Peguam tak mengaku seleweng RM637,500






Dalam suasana seluruh jentera parti sedang bergelut untuk membuat persiapan bagi menghadapi pilihanraya umum yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat ini, UMNO di Johor terus dirundung malang apabila seorang lagi pimpinan muda UMNO diheret ke mahkamah atas tuduhan menggelapkan cek. Saya sememangnya telah mendengar maklumat ini sejak beberapa bulan yang lalu namun perkara ini masih lagi berlegar-legar dikalangan masyarakat di Kluang.
1
Semalam saya telah dihubungi oleh beberapa orang kenalan yang memaklumkan bahawa sdr Azman Ibrahim telah disoal siasat oleh polis tetapi maklumat masih samar-samar lagi. Namun ia telah disahihkan apabila berita ini disiarkan dalam Harian Metro cetak dan internet. Walaupun Harian Metro tidak menyatakan jawatan beliau dalam parti tapi sememangnya beliau cukup dikenali di Kluang. Awal bulan ini seorang pimpinan UMNO Bahagian Air Hitam ditangkap khalwat di Kluang pada 2 Januari 08 dan akan dibicarakan pada awal bulan Februari '08. Selepas itu dalam mesyuarat Khas MCA Johor yang diadakan di Kluang telah melantik Dr Cua Soi Lek sebagai Penasihat MCA Johor. Semalam pula Timbalan Ketua Pemuda UMNO Kluang pula dituduh pecah amanah. Apapun, mahkamah akan menentukan sama ada beliau bersalah ataupun tidak.
1
Khairul Faizi Ahmad Kamil
http://minda-kembara.blogspot.com/....
1
Peguam tak mengaku seleweng RM637,500 - Harian Metro.
11
BATU PAHAT: Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen 1, di sini, semalam terhadap pertuduhan menggelapkan sekeping cek bernilai RM637,500 milik pelanggannya, Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor, Cawangan Kluang, dua tahun lalu.

Tertuduh, Azman Ibrahim, 38, yang tidak diwakili pe- guam mengaku tidak bersalah dan meminta dibica- rakan selepas pertuduhan di- bacakan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Junainah M Kasbolah.
Hakim Abu Bakar Katar, me- merintahkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan se- orang penjamin dan menetap- kan 26 Mac ini sebagai tarikh perbicaraan kes berkenaan.
1
Abu Bakar juga memerin- tahkan pasport tertuduh di- serahkan kepada mahkamah sehingga perbicaraan kes berkenaan selesai.
1
Mengikut kertas pertudu- han, Azman dari Tetuan Za- chery & Azman, dituduh me- nerima sekeping cek yang diserahkan wakil Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Jo- hor, cawangan Kluang, Raob A hmad.
Tertuduh menerima cek berkenaan di pejabat kope- rasi itu di No 8, Tingkat 1, Jalan Persiaran Datuk Ismail Hassan, Kluang, antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari pada 26 Februari 2005.
Raob menyerahkan cek berkenaan kepada tertuduh yang juga peguam panel ko- perasi itu sebagai bayaran untuk membeli bangunan Mintzen Sdn Bhd.
1
Bagaimanapun, pada 4 Mei 2007, Raob yang juga Ben- dahari Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor, cawa- ngan Kluang membuat la- poran polis selepas menge- syaki tertuduh menggelap- kan cek berkenaan.
Tertuduh ditahan sepasu- kan anggota Bahagian Sia- satan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, di kediamannya di Taman Permata, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi semalam.


Responses

0 Respones to "Peguam tak mengaku seleweng RM637,500"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors