenapa kerajaan tidak mahu mendegar ucapan-ucapan dan bantahan-bantahan dengan memberi alasan jika dirombak dasar ini, kerajaan terpaksa berbelanja besar dan sememangnya kerajaan telah berbelanja besar dalam melaksanakan dasar ini.
Pertanyaan :- Telah lama kerajaan berusaha mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris, namum begitu penguasaan bahasa Inggeris masih lemah terutamanya dikalangan anak-anak Melayu. Kerajaan telah melaksanakan dasar ini supaya pelajar-pelajar ini perlu belajar bahasa Inggeris itu sendiri.
Prof. Emertus Dr. Abdullah Hassan:- sains dan matematik itu sangat penting, sekiranya untuk belajar bahasa English, itulah matepelajaran yang paling tidak sesuai.
Labels:
GMP
Pejabat Aduan Kempas, 22 Feb
Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) telah mengadakan satu sidang akhbar bagi menjelaskan tentang himpunan raksaksa yang akan diadakan di hadapan Istana Negara pada 7 Mac ini. Gerakan itu bercadang mengadakan perhimpunan seramai 100,000 orang bagi membantah pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Turut hadir dalam siding akhbar tersebut ialah pimpinan GMP iaitu Suhaizan Kayat selaku Timbalan Pengarah Jawatankuasa GMP, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan selaku Naib Pengerusi GMP, Sasterawan Negara Dato’ A Samad Said selaku Penasihat GMP dan Puan Ainul Mohamad selaku AJK GMP.
Menurut Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan sebagai menjelaskan, "GMP ini ditubuhkan khusus kerana tidak bersetuju dengan dasar PPSMI.
Sebenarnya dasar ini tidak sah dari segi undang-undang.
Dasar ini juga bercanggah dengan teori pembelajaran, di mana pembelajaran yang paling berkesan adalah di dalam bahasa ibunda. Apabila ia ditukar, kita melihat satu kesan negatif akan berlaku di mana masyarakat Luar Bandar yang kurang bertutur dalam Bahasa Inggeris akan tersisih dan tertinggal di belakang. Yang fasih berbahasa Inggeris kebanyakkannya di bandar, itu pun latar belakang keluarga yang kaya. Justeru itu, masyarakat yang miskin di luar bandar akan tersisih daripada mendapat pendidikan. Hal ini menyebabkan kami betul-betul membantah perlaksanaan dasar ini. Sebelum ini apabila kami berbicara dengan Menteri-Menteri dan Pegawai-pegawai Pendidikan, mereka berjanji akan menyemak semula dan berjanji akan memberi jawapannya pada 2008. Tetapi 2008 telah berlalu, tidak ada tanda-tanda yang mereka ini mengambil kira sebarang memorandum dan cadangan yang kita ajukan. Di samping itu juga, mereka membuat kenyataan akhbar bahawa segala-galanya berjaya. Kami tidak percaya kerana apa yang berlaku di sekolah sebenarnya tidak seperti itu. Kami memerlukan sokongan seluruh negara.
Alhamdulillah, pada masa ini sokongannya sangat baik. Dua peristiwa yang kami rancang iaitu melancarkan gerakan pada 31 Januari lepas telah berlaku dengan jayanya dan kita akan bawa memorandum pada 17 Februari ke Parlimen, dan di berikan kepada Ahli Parlimen. Ini juga mendapat sambutan baik daripada ketua-ketua parti, dan pemimpin parti terutamanya dalam pakatan rakyat. Memorandum itu juga telah diserahkan kepada Menteri Pelajaran Malaysia sendiri. Namun apa yang berlaku, Menteri ini tidak mengendahkan rayuan kami. Oleh itu, kami akan meneruskan perjuangan GMP sehinggalah 7 Mac ini, berhimpun di depan Istana Negara. Sebelum itu, kami akan mengadakan banyak road show di seluruh Negara. Diharapkan agar dapat menarik perhatian Kementerian Pelajaran dalam soal ini dengan lebih serius. Kerana ia melibatkan berjuta-juta anak anak yang tidak memahami, tersisih di dalam pelajaran mereka.
"Masalah kita adalah Bahasa Inggeris, jadi kita perkemaskan pengajaran Bahasa Inggeris, bukannya dengan menukar pengajaran Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Inggeris."
Sasterawan Negara Dato’ A Samad Said selaku Penasihat GMP pula mengulas bahawa, "Yang membimbangkan saya bukan soal Sains dan Matematik itu sendiri, tetapi yang membimbangkan saya ialah soal bahasa. Kerajaan dari awal-awal lagi telah melanggar perlembagaan bahawa Bahasa Melayu itu menjadi tunggak menyatupadukan rakyat. Kita dapati kerajaan menghina Bahasa Melayu itu sendiri. Ini bermula di mana kerana tidak mempercayai kemampuan Bahasa Melayu. Sepatutnya kita mempertingkatkan Bahasa Melayu supaya menjadi bahasa pengetahuan. Tetapi ini tidak berlaku dan menggunakan Bahasa Inggeris semata-mata. Memang tak dinafikan bahawa Bahasa Inggeris itu bahasa pengetahuan. Tetapi apa yang kita tuntut hanyalah apa yang ada dalam perlembagaan. Iaitu menyatakan bahawa Bahasa Melayu digunakan untuk menyepadukan masyarakat. Ini merupakan tuntutan utama kami. Seperti Menteri Pelajaran memberitahu dalam Mingguan Malaysia, dia sebenarnya bukan orang yang awal tetapi menyambung hasrat pimpinan lepas. Apa yang dilaksanakan tanpa mendegar nasihat daripada ahli-ahli bahasa, kononnya mereka mendapat persetujuan dan sokongan daripada beberapa sumber yang tidak dijelaskan. Persoalan saya, kenapa kerajaan tidak mengikut apa yang telah ditetapkan di dalam perlembagaan dan kenapa kerajaan sendiri melanggar perlembagaan itu sendiri? Kenapa kerajaan tidak mahu mendegar ucapan-ucapan dan bantahan-bantahan dengan memberi alasan jika dirombak dasar ini, kerajaan terpaksa berbelanja besar dan sememangnya kerajaan telah berbelanja besar dalam melaksanakan dasar ini.
Dalam hal-hal ini, saya fikir ianya dilakukan oleh ahli-ahli politik yang bukan bersifat negarawan. Ahli politik hanya berfikir 5 tahun ke hadapan sahaja, tetapi negarawan fikir 50 tahun ke hadapan. Oleh itu, negarawan lebih tahu apa itu erti bahasa."
Pn Ainul Mohamad selaku AJK GMP pula menjelaskan bahawa, perlu diigatkan bahawa kami tidak menentang pengajaran dalam bahasa inggeris. Kami adalah orang sekolah inggeris pada masa dulu sehingga keperingkat universiti dan memiliki ijazah di luar Negara. Yang kita mahukan adalah pengajarannya, guru-gurunya, metedologinya, makmalnya, mutu bukunya, mutu guru-gurunya di pertingkatkan. Supaya kelas bahasa inggeris menjadi berkesan. Kita menentang bahasa inggeris kerana digunakan untuk mengajar Matematik dan sains.

Sebab kelas bahasa Sains dan matematik tidak mengajar tatabahasa.
Logik Matematik dan Sains itu tidak boleh diajar kepada murid dalam bahasa yang murid-murid itu tidak faham. Pakar-pakar sains dan matematik di seluruh dunia mengatakan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa ibunda adalah jauh lebih berkesan. Jadi kita mahu mutu bahasa inggeris di perbaiki di sekolah-sekolah¸ manakala sains dan matematik diajar dalam bahasa ibunda. Supaya murid-murid faham bahasa inggeris dan pandai sains serta matematik. Bukan seperti sekarang, bahasa Inggerisnya turun dan Matematin dan Sainsnya turun. Kita belajar daripada sejarah Eropah, selama 100 tahun kerajaan Rom telah memaksa penggunaan bahasa latin seluruh Eropah. Selama 100 tahun itu Eropah berada di dalam zaman kegelapan. Hanya selepas, berlaku peberontakkan supaya menggunakan bahasa masing-masing sebagai medium pendidikan. Barulah bahasa inggeris menjadi bahasa pendidikan di England, Jerman menggunakan bahasanya, Italy menggunakan bahasanya dan lain-lain menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pendidikan. Barulah Eropah keluar dari zaman kegelapan dan terus membangun. Tidak ada sebuah Negara maju yang maju dengan menggunakan bahasa orang lain. Bangsa-bangsa yang meminjam bahasa orang lain seperti India, Pakistan, Bangladesh dan seluruh Afrika semuanya gagal menjadi bangsa yang maju. Kenapa kita hendak meniru Negara-negara tersebut. Mengapa kita tidak ikut dasar Negara Eropah yang menggunakan bahasa mereka sebagai bahasa pendidikan, Negara Jepun dan lain-lain yang telah Berjaya memjadi maju.
Pertanyaa:- Jika dilihat pencapaian matepelajaran meningkat, adakah markah itu diturunkan?
Pn Ainul Mohamad :- Semenjak dasar ini dilaksanakan, sudah 6 tahun Menteri merahsiakan berapa markah kelulusan bagi matepelajaran matematik dan sains. Ini yang menjadi persoalan kami keatas keberkesanan dasar ini.

Prof. Emertus Dr. Abdullah Hassan:- dalam peperiksaan sekolah ada dua kaedah iaitu ikut norma(nilai) dan ikut syarat. Dalam sistem peperiksaan ikut normal masa tu, jika markah tertinggi adalah 40. Maka 40 itu adalah A. ini yang menyebabkan Menteri tidak mengumumkan markah gred peperiksaan itu. Adakah markah A itu 80 seperti dulu ataupun 18. Semenjak perlaksanaan dasar ini, kita dapati keputusan peperiksaan baik sahaja. Kerajaan mengumunkan 70% pelajar lulus, tapi markah lulus itu tidak diberitahu. Ini suatu penipuan di peringkat kerajaan. Sekolah kebangsaan Cina, mereka boleh mengajar matematik dan sains ini dalam bahasa cina. Yang mengjadi masalah bila sekolah kebangsaan diajar dalam bahasa English. Ini yang kami tentang, kami mahu persamaan. Jika sekolah Cina boleh mengajar bahasa mereka, kenapa bahasa Melayu tidak boleh. Ini antara yang kami bantah dan mendapat sokongan daripada masyarakat cina sendiri.
Pertanyaan :- Telah lama kerajaan berusaha mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris, namum begitu penguasaan bahasa Inggeris masih lemah terutamanya dikalangan anak-anak Melayu. Kerajaan telah melaksanakan dasar ini supaya pelajar-pelajar ini perlu belajar bahasa Inggeris itu sendiri.
Prof. Emertus Dr. Abdullah Hassan:- sains dan matematik itu sangat penting, sekiranya untuk belajar bahasa English, itulah matepelajaran yang paling tidak sesuai.
Pn Ainul Mohamad :- pakar-pakar bahasa sudah memberitahu sistem pengajaran dan pembelajaran English adalah bahasa kedua. Banyak kajian-kajian telah dibuat tentang pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Tidak ada mana pakar-pakar/ professor berkata bahawa dengan memaksa kanak-kanak belajar sains dan matematik dalam bahasa yang dia tidak faham, maka bahasa Inggerisnya bertambah baik.
Responses
0 Respones to "Gerakan Mansuh PPMSI"
Catat Ulasan