For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

Kuliah Haraki Ust Idris Ahmad, sila rujuk ruang aktiviti

Laporan Audit Negara 2008 - Johor

Laporan Audit 2008 bagi negeri Johor telah keluar. Sila layari laman web Audit Negara.

Berikut adalah antara isi dalam laporan ini.

4.1.3 Analisis Audit mendapati kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri
telah mengalami penurunan sejumlah RM59.03 juta atau 22.7% iaitu daripada RM260.56
juta pada tahun 2007 menjadi RM201.53 juta pada tahun 2008. Penurunan ini antara lain disebabkan oleh baki defisit Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2008 telah
bertambah sejumlah RM70.35 juta atau 21% menjadi RM405.37 juta berbanding baki defisit
berjumlah RM335.02 juta pada tahun 2007.


4.1.4 Analisis Nisbah Semasa adalah untuk mengukur kedudukan kecairan tunai Kerajaan
Negeri dalam membiayai jumlah Tanggungan Semasa. Sekiranya nisbah yang dihasilkan
melebihi dari 1, maka ini menunjukkan tanda yang positif dari segi kedudukan kecairan tunai
sesebuah Kerajaan Negeri. Analisis Nisbah Semasa pada tahun 2008 mendapati �� Nisbah
Semasa Kerajaan Negeri Johor kurang dari 1. Nisbah yang diperoleh menunjukkan bahawa
kecairan tunai Kerajaan Negeri adalah rendah kerana aset semasa tidak dapat menampung
jumlah tanggungan semasa.

Comments :

0 comments to “Laporan Audit Negara 2008 - Johor”
 

Ceramah Online

 

Audio-Video Ceramah Online