Perhebat guna media baru





24 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
AYER KEROH - Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas perlu memperhebatkan penggunaan media baru sebagai medium menangkis tohmahan dilemparkan Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan Pas pusat, Idris Ahmad berkata, ini perlu dilakukan memandangkan media arus perdana, termasuk televisyen ketika ini dilihat sering memberikan laporan berat sebelah.

Menurutnya, Pas tidak mampu menandingi media arus perdana dan lantaran itu, perlu menggunakan media baru untuk meneutralkan segala dakyah yang disampaikan BN.

“Sebagai contoh isu fitnah. Sekiranya kita dapat memperbetulkan apa yang disebarkan, para pengundi pasti tidak akan kabur atau tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

“Sebab itulah kita mengharapkan rakan-rakan media kita akan dapat membantu memperbetulkan situasi yang ada ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian semasa pertemuan dengan bloggers di sebuah restoran terkemuka di sini semalam.

Hampir 20 orang blogger, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Perak, Khalil Idham Lim turut hadir pada pertemuan itu.

Menurut Idris, pertemuan bersama blogger ini merupakan satu usaha ke arah membantu PR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Pasa masa sama, katanya, ianya juga bertujuan memperkukuhkan media baru PR untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Di Merlimau sebagai contoh, kesedaran penggunaan Facebook dan Twitter adalah tinggi kerana ianya boleh kita gunakan untuk membantu dalam PRK ini,” katanya.

Menurut Idris, pada masa, terdapat beberapa usaha pihak kerajaan untuk menyekat media baru, terutama blog.

“Kita sudah ada OSA (Akta Rahsia Rasmi), ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan macam-macam undang-undang lagi.

“Kalau betul sesuatu blog itu memfitnah, ambillah tindakan terhadap empunya blog berkenaan,” katanya.

Sumber: Cina Islam
[Read More...]


Malaysia's Formula One circuit loses lustre



KUALA LUMPUR (AFP) - – Malaysia's Sepang Formula One event is losing traction, according to the circuit's boss who admitted the shabby stadium and tropical temperatures have caused ticket sales to plunge.

The Malaysian event has also been outshone by neighbouring Singapore, which offers not just adrenaline-packed night racing on a street circuit, but teams it with live entertainment by big-name performancers like Beyonce.

Razlan Razali, chief executive of the Sepang International Circuit, said that Malaysians increasingly preferred to watch the race on television rather than brave the afternoon heat.

"It has lost its lustre," Razlan said in an interview with AFP.

"Having Singapore next to us for F1 does not help and our biggest competitor is the television as many people prefer to watch the race from the comfort of their homes."

Despite ticket prices going for as low as $19, the cheapest on the F1 circuit, the 13-year-old Sepang event which has a daily capacity of 130,000 has not been pulling in the crowds.

Razlan said that last year just 97,000 people were drawn to the circuit over three days. In 2009 there were 126,000 while 2006 recorded the biggest crowd with 140,000 over three days.

The circuit boss admitted that Sepang is a "tired-looking" venue in urgent need of rejuvenation.

But he said he has received no reply after petitioning the government to fund a major overhaul at a cost of 180 million ringgit (59 million dollars).

Sepang's soaring roof, inspired by the hibiscus which is Malaysia's national flower, need to be replaced as the grandstand canopy has exceeded its lifespan and cannot cope with Malaysia's tropical downpours.




Source: Yahoo News
[Read More...]


Mengapa SPR enggan terima bantahan



AMPANG, 21 Feb: Pihak-pihak yang bertanggungjawab digesa menjalankan penyiasatan terperinci ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana dibimbangi telah dijadikan alat oleh Barisan Nasional (BN) untuk mendapat kemenangan secara tidak bertanggungjawab dalam pilihanraya umum akan datang, terutama di Selangor.

Tindakan tersebut disyaki telah dilakukan oleh BN setelah kecewa dengan penerimaan rakyat tehadap kempen-kempen mereka di Selangor, sehingga mendorong para pemimpinnya menggunakan apa saja cara untuk mencapai matlamat mereka.

PAS Kawasan Pandan dalam gesaannya telah menemui beberapa bukti berhubung perkara itu, sehingga menyebabkan para pemimpin dan ahli-ahlinya amat tidak berpuas hati dengan senarai pemilih baru yang dipamerkan oleh SPR dari 9 hingga 15 Februari lalu.

Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Iskandar A. Samad menegaskan, terdapat tiga kekeliruan berhubung perkara itu iaitu pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tanpa nombor rumah, pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tidak wujud dan pemilih yang dikenalpasti tidak wujud di alamat yang didaftarkan.

Menurut beliau, mereka tidak faham kenapa masih terdapat alamat pemilih tanpa nombor rumah, pada hal terdapat pemilih-pemilih yang cuba didaftarkan oleh Penolong Pemilih mereka tetapi telah ditolak kerana alamat tidak lengkap.

"Jadi persoalannya sekarang, siapa yang telah mendaftarkan mereka? Kami juga ingin menyatakan rasa kesal di atas sikap pegawai-pegawai SPR di pejabat mereka di Shah Alam yang bersungguh-sungguh enggan menerima bantahan-bantahan kami," katanya pada sidang akhbarnya di Pusat Khidmat PAS Pandan di Pandan Indah, di sini, hari ini.

Lagi......

[Read More...]


Apa BN dah buat:: Saman Ekor



Melihatkan keadaannya yang uzur, pasti ramai tidak percaya seorang lelaki warga ...emas berusia 85 tahun menerima surat saman kerana memandu melebihi had laju.

Bagaimanapun, itulah yang terjadi kepada Bakar Ismail (gambar) dari Kampung Sungai Padang, Simpang Empat, yang menerima surat saman atas kesalahan tersebut.

Lebih mengejutkan, kesalahan itu didakwa dilakukannya ketika menunggang motosikal berkuasa 500cc di Kilometer 6.2 Lebuh Raya Utara Selatan, 30 Julai tahun lalu.

Bakar yang mempunyai lima cicit hairan bagaimana dia boleh menerima saman di kawasan yang dia sendiri tidak tahu selok-beloknya.

"Surat saman itu tertera nombor pendaftaran motosikal pak cik iaitu PV 738 kerana memecut lebih daripada had laju dibenarkan iaitu 98 kilometer sejam (kmj) berbanding had laju sepatutnya, 80 kmj.

"Pak cik mana ada motosikal 500cc, yang pak cik ada hanyalah Honda C70, tersadai dalam bangsal sejak tahun lalu," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini.

Bakar turut pelik kerana walaupun nombor pendaftaran motosikal tertera sama dengan motosikal Honda C70 miliknya namun kapasiti enjinnya adalah berbeza.

"Motosikal pak cik itu telah berusia lebih 35 tahun, mana mampu pecut dan kalau diikutkan motosikal itu tidak boleh pergi jauh sekadar pekan Simpang Empat sahaja.

"Lagipun motosikal itu tiada cukai jalan, sudah lama pak cik tidak perbaharui cukai jalannya," katanya yang telah membeli motosikal terpakai itu pada 4 September 1979 dengan harga RM1,200.

Katanya, walaupun pernah sampai ke Kuala Lumpur namun dia tidak tahu selok-belok jalan di ibu negara apatah lagi lebuh raya berkenaan.

Tambahnya, surat saman yang dikeluarkan oleh pihak polis di Kuala Lumpur itu dikirim ke rumahnya pada Disember lalu.

"Berdasarkan saman itu, ia dikeluarkan anggota polis peronda pukul 1.53 tengah hari dengan kompaun RM300 dan tawaran kompaun RM150," katanya.

Anak Bakar, Mohd. Nor, 47, berkata, dia telah merujuk perkara itu ke Balai Polis Trafik Kangar dan diminta menulis surat kepada pihak bertanggungjawab di Kuala Lumpur untuk penjelasan.
Lihat seterusnya..
[Read More...]


Jika Umno bela Melayu kenapa perangi Kelantan



HAH ALAM, 19 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan serangan mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tindakan terdesak parti itu yang bimbang dengan pengaruh PAS terhadap rakyat.

Beliau mempersoal tindakan pemimpin Umno menyelar PAS yang berpakat dengan DAP demi kepentingan politik, sedangkan Umno sendiri memusuhi PAS sejak dahulu lagi.

Riak-riak kemenangan (PAS) sudah hampir tiba, justeru mereka (Umno BN) perhebatkan serangan melalui pelbagai cara.

"Kita dituduh berpakat dengan DAP hanya untuk menang pilihan raya. Soalnya PAS sudah dimusuhi sejak sekian lama oleh Umno, sebelum PAS berpakat dengan DAP dan PKR lagi.

"Umno berusaha menjatuhkan PAS di Kelantan sejak hari pertama saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar lagi," kata beliau ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan PAS, di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.

Menurut Nik Aziz juga, tiada salahnya jika PAS bermatlamat untuk memenangi pilihan raya kerana Umno BN sendiri dilihat menggunakan pelbagai cara untuk matlamat yang sama.

"Saya juga dituduh hanya ingin menang pilihan raya. Jika demikian apa salahnya menang pilihan raya?

Lagi

[Read More...]


Sekitar Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Muar



Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Diperingkat daerah Muar, ia diadakan di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar.

Pengisian ceramah amat menarik bertajuk Bantuan Allah (Nasrunminnallah).

Semoga para pendengar mengambil ikhtibar.




[Read More...]


Batalkan konsesi air....



Tarif Air Johor adalah yang tertinggi di Malaysia

Jika negeri Selangor boleh beri 20 liter air percuma sebaliknya Johor menaikkan tarif air. Itulah konsep Rakyat Didahulukan untuk dikenakan..



Batalkan konsesi Syabas - Khalid Ibrahim

Shah ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata hari ini bahawa kerajaan Persekutuan harus membatalkan konsesi yang diberikan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), mendakwa syarikat telah melanggar perjanjian konsesi.
Bercakap kepada wartawan di sini hari ini, katanya petugas bahagian perkhidmatan air di negari itu, Datuk Nordin Sulaiman, yang juga pengarah perancangan unit ekonomi negari, telah menulis secara rasmi kepada kerajaan persekutuan tentang ini dan bahawa kerajaan negeri sedang menunggu jawapan.

Beliau mendakwa bahawa syarikat (Syabas) telah melanggar perjanjian konsesi melalui penubuhan dana amal (Tabung Budi), yang dikumpul daripada subsidi pelanggan yang disediakan oleh kerajaan negari untuk 20 meter padu pertama air yang digunakan setiap bulan.

Ketika ditanya apa akan dilakukan jika kerajaan Persekutuan belum meluluskan permintaan (membatalkan konsesi Syabas '), Abdul Khalid berkata: "Kami akan pergi ke mahkamah."

Beliau juga mengatakan bahawa Syabas telah mengemukakan tuntutan terhadapnya dan Tony Pua , Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara atas laporan yang mereka buat mengenai Tabung Budi.

"Namun, tuntutan ini tidak akan membuat kita mengubah pendirian kami. Syabas tidak ada hak untuk mengumpul wang (subsidi diberikan oleh kerajaan negara bahagian) untuk Tabung Budi," katanya.

Pua, yang juga hadir, berkata tuntutan diajukan di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur kelmarin.

Abdul Khalid lebih lanjut menyatakan bahawa perjanjian konsesi air dengan empat syarikat - Syabas, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Konsortium Sdn Bhd dan ABBAS Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) - harus diakhiri sehingga industri air di Selangor dapat diambil alih oleh kerajaan negeri.

Terhadap keengganan empat syarikat tersebut bagi menamatkan konsesi kerana tawaran pembelian terhadap syarikat tidak cukup menarik, kerajaan negeri berkata mereka boleh membawa masalah ini ke timbangtara.

Beliau mengatakan kerajaan Selangor telah meminta kerajaan Persekutuan untuk memutuskan masalah seperti di bawah Perkhidmatan Air Industri Act 2006, kerajaan Persekutuan mempunyai hal unggul untuk menentukan harga pengambilalihan aset air, yang tidak boleh dicabar di mahkamah.

Beliau menambah bahawa kerajaan negeri berharap bahawa masalah tersebut dapat diselesaikan pada akhir bulan ini.

Sumber: Al-Husseyn
[Read More...]


Cerita dari Merlimau



Assalamualaikum,

Semalam ceramah Pakatan Rakyat diadakan di Permatang Serai dengan penceramahnya terdiri dari wakil DAP Senator Rama, YB Dr.Hatta, Hj.Muhammad Sabu, sdr. Shamsul dan DS Anwar Ibrahim.

Beberapa perkara yang boleh diambil ikhtibar dan pengajaran

1. Pilihanraya di Mesir

Kisah penyelewengan undi oleh pihak Suruhan Pilihanraya.

Dipendekkan cerita, terdapatlah seorang pengundi yang mengundi Ikhwanul Muslimin lalu pemuda ini bercerita pada sahabat handai dan keluarganya. Lalu dimarahi oleh mereka kerana disebabkan dia mengundi Ikhwanul Muslimin kampung mereka tidak dapat peruntukan...

Lalu dengan rasa bersalah pemuda ini kembali ke pusat membuang undi dengan tujuan untuk membetulkan undinya. Pemuda ini minta pegawai SPR untuk mengambil semula kertas undi beliau dengan alasan dia telah tersalah mengundi Ikhwanul Muslimin.

Lalu pegawai SPR itu berkata, " itulah lain kali jangan salah pilih tapi tak mengapa saya dah uruskan kertas undi awak..."

Moral: Undi Ikhwan ke atau lain-lain parti, bila kira Parti Hosni juga akan menang

Contoh: Sibu kira undi sampai pukul 10 malam baru dapat keputusan... sbb Pakatan Rakyat menang.

2. Nilai wang yang dibawa keluar dari Malaysia 2000-2008 bernilai USD291 Billion bersamaan RM885 Billion

Malaysia berada tempat ke-5 dari 10 buah negara.

Sumber Global Financial Intergrity
[Read More...]


Apa BN dah buat: Jangan Lupa apa BN dah buat.





Kepada semua bakal pengundi, jangan lupa kisah silam sewaktu Barisan Nasional mempunyai majoriti besar. Apa yang mereka dah buat... jangan lupa

From PAS KAWASAN BAKRI
[Read More...]


Info Kesihatan



One (01) glass of water - 30 minutes before meal - Help digestion

One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure

One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack

http://kaifro.com/yahoo_site_admin/assets/images/DrinkingWater2

[Read More...]


Malaysian politician faints on hearing graft charges



ANN - Tuesday, February 8

Kuala Lumpur (The Star/ANN) - A politician from Malaysia's ruling party fainted suddenly in a Sessions Court here on Monday when a court interpreter read to him his amended bribery charges, shocking everyone in the court.

Abd Ghani Ismail, 45, division chief of United Malays National Organisation (Umno) - Pandan branch, fell sideways with a loud bang. His wife, a relative, the intepreter and two lawyers rushed to the dock to help him sit up.

Sessions Court judge Rozilah Salleh immediately adjourned the court proceedings briefly.

His lead counsel M. Athimulan asked him to lean down. His wife wiped the sweat off his face and asked him to remove his coat.

A court policeman asked Abd Ghani if he was diabetic but he responded that he had fainted because "he had walked far".

More please click below link

Source: Yahoo News
[Read More...]


Kenangan PRK N05 Tenang, Labis













[Read More...]


Rumah Terbuka Tahun Baru Pakatan Rakyat



[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors