Assalamualaikum buat semua dan selamat menjalani ibadah puasa.
Kita semua amat bersyukur kehadrat Allah subahanawataala diatas kemenangan ini.
Keputusan pilihanraya telah diketahui dan berbagai-bagai analisis dibincangkan sama ada di internet mahupun media elektronik. Saya baru sahaja menonton Astro Awani dalam rancangan Analisis Awani...., hmmmm seperti kebiasaan panel-panelnya cuma tiada seorang pun panel tersebut dari pihak Pakatan Rakyat. (Untuk makluman wakil Umno dijemput).
Pada pandangan saya, media-media di Malaysia ini masih lagi tidak boleh atau tidak dibenarkan muncul dikaca TV tanpa.... "tanpa kebenaran".
Kita mengucapkan jutaan tahniah kepada semua petugas-petugas dari Pakatan Rakyat, para bloggers dan penyokong diatas usaha dan tenaga yang dicurahkan. Tahniah juga buat Salehan Man dan teruskan khidmat yang diberi oleh Allahyarham Dato' Hamdan.
Hari ini mari kita komen sedikit tentang ulasan dari TPM.
Beliau berasa kesal kerana pengundi Permatang Pasir tidak mahu pembangunan. Seperti sedia maklum modal pembangunan diulang dan diulang serta dimainkan. Macam mana ni, pembangunan, kenapa selepas 50 tahun memerintah hanya baru sekarang menceritakan tentang pembangunan??
Kita perhatikan pembangunan yang ada di dun-dun yang dimenangi oleh UBN, kita ambil di dun Benta.
Berikut adalah komen dari pengunjung ABO. "Salam Sahabat, pada anon 6.16 sia2 jadi melayu, tak perlu kita tunding kat pembangkang, kalu mata tak buta lg mari kita lawat negeri Pahang dalam dun Benta, aku rasa kat DUN Benta tu lagi daif dr Permatang Pasir. Permatang pasir kira okeylah BN baru jaga berapa tahun, tp kat DUN Benta ni dari merdeka sampai la ni BN perentah apa yg ada. "
Kadang kala kita lupa bahawa mungkin kenyataan yang keluar dari seseorang yang bawa petaka. Cuba kita renungkan selain dari masalah calon mereka, TPM juga bawa bersama imej yang berlawanan dengan penduduk dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh. Siapakah yang mengalunkan Anwar Pengkhianat Melayu ???. - Sekadar pandangan sahaja.
Jadi mungkin dalam analisis TV terlupa agaknya isu pengkhianat Melayu.
Bagi saya dan mungkin kebanyakan golongan muda, banyak perkara yang pihak Umno menyakitkan orang-orang Melayu (saya dulu tak berapa minat dengan politik)
Contoh jelas sperti:
- Biasiswa diganti dengan pinjaman [kemudian pinjaman + 2%], lepas ini tak tahu apa pula.
- Isu tanah rezab Melayu, semakin mengecil - lihat keadaan di Pulau Pinang sekarang
- Geran Sekolah Agama Rakyat ditarik [politik balas dendam]
- Hukum hakam Allah diringan-ringankan
- dan sebagainya....
Responses
0 Respones to "Keputusan PRK N11 Permatang Pasir"
Catat Ulasan