Siapakah yang dapat membela graduan-graduan Malaysia jika ....



Jika inilah keluar dari PM kita, kepada siapa lagi yang dapat kita harapkan lagi?
Tidak adakah sedikit pun rasa bersalah kepada rakyat marhain. Kami bakal graduan dan lepasan graduan tidak memilih. Jika ada pun hanya segelintir sahaja. Janganlah kerana segelintir kami semua dicap memilih.

Dipetik dari Laman web Harakahdaily;

Jangan Sekat Kemasukan Pekerja Mahir, Kata Abdullah
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Malaysia tidak seharusnya "terlalu menyekat" kemasukan pekerja mahir terutamanya dalam sektor strategik memandangkan ia akan memberi faedah kepada negara.
Perdana Menteri berkata beliau percaya penduduk Malaysia yang bekerja akan mendapat faedah daripada interaksi yang lebih luas dengan tenaga mahir dari luar.
"Sudah tentu, kita boleh meningkatkan diri kita sekiranya kita bekerja dan belajar dengan mereka yang berkemahiran," kata beliau dalam ucapannya yang bertemakan "Menoleh Ke belakang, Mara Ke hadapan: 50 tahun Perniagaan di Malaysia" pada majlis makan malam Kelab Perniagaan Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan pekerja mahir, beliau berkata Malaysia seharusnya membantu pelajar asing yang mahir untuk terus tinggal selepas tamat pengajian.
Abdullah berkata Malaysia perlu mendapat faedah daripada aliran modal insan sejagat.
"Saya percaya profesional Malaysia boleh setanding di kalangan kumpulan yang berkemahiran di peringkat global dan mereka kekal pekerja pilihan oleh perniagaan di Malaysia.
"Ini tidak semestinya konflik dengan dasar menarik lebih banyak pekerja asing berpengetahuan ke negara kita," katanya.


Responses

0 Respones to "Siapakah yang dapat membela graduan-graduan Malaysia jika ...."

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors