al-Bakri fi Muar.
Assalamualaikum,
Hmm.... tajuk ni semasa saya berada di hospital sambil "pasang" telinga keluhan seorang pekerja swasta (PS).
"Encik kerja kerajaan ke? Isteri kerja kerajaan?", tanya pekerja dikaunter pembayaran
"Tapi saya ada derma darah", jawab PS tersebut.
"Ooo.... tapi yang masuk wad tu isteri bukan awak", jawab PK (pekerja kerajaan)
"Tapi isteri saya selalu juga menderma malah setiap kali kekurangan darah negatif, pihak hospital memanggil isteri saya," tambah PS.
"Bila tarikh akhir isteri awak menderma...", tanya PK itu lagi
"Susah macam ni, isteri aku bukan ke mengandung, takkan nak derma darah.."
"Kalau dah macam inilah, saya bayar lah....", keluh PS.
Kasihan juga saya melihat PS tersebut, dahlah kerja sektor swasta macam aku ni. Masa gawat gaji dahlah tak naik lepas itu kena ambil cuti tanpa gaji.
Aku rasa ramai pekerja sektor awam yang tak rasa seperti kami pekerja swasta.
Kalau nak buat pinjaman peribadi bukannya senang, kalau pergi Bank, soalan pertama ditanya ialah kerja dimana? Kalau jawapannya kerja swasta.... hmmm minta "maaflah kami tak boleh proses", macam itulah.
Kalau ada pun interest punyalah tinggi....
"Kerajaan mengadakan kempen jangan meminjam daripada ah long, sedangkan pekerja swasta ramai berbuat demikian kerana bank sukar memberi pinjaman kepada mereka berbanding kakitangan kerajaan."
Nukilan dari http://gabangoblog.blogspot.com/ sila baca dibawah:
Ekonomi negara stabil", KDNK entah berapa %, Pemimpin Malaysia berjaya memacu ekonomi negara berada di landasan yg betul, Pemimpin Malaysia berjaya menguruskan kewangan ketika dunia berhadapan kelembapan ekonomi. Hebat sungguh pemimpin Malaysia
Rakyat diperbodohkan setiap hari. Cerita ekonomi direka bermacam2 untuk menipu rakyat. Apa cara sekalipun perlu dibuat. Maka keluarlah istilah yg canggih supaya rakyat terlopong, tak faham. Lagi tak faham lagi bagus, selamat awok2 tu. Berbelit lidah sekadar nak sebut, entah apa maksudnya :
* fundemental ekonomi
* ekonomi fiskal
* mikro dan makro ekonomi
* KDNK
* Levi, subsidi
Mak Limah ( Ulu Bera ) , Pak Dolah ( Baling ) , Pn Saraswati ( Estet Kerla ) tak pernah faham makna istilah ekonomi. Mereka rasa pelik dengan ekonomi Malaysia. Dulu duit bulanan yg dihantar anak2 boleh disimpan setelah ditolak belanja dapur dan bayar bil utiliti.
Bila zaman 1Malaysia ni lain pula teori ekonomi. Negara aman, ekonomi tak meleset tapi nilai ringgit semakin mengecil. Hampir semua keperluan rakyat naik harga seperti :
* keperluan dapur
* bil utiliti
* tambang pengangkutan awam
* keperluan persekolahan
* bayaran perubatan/ hospital
Ekonomi Malaysia semakin songsang. Rakyat makin tersepit. Setiap hari berjuang mencari rezeki dalam iklim ekonomi yg dipandu kapitalis.
Negara Malaysia sudah jadi Malaysia Sdn Bhd. Hasil mahsul negara dibahagi kepada pemegang syer. Rakyat jadi kuli, sistem hamba dalam masyarakat moden.
Kategori pendapatan Malaysia Sdn Bhd ialah :
1. Hasil Tetap spt Petroleum
2. Hasil Cukai wajib spt LHDN, Kastam, Imigresen, JPJ
3. Hasil Cukai Paksa spt Kompoun Trafik, Denda Penguatkuasa yg bermacam2 dari agensi kerajaan
Beginilah nasib Rakyat Malaysia... NEGARA KAYA RAKYAT MISKIN... hasil bijak pandai gerombolan urus harta negara menjadi milik kroni. Labels: kapitalis, Pekerja swasta
Responses
0 Respones to "Artikel Ringkasan: Pekerja swasta...terasa seolah tidak berharga..."
Catat Ulasan